Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 4 September 2013

~Ujian kejujuran dan kesabaran~


Wah tajuk.. kiki..
Sebenarnya saya telah buat satu test untuk adam. Tiru macam The Marshmallow Test.. haa google aje, mesti ada contoh video dan cara test tu. bezanya saya test pakai chipsmore bukan marshmallow sebab Adam tak berapa suka marshmallow.. Hihi..

Saya mula tahu pasal test ni masa tengok siaran ulangan semanis kurma yang bertajuk anak terlebih manja pagi hari isnin hari tu. Salah sorang ahli panel tu ade sebut pasal test ni. so, saya pun googlelah tengok apa benda sebenarnya. hihi..

Oo camgitu rupanya. Untuk menguji samada anak kita boleh sabar atau tidak dan boleh jujur atau tidak. Kiranya macam satu latihan mendidik kesabaran dan kejujuranlah pada mereka kot. emm bagus jugak ni. So, saya pun cubalah semalam kat Adam.. Hihi.. 
Seronok pulak tengok gelagat dia duk tunggu biskut tu.. Saya uji hanya 10 minit je.. Video pulak ambil pakai handphone je letak atas rak sebelah meja.. Haha..

"Ok.. ibu bagi Adam biskut ni... (dua keping saya letak dalam pinggan) nanti ibu datang lagi 10 minit dan ibu akan bagi lagi banyak asalkan Adam boleh sabar dan tunggu", kata saya sebelum tinggalkan dia dalam bilik tu seketika.
v
v
v
hasilnya
v
v

Video ni 5 min lebih je.
Adam tak sentuh pun biskut tu dan mencari jalan lain untuk hilangkan perasaan NAK dia tu.. Dia main mainan ler pulak. Haha.. Betul ke tidak cara test saya ni tak pastilah sebab ada barang mainan lain dalam bilik tu, jadi dia tak teruja sangatlah nak makan biskut tu. Pada saya nampak Adam macam tak sabar tapi dia tahan je dengan habiskan masa buat main benda lain.. Hihi.. Mampu jugak dia sabar dan jujur dengan tak makan biskut tu walau hanya 10 minit. Alhamdulillah...

Nota : Bukan mudah sebenarnya dalam nak mendidik anak-anak. Untuk mnegharapkan anak menjadi sesempurna mungkin dalam masa yang singkat adalah mustahil kerana nak membentuk anak-anak menjadi insan yang soleh solehah memerlukan masa yang lama. Oleh itu semoga kesabaran sentiasa bersamaku dan semoga diri ini sentiasa tenang dalam mengawal emosi kerana memang kadang waktu terr sengaja marah.. terr tinggi suara terrr dan terr saje saban waktu. Zaman sekarang mendidik bukan lagi relevan dengan zaman kita yang penekanannya banyak kepada tegas dan garang.. Zaman kini dah banyak berubah.. perlu menjadi ibu bapa tapi dalam masa sama perlu menjadi kawan kepada anak. Ya Allah semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang terbaik dan memberi yang terbaik untuk mereka. Amin..



6 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

comel jer dak adam menahan sabo...heheheeheh.....

Puan Kutu said...

ada video ke ni?kt opis tak dpt tgok..apa pun adam seorang yg jujur n sabra kan

Ibu Arif said...

alahaiii..bijaknya adam ni..
smoga jadi anak yg soleh yer..

Ibu Arif said...

sis, jmput join GA ni..hehe

http://arifarsyad.blogspot.com/2013/09/menangi-rm25000.html

Sally Samsaiman said...

mcm iklan chipsmore tu la kan..? hehe

IntaNBerliaN said...

haa betoi tu.. bkn sennag nak didik ank zaman skrg..

bagus adam ni... moga adam sentiasa ada sikap sabar dalam apa jua keadaan..


*ayu, tu la.. saya pun dah rasa nak start ajar alisha ni.. tapi tu la, dah lama saya duk cari vcd pasal pembelajaran tu.. tp bila g mph dia kata xjual... kat mana nak beli yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute