Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Showing posts with label macam2 hal. Show all posts
Showing posts with label macam2 hal. Show all posts

Saturday, 28 July 2012

Siapa boleh tolong?


Sebelum tu, ku nak ucap terima kasih kepada mereka yang sudi follow Cerita Hati. Yang mana follow sebelum ni sudah pun ku follow mereka balik. Cuma ada beberapa orang yang terbaru ni aku macam dilanda masalah sikit bila nak follow diorang balik..

Masalah 1 >>> Dah berbulan jugaklah aku alami masalah ni.. Bila aku nak follow guna button join this site tu, akan jadi macam ni.. walhal sebelum ni aku pakai nama ctayue dan pic profile gambar aku dan adam.. Tapi tak tahu kenapa jadi macam ni pulak.... Tak faham.. Atau boleh je tekan je follow tu? Hish pening aku.......


Sepatutnya ada gambar dan nama ctayue tapi entah kenapa jadi macam ni pulak kuar nama lain dan takde gambor... 

Masalah 2 >>> Disebabkan masalah di atas, maka aku terpaksa meng'follow' orang dengan menggunakan button Tambah di dashboard.. Dulu Ok tapi bila nak follow yang terbaru ni jadi masalah pulak. Aku macam sudah follow orang tu sebabnya link dia dan post terbaru dia ada keluar di dashboard aku tapi bila aku tengok kat kotak follower di blog orang yang aku baru follow tu....... takde pic profile aku sedangkan di dashboard aku ada.. Itu yang buat aku pelik lagi tu.. 

 Di dashboard aku memang ada tapi bila aku nak pastikan aku dah follow ke belum, aku tengok kt kotak follower di blognya, pic aku takde... Kenapa yer camtu..

Aku terpaksa gunakan button 'tambah' ni lah. Selepas tak dapat follow guna button join site tu aku guna yang ni untuk balas jejak follow orang. Tapi sekarang...... bila dah tekan follow, dia kuar 'ralat sedang berlaku'.... tapi tengok kat dashboard ada dan menunjukkan yang aku dah follow.. Kat kotak follower mereka takde pulak.. Pening ku dibuatnye... Hehe.. 
Tolonglah daku!!!! camne nak selesaikan masalah ni dan kenapa jadi camni?? :(

Tuesday, 10 July 2012

Sentiasalah berhati-hati....


Banyak betul terjadi kemalangan di escalator yang dipaparkan kat berita di Tv baru-baru ni. Ngeri aku tengoknya... Semalam pun ada jugak kan berita pasal tu. Adam yang tengok pasal berita tu pun dia duk terdiam kejap macam takut. Aku pula ambil kesempatan dan bagitahu dia yang tak boleh main kat escalator.. Kalau nak naik atau turun kena tunggu Ibu dan abah...  Ada bahayanya jugak kalau tak hati-hati naik escalator. Boleh tersepit kaki, kalau anak terjatuh ada yang tersepit jari.. Pokok pangkalnya, kesedaran kita dalam menggunakannya dengan cara yang betul tu penting kan. 

Aku dulu pun pernah hampir nak jatuh ke belakang masa umur aku 10 tahun kot masa tu. Mujur masa tu ada orang kat belakang aku dan tolong tahan aku dari jatuh.. Itu yang bila bawa adam mesti pegang dia betul-betul dan tak bagi dia letak kaki kat bahagian tepi tu. Aku pegang dia dan letak dia berdiri kat tengah-tengah... Kalau time aku pakai skirt labuh memang kena peganglah kain skirt tu sikit... Kan tak pasal-pasal tertarik kan... Hehee... 

Tengoklah contoh gambar kat bawah ni, kesian kan.. Mintak jauhlah dari berlaku benda ni semua kat kita dan keluarga kita... Emmm.. ada yang aku baca, selipar crocs tu pun boleh jadi punca tersepit kalau naik escalator erk. Apepun sama-samalah kita berhati-hati kerana malang tak berbau kan.
-sumber pic : pokcik google-

Sunday, 27 May 2012

Potong Q orang, patut ke?


Pernah tak kalian berada dalam situasi dimana ketika kalian sedang berdiri lama dan beratur panjang menunggu giliran bayaran di kaunter dalam hypermarket, tiba-tiba datang orang mencelah masuk letak trolinya tanpa sikit pun ada perasaan bersalah. Geram tak dengan orang macam ni? 
-Ihsan pokcik Google-
Itulah yang kami alami semasa tengah tunggu turn nak bayar belian barangan dapur. Kami beratur lama dah kat situ cuma jarakkan sedikit untuk beri ruang orang lalu. Sakitnya hati bila tiba-tiba ada orang potong Q kami dengan mencelah letak troli dia depan troli kami macam tu je. Dah lah trolinya penuh, lepas tu langsung tak bertanya atau tegur kami samada kami tengah beratur atau ape ke kan. Inilah yang layak dikatakan orang yang pentingkan diri sendiri dan langsung takda punya rasa bersalah potong Q orang. Boleh buat keras kepala dia je. Sekurang-kurangnya tanya atau tegur lah orang yang memang sedang beratur ni kalau nak cepat sekalipun. Atau mungkin jugaklah dia sengaja buat-buat tak nampak ada ramai orang tengah beratur kot. Aku tengok macam orang yang berilmu tapi sikap??? Budi Bahasa budaya kita. Tepuk dada tanyalah hati, patutkah macam tu??

Nota : Kami....... kalau tengok orang beratur agak jauh sikit dari kaunter (kadang perlu beratur jauh sikit bila terpaksa beri ruang laluan jalan orang), memang kami akan tegur dan bertanya dulu. Kalau memang dia tengah beratur, kami akan tolak troli beratur di belakang orang yg sedang beratur tu. Bukan nak kata kami bagus tapi itulah yang selalu kami buat dan amalkan. Bila kena macam tu kat kami, rasa geram pun ada.. Kalau kalian geram tak?

Thursday, 17 May 2012

Tensionnya bila dapur banyak semut!!




-ihsanpokcik google-
Semut oh semut!!! Baru je aku buat air teh, si kecik tu dah datang singgah dengan bawak geng-geng dia sekali. Pantang ada makanan atas meja terus datang menerjah. Dah dialih ke tempat lain pun datang jugak. Huh, tension jugak kekadang dibuatnya. Nak kata tak mengemop lantai, mop aje tapi tidaklah hari-hari. Penat gak mau mop hari-hari kan. Yang peliknya, semakin menjadi-jadi pulak wabak semut kat rumah aku ni. Tak tahulah mana datang. Mungkin dari dalam stor kat dapur tu kot. Kena buat spotcheck lah nampaknye nanti ni. Aku ingatkan rumah aku je, jiran aku pun tension dengan situasi wabak semut tu. Hahaha.. Kalau setakat gitu-gitu je takpelah.. ini pantang bau manis sikit terus dia terjah.. sakit jugak hati kan. 

Sorry ye aku merepek pasal semut pulak hari ni. Macam korang tak pernah marah ngan semut kan.. Hahaha..

Hari itu masa tinggal rumah balik kampung seminggu, masuk je dapur, ku tengok penuh semut atas meja lah, kat lantai lah. Buka pulak balang gula tengok penuh semut kat dalam tu. Bila takde orang kat rumah, pandai pulak dia menerjah itu ini ye, padahal balang tu tutup elok je. Pelik jugak tu.. cerdik sungguh semut-semut ni. Aku memang tak pernah letak bunga cengkih dalam balang gula, bila dah cuba barulah si semut tu tak masuk dah. Dengan menggunakan khidmat pokcik google, dapatlah beberapa tips cara nak halau semut dan lepas ni nak cubalah. Siapa yang punya masalah sama macam aku boleh lah try juga.

Tips halau semut di dapur :
1) Gunakan kapur tulis dan buat garisan di tempat-tempat yang semut selalu datang.
2) Sapu sedikit minyak di bekas gula atau bekas-bekas yang menjadi tarikan semut. :)
3) Letak cili kering dalam bekas yang ada semut, nanti semut tu akan keluar dari bekas tu dengan segera.
4) Masukkan beberapa asam keping atau bunga cengkih dalam bekas gula.
5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
6) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja dan sebagainya.

Nota : Harus ku cuba antara petua ini bagi selesaikan masalah semut tu. Semut oh semut, kau telah buat aku marah lah!!!  :)

Thursday, 26 April 2012

Pening!!!


Kesian acc fesbuk ku. Apasal jadik camnih erk?? :(



Ada sesiapa tahu tak kenapa?? Oh!! Tidak. Apakah yang berlaku nih. Hari tu jadik lain. Ini jadik lain pulak. Dah 2 kali dah terkena camnih. :(

Okeh. Aku pun google cuba cari solution apasal jadik camnih. Opps... Fb aku kena hack?? Camnih ke rupenye kalau akaun fb kena hack. Siapalah yg takde kerja duk hack fb aku nih. Aku bukan popular pun. Itulah kot bahaya main banyak application kt fesbuk tu sebab ini terjadi lepas aku ade bukak 1 app kt fb entah dr wall sape yg share aku tergatal tangan click. Hahaha. Kan dah terkena. Tapi tak pasti lah jugak kenapa erk!!

Nasib baik terjumpe step cara nak restore balik akaun kat blog insan baik hati yg sudi berkongsi nih kat sini. Sape yang ada terkena cam aku boleh lah tengok step yang diajar kat situ. Sungguh haru biru kejap rasa bila fb ku jadik begitu. Hahaha.. Rasa hilang kawan pun ada. Yelah kt fb tu lah duk dapat tahu perkembangan kawan-kawan sekolah dan sebagainya lah kan. Lepas ni kena hati2 sikit lah. Huhhu...

Thursday, 22 March 2012

Buang bayi lagi???


Masalah pembuangan bayi memang dah jadi virus agak nya. Dari dulu hingga hari ini memang tak pernah ada kesudahannya. Asyik ada je kes begini kan. Apalah nak jadi.. Kesian kat anak kecil yang baru je nak kenal dunia. Kenapa lah ramai sangat manusia yang tak punya hati dan perasaan ini. Sayu je hati bila baca atau dengar kes-kes yang melibatkan anak-anak kecil ni. Semoga mereka yang melakukan perkara terkutuk ini insaf dan sedar dengan segala kesilapan mereka. Mungkin pergaulan yang terlalu bebas maka inilah jadinya. 


PEKAN – Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini.
Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada pukul 5.20 pagi.
Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu.
“Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di perkarangan pintu ruang solat dan meminta pertolangan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya,” kata Khasli.
Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama.
Sumber : HarianMetro

Tuesday, 20 March 2012

Dah buat salah belasah isteri pulak???



Isteri bukan hamba. Isteri adalah selayaknya wanita yang harus disayangi dan dikasihi. Kenapa ada juga kaum suami yang sanggup bertindak kejam kepada seorang wanita yang bergelar isteri. Terkantoi kerana curang tapi isteri pulak yang dibelasahnya. Macam-macam hal kan. 

PETALING JAYA: Seorang jururawat bernasib malang apabila dia yang ‘menangkap’ suaminya berkhalwat dengan wanita lain di rumah mereka, di sini, bukan saja dibelasah teruk malah turut diceraikan dengan talak satu, kelmarin.
Menurut sumber, mangsa berusia 32 tahun cedera di kepala, mata, telinga dan tangan akibat ditumbuk serta diterajang suaminya yang berang selepas perbuatannya membawa kekasih gelap masuk ke rumah ketika ketiadaan mangsa terbongkar. 
Katanya, perbuatan keji suami mangsa berusia 30 tahun itu terbongkar apabila mangsa yang pulang ke rumah dari tempat kerja tidak dapat membuka pintu kerana dikunci dari dalam, kira-kira jam 11.30 pagi. 
“Mangsa kemudian menghubungi suaminya yang berada dalam rumah memintanya membuka pintu, tetapi lelaki terbabit mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian.
“Sebaik pintu dibuka, mangsa bertanya suaminya mengapa lambat membuka pintu sebelum menuju ke bilik air kerana mengesyaki sesuatu kerana curiga dengan kelakuan lelaki terbabit,” katanya. 
sumber : metro


p/s : Sungguh aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang. Semoga kasih sayang nya hanya untuk diriku. Amin. 

Bimbang nye rasa....


Kebelakangan ini semakin kerap kan berita kisah penculikan. Belum reda lagi kisah sedih adik Dirang, dah ada kes terbaru pulak. Sungguh rasa bimbang sangat dan rasa dah tak selamat je rasa.




KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.
Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.
sumber : metro



p/s : Sungguh risau. Semoga tiada keluarga kita alami kejadian seumpama ini. Dunia ni dah tak selamat dah rasa..


Monday, 19 March 2012

Bila dengar sesuatu tapi takde orang???



Korang pernah tak dengar ape-ape bunyik dari sebelah rumah korang ke, atas rumah korang.. Tapi korang tak pasti ade orang ke tak rumah tu.. Hehe..

Saya ni duk rumah jenis bertingkat. Ade 4 tingkat aje pun. Saya duk level 2. Hehe.. Yang peliknye, saya selalu dengar ade bunyik kat rumah atas. Kadang bunyik orang tarik kerusi, bunyik guli jatuh. Kalau malam-malam sebelumk 12pm tu maybe ade orang kan. Dan memang saya ingat kan ada orang lah. Rupanye tadi jiran depan umah cakap, rumah atas saya tu wife dia takde sini pun sebenarnye dan husband dia jarang lah duduk umah tu. Haaaah...??? Saya terkedu kejap dan mula lah nak pikir bukan-bukan. Hehehe....

Itu yang pelik, kadang time para kaum suami pi kerja siang hari kan, ade gak dengar bunyi macam orang tumbuk lesung lah, macam orang tengah mengemas lah. Padahal ramai yang duk level atas tu adalah weekend husband means tinggal sorang-sorang jelah. Dah kalau siang-siang bunyi something gak tu, siapa yek?? Pernah satu hari tu, tengah malam after 12pm.. bunyik guli jatuh.. betul-betul dengar atas syiling umah kami, masa tu kami tengah tengok TV.. Saya dan encik suami ssling berpandangan dan diam je buat tak tahu.. Hehe.. Sebab pikir ade orang kan. Rupenye bila jiran bagitahu yang jarang ade orang kat rumah atas tadi, terus jadi seram sekejap.. Jiran kata buat tak tahu dah lah.. janji tak kacau kita kan.. Hehe.. Tapi bukan saya je pernah dengar, ade jugak jiran-jiran lain tanya benda sama kat saya.


p/s : Nak kata tak kenal jiran.. maybe lah sebab memang tak pernah nampak jiran atas tu. Bila tanya encik suami pun dia kata entah... :)

Thursday, 15 March 2012

Ber 'Madu' atau Berundur??



Wah.. Tajuk entri..bikin panas aje..Hehe.. 

Madu? Apa itu? Madu lebah kah? Oppss.. No No, Bukan itu ok. Ini madu = poligami. 
Bila seorang suami meminta izin untuk berkahwin lain, bagaimana reaksi anda? Jarang dapat diterima kan. Mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan dan setiap keputusan yang hendak dibuat tidak boleh dibayangi emosi rasa kecewa dan amarah sahaja kan. Memang sukar untuk hadapi situasi ini. Lainlah kalau Salih Yaakop yang cukup berjaya dengan sesi hidup poligami nya. Sungguh tabik spring kat isteri-isteri dia yg sanggup berkongsi kasih.

Ini bukan cerita saya. Hanya sekadar berkongsi cerita seorang teman kepada teman.

Kisah : Suami meminta izin untuk berpoligami dengan seorang janda beranak satu yang jauh lebih tua dari umur dia dan suaminya. Alasan perempuan yang selayaknya dipanggil kakak itu untuk mencari teman di hari tua.Wajarkah dia merelakan atau mengundur diri?

Sungguh berat kan dugaan yang dihadapinya. Sungguh tersentuh. Ditanya pendapat, agak sukar untuk saya memberikan pendapat. Sukar sebenarnya kalau berhadapan dengan situasi begini. Kesian pada anak-anak, bimbang akan hilang kasihsayang yang sempurna dan perkembangan emosi mereka. Kalau saya pun, memang boleh meragut emosi dan jiwa. Semoga teman kepada teman saya itu tabah dan sabar dalam hadapi masalahnya itu.


p/s : Seberat mana pun kita rasa banyak kekurangan dalam diri pasangan kita dan rumahtangga kita, berat lagi dugaan dan masalah yang dihadapi oleh orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini dan semoga keharmonian yang kita ada sekarang kekal utuh sampai bila-bila. Amin.


Tuesday, 13 March 2012

Apa ke Hal nye lah???? Bengang betul ngan Facebook ni....


Mood kurang baik sikit ini malam. Entah lah kenapa fesbuk account saya jadik camni? Adoii.. Tak pernah jadik camni. Apa makna nya nih? Perlu ke jadi cmni? Ingat kan anak saya ade klik ape-ape.. tapi bukan salah dia ni. Facebook yang bengong.. Sorry bahasa kasar..







Klik untuk lebih jelas.

Perlu ke nak maintenance pulak dah.. Ada sesiapa boleh tolong tak? Dan tak faham kenapa jadik cmni? Adoii... Memang bengang je rasa. Berapa lama kah ini akan berakhir?? Please sesiapa yang tahu, explain kat saya how to solve this problem. 


Tuesday, 6 March 2012

Berjiran tapi tak kenal???



Jiran...... Semua orang tahu apa itu jiran, siapa itu jiran kan. Jiran ni orang yang duk sebelah umah, depan, belakang, satu level, 1 blok dan 1 taman lah. Hehe..

Saya memang ramai jiran. Yup memang ramai jiran sebab duk 1 blok ni ada 16 rumah = 16 family lah. Tu tak termasuk blok2 bersebelahan nya. Hehe.. Tapi kan, nama je tinggal 1 blok, yang saya kenal hanya lebih kurang 4 family aje, yang kenal nama, selalu sembang lah. 

Tertanya-tanya jugak, yang lain-lain tu mana pergi entah. Lalala... Saya ke yang sombong atau mereka yang sombong??  Hahaha.. maybe sebab ramai yang weekend husband, wife diorang duk jauh kot. Sekali sekala je dtg.. Tu yg tak jadi kenalan tu. Hahaha..

Memang ada orang tak hairan pun kat jiran, buat dek je walau terserempak kat tangga ke, lift ke kan. Tapi tahukah anda yang sebenarnya penting untuk kita kenal siapa jiran kita. Bukannya nak BZ body pun, cukuplah kenal nama & boleh sembang sikit2 jadilah kan. Ini tak, kalau ada yg bertanya kenal tak si pulan si pulan ni, kita tak tahu. Padahal rupenya sebelah umah. Hahaha... Tu yang tak berapa nak faham tu, malu jek. 

Lagi satu, kalau lah nak balik kampung, pada siapa kita nak tolong harapkan tengok-tengokkan rumah kalau bukan jiran. Kalau tak kenal jiran, cmne tu? Buatnye ada perompak masuk rumah kita / rumah jiran kita, bukannya kita tahu kan. Sebabnya apa... sebab tak kenal siapa jiran kita. So, janganlah sombong untuk kenal jiran.





Ihsan pokcik google lagik. Hehehe


p/s : Amalkanlah sikap bertegur sapa dan memberi salam. Bukan luak pun if bagi salam. Senyum pun takpe dah... Tak rugi ape-ape pun.. Kan.. Kan.. Lalalala. :)



Wednesday, 15 February 2012

Bila dah gila ber blogger....



Salam semua. Ctayue hari ni malas sangat nak buat ape2 keje.. Hehe.. Sebab nye ctayue tengah gile mengedit di sini..Hehe. Blog kesayangan ctayue. Entah lah..... Suke ber blogger pulak skrg. Rasa happy dapat menulis dan jugak dpt kenal2 dgn blogger2 lain di dunia maya ni. Hehe.. Encik hubby tu duk jeling2 jer tengok ctayue bz ber blog. Hehe.. Sorry ye encik hubby.  :)

Memang kalau duk mengadap internet, jadi asyik jer.. Tup tup dah 2 jam rupenye.. Hihik.. Melampau tak? Kalau datang mood, memang camtu lah. Kalau dtg mood bz, tak online pun..Hehe.. Tapi yg menjadi rajin nye sebab Encik Hubby dah psg streamyx. Maka nye, syok semacam je lah ber internet bagai.. Hehe... 
.
.


Sanggup nya mereka....






Perhatikan gambar kt atas tu. Sanggupnya mereka jual daging yang entah camne disembelih nye. Memang tak halal la kan sebab lembu curi. Geram pulak. Macam2 manusia sekarang nie kan. Cmne pulak yg terbeli daging2 ni.. emmm...

Kes ni terjadi di phg. Anak beranak pulak tu wat keje nih. Dah takde cara lain agaknye nak cari duit halal.  Entah lah nak komen byk2 pun tak reti jugak. Nak baca seterusnya  sila refer di sini. Sekadar share. 

Coretan Rajin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥