Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 15 February 2013

Alhamdulillah....... satu perkembangan positif


Alhamdulillah... syukur di atas perkembangan baik dia sejak dah bersekolah ni. Sudah mula kenal alif ba ta dan bacaannya pun semakin baik. Inilah perkembangan positif dia bila dapat belajar membaca Iqra' di tadikanya. Setiap hari bila balik dari tadika, dia akan tunjukkan saya yang dia dah beralih mukasurat buku Iqra' dia tu. Sekarang dia masih di buku iqra' 1 dan tinggal beberapa helaian lagi nak berganjak ke buku 2 pulak. InsyaAllah... 
 
Video ni saya ambil masa dia tengah belek dan baca buku iqra' dia tu. Alhamdulillah semakin baik dia membaca. Selain dia belajar di tadika, saya juga selalu ajarkan dia setiap malam di rumah dan kadang tu selalu jugak bagi dia tengok video belajar iqra' kat laptop ataupun kat Tv. Tak sangka pulak yang memang lebih berkesan rupanya kalau bagi dia belajar secara visual camtu. Mungkin lebih mudah untuk diterima dan difahami anak-anak kecil sepertinya.
Semoga kamu membesar menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat.. Amin. 
Ibu sayang adam sokmo!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute