Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 21 June 2012

Aktiviti Hari Ini : Kemas Bilik Adam


Dari semalam lagi Adam duk angkut mainan dia ke ruang tamu rumah. Mulanya sikit-sikit je, tapi pagi tadi habis dibawa keluarnya mainan dia tu main kat depan Tv dan memang bersepahlah rumah hari ni........ Normal lah kan budak-budak memang suka sepahkan mainan. 

Dah dibiarkan lama dia main dan buat sepah tu, aku pun suruh lah dia kemaskan mainan dia tu semula.. Mula-mula tu dia jawab, "Adam penatlah Ibu". Amboi... bukan main lagi ye. Aku pujuk jugak dia supaya kemaskan semula mainan tu sama-sama, barulah dia mula berkemas. Yang banyaknya aku lah kan. Alang-alang dah kemas mainan dia jadi merajinkan jugaklah kemaskan biliknya sekali. Aku ajar dia susun separuh mainan yang dia suka dan letak atas rak dia. Seronok sangat dia dapat main susun-susun ultraman dia kat atas rak tu. Lega bila nampak kemas sikit bilik dia dan dalam masa sama, aku cuba ajar dia supaya tahu mengemas bilik. Sesi bergotong-royonglah aku dan dia hari ni. Suka tengok dia senyum bila dah siap kemas-kemas bilik dia tu. Harapnya selepas ni, pandailah kamu mengemas semula mainan bila lepas main tu.
 Hasil gotong-royong kami. :)
 Kata adam, "Ibu, Adam nak amik gambar gak".
Senyum je dia..... :)

Nota : Sekali-sekala buat aktiviti mengemas bilik dengan anak pun seronok jugak sebenarnya. Dari situ boleh ajarkan dia supaya tahu menghargai barang mainan dia dan tahu mengemas. 

16 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

wah!!!!canteknya bilik adam.....pandai ibunye ajar ngemas....hehehehe...

Chic Na said...

teringat iklan susu yg budak kemas bilik tu. hihi.. nanti adam besar mesti rajin kemas bilik ni. :)

cheqna said...

betul doh tu..memang kena ajo gitu r..
kalu lok sokmo rohok gok kite seksok2 =)

Unknown said...

Bagus Adam dengar ckp ibu. Anak akak dulu, tak pernah pun akak tolong kemas, sekali sekala ada la. Biasanya kalau dia nak main kecah gitu dgn kwn atau sendirian, kena janji dulu.Lps main kena kemas, wajib. Dia tak pernah pula tak kemas, walaupun cara kemas tu main campak, tak kisah la, asal kemas. Sekadar melatih kan?

Unknown said...

bestnyer..adam dh ada bilik sendiri...

IntaNBerliaN said...

cantik lah bilik adam ni :-)

Ibu Qisha said...

cantiknya bilik adam :)

Ibu Qisha said...

cantiknya bilik adam :)

CtAyue said...

Naz, Pheonix : Tapi kalau dia buat sepah..kena suruh 2, 3 kali jugaklah br dia kemaskan balik..

CtAyue said...

@Chic Na chicna.. :)harapnya begitulah chicna.. anak lelaki pun kena ajar mengemas jugak kan.

CtAyue said...

@cheqna betul doh cheqna..mmg letih kalu kite je kena kemas sorang..

CtAyue said...

@~~zana@pb~~ wah baguslah anak akak cmtu.. adam ni kena 2, 3 kali suruh br dia kemaskan balik.

CtAyue said...

@izan mama mia kak, bilik dia tu hanya sbg hiasan dan tempat dia main.. tidurnya tetap dgn kami lagi..hehe..

CtAyue said...

@IntaNBerliaN ina,takdelah cantik pun bilik dia..biasa je. cuma suka letak mainan dia camtu..adam kan suka ultraman.itu yg cuba ajar dia susun camtu bg kemas sikit.

CtAyue said...

@Ibu Qisha mekaseh kak. dlm gambar je kot nmpklah cantik tp biasa je bilik dia tu.. :)

Masya said...

cantiknya biik adam, nnt beli katil tdo sendiri tau klu dah besar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute