Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 20 June 2012

Memang kena dengan aku..........


Mak hantar mesej dan suruh tengok WHi kat TV3. Aku bukak lah channel tu dan tengok topik memang kena dengan aku.. 'Surirumah berijazah'.

Terkedu seketika... Tapi sayangnya tak tengok dari awal discussion topik tersebut. Mungkinkah ramai jugak yang situasinya seperti aku yang juga surirumah berijazah. Ramai ke? Tapi itulah aku sekarang ini dan bila tengok topik tu memang rasa terkena pulak dengan aku....... Pernah dulu mula-mula aku nak ambil keputusan menjadi surirumah buat seketika ini sering diperli dan macam-macam orang duk mengata aku. Ada yang mengatakan apalah ko ni, rugi jer study tinggi-tinggi lastly stay at home jugak. Sampai adik aku yang lelaki tu cakap benda yang sama kat adik pompuan aku yang nak further study tapi aku cuba tepis pandangan salah dia tu dan akhirnya masing-masing dah boleh terima dan adik aku tu pun dah jauh lebih berjaya dari aku dalam studynya. 

Aku punya sebab tersendiri mengapa dan kenapa aku memilih jadi 'surirumah' buat ketika ini. Aku tahu ada yang mengatakan, "eh rugi nya ko tak kerja".  Takpe... rezeki ada kat mana-mana kan. 
Pada aku, kalau aku bekerja tetapi terpaksa berjauhan dengan suami dan anak, aku rasa tak best pulak. Memang aku belum pernah cuba tapi melihat dari pengalaman orang-orang lain pun sudah banyak memberi aku gambaran tersendiri. 
Dulu bila lepas bersalin, memang plan nak cari kerja tapi disebabkan rasa tak percaya nak tinggalkan anak di bawah asuhan orang lain, aku tangguhkan. Bila encik suami pulak dipostingkan ke kawasan yang peluang kerja bagi aku agak tidak banyak, maka terpaksa juga sekali lagi aku tangguhkan hasrat hati aku tu. Tidak mengapa asalkan aku boleh melihat anak aku membesar dengan baik, itu sudah cukup buat aku bahagia. Aku tangguhkan dahulu hasrat aku dan mungkin satu hari nanti aku akan kembali bekerja jua. Walau aku di rumah tapi aku cuba mencari peluang lain apa yang ada dalam diri aku ni. InsyaAllah sedang berusaha lagi ke arah lebih baik dan moga-moga perancangan untuk aku mula mengorak langkah berbisnes itu dapat direalisasikan. 

Bila ditanya soal kecewa? Awal-awal dulu mungkin sering sangat aku rasa begitu. Tapi aku cuba untuk positif. Memang dulu apa yang aku angankan dan plan lain tapi apa yang terjadi lain pulak keadaannya. Namun, aku selalu cuba ingatkan diri aku bila aku dilanda resah dan kecewa kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA. 

Nota : Entri ni sekadar berkongsi apa yg aku sendiri alami dan bukan untuk apa-apa ye.  Andai ada tersilap kata yang boleh menyinggung hati mana-mana pihak, aku minta maaf ye sebab aku tak maksudkan sesiapa ye. Ini hanya coretan aku. Sebenarnya menjadi surirumah pun ada stressnya jugak tau.. :)

10 Komen Cerita Hati:

are_lin@yu said...

unutnglah dear dpt membesar anak sendiri.ayu rasa slagi suami mampu tanggung tak salah kita jadi surirumah..itu kan lbih baik.makan pakai suami dan anak2 lebih terjaga ;-)

Unknown said...

saya pun jenuh dok menjawab..soalan ngapa tak keja...hahahahah..suami tak bg kerja...nak wat camana kan..dah ada anak. lagilah..risau org lain jg anak...saya pon tgk WHI tadi....

Chic Na said...

ok ape. ada gak tgk kwn2 yg jd surirumah berijazah. tp mcm ayu jgk sambil2 wat biz kecik2. lg best sbb dpt didik anak sendiri. :)

mama aryan said...

xde masalah pun jd surirumah berijazah,untung dapat tgk anak membesar depan mata,mcm saya ni petang baru dpt jumpa anak,seharian dgn pengasuh,kdg2 teringin gak nak jaga sendiri,tp belum dpt jd surirumah sepenuh masa,sbb kewangan belum mengizinkan

Ibu Qisha said...

salam...kisah kita hampir sama :)

fardhila fawwazy blogspot said...

jd suri rmh lg best kot..mknan suami dan ank akan trjaga..xde la cari yg lain sbb isteri sbuk..huhu

CtAyue said...

@izan mama mia penat kan nak jawab soklan org..terutama time blk kg..tp sabar jelah sy ni.. :)

CtAyue said...

@Chic Na tp tulah terpaksa tahan telinga bila kena perli.. alaa chicna, ayu baru je nak cuba biz dan msh byk kena belajar utk jd pandai deco2..hehe.doakanlah erk..hehe. :).

CtAyue said...

@mama aryan bg yg sudah bekerja dan suami jua mengizinkan..teruskanlah kan..dpt bantu suami dan rumahtga jgk kan. sy pulak mmg teringin jgk nak kerja tp belum masanya lagi kot.. :)

Masya said...

beruntung sebenarnya jadi suri rumah, nampak anak membesar dpn mata.. yups.. mungkin rezeki ade dimana² selagi peluang masih ada....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute