
bahan : cawan polestrin, batang aiskrim berwarna.
aktiviti 2 : aplhabet train.. ibu buat guna paper cup dan roda pakai penutup botol. suka dhia dapat tarik-tarik train ni. biarpun baru 4 train ibu buat..tak cukup lagi alphabetnya tu.
Dhia tahu masukkan je dalam train dan cawan 1-5 tu.. hihi.. mengasah kemahiran motor halus dia.
Aktiviti 3 : Tak tahu nak letak nama apa aktiviti ni. Ibu guna roll aluminium foil yang dah habis.. penutup botol. ibu bagi dhia main dengan memasukkan penutup tu ke dalam roll yang dilekatkan di dinding tu. Dhia suka yang ni.. penutup botol tu sama besar je dengan lubang roll tu, jai memang mencabar jugaklah tangan dia nak masukkanke dalam tu.
aktiviti 4 : Transfer activity.ibu guna bekas kecil lekatkan pada papan kek yang ibu taknak guna dah.. lepas tu ibu bagi dhia sudu dan guna lego kecil. ibu ajar dhia guna sudu ambil lego tu dan masukkan ke dalam bekas. Sebenarnya lebih menarik guna biskut atau marshmallow ke... baru anak lagi seronok. sambil main sambil boleh makan.. :)
aktiviti 5 : kemahiran motor halus dengan memasukkan lidi berwarna tu pada bakul jaring. lidi tu lidi satay yang diwarnakan dengan sedikit pewarna makanan dan cuka yang kemudiannya dikeringkan semalaman. ibu potong hujung lidi yang tajam tu untuk keselamatan anak-anak. Lidi ini jugak boleh pelbagai gunakan.. boleh diguna untuk mengira juga.
aktiviti 6 : Feed the Monster
Ibu menggunakan bekas potato yang dah habis... buatkan lubang dihujungnya dan bentukkan sedikit seperti mulut monster, mata dan hidung.. Bahan sampingan lain, ibu gunakan blok kayu dan penutup botol dijadikan makanan untuk monster tu. Jimat dan mudah je buatnya... :)
Aktiviti 7 : Sorting colour & stringing activities
ibu beli paper klip berwarna tu di kedai rm2 je. satu caranya untuk asingkan warna dan satu lagi masukkan ke dalam tali.
itu sahaja perkongsian untuk kali ini...











Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.





