
Sangat menarik buku ni.. menggunakan pendekatan fonik jugak susunan dalam buku tu. anak pun mudah faham.
ini pula bbm untuk adam. ibu diy menggunakan kotak bijirin, straw dan tali. ibu tulis perkataan jawi daripada buku 1, lekatkan straw dan soltape di belakangnya. nanti ibu suruh adam bentukkan perkataan jawi dengan memasukkan kad yang dipilih pada tali tu. senang dan jimat...
Untuk ini aktiviti padankan perkataan pada gambar. hanya menggunakan kertas A4 dan tulis perkataan, lekatkan dengan straw atau lidi satay pun boleh. kemudian buatkan gambar untuk dipadankan dengan perkataan tersebut.
kadang-kadang, anak-anak ni akan rasa bosan kalau diajar berpandukan buku je. oleh sebab itulah ibu kena cari cara yang lebih menarik untuk lagi menarik minat anak untuk belajar. semoga ibu diberi kesihatan yang baik dan semangat yang kuat untuk sentiasa rajin nak homeschooling dengan anak-anak ibu. aamin...




Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






1 Komen Cerita Hati:
Assalamualaikum,
Boleh share brapa lama anak pandai baca jawi berbantukan buku ni tak? Saya sedang mencari buku yang sesuai untuk mengajar anak belajar jawi.
Terima Kasih.
Post a Comment