Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 30 April 2015

Aktiviti Homeschool anak 2 tahun


bila jarang update.. banyak entri tertangguh.. jadi ibu kumpulkan semua dalam satu entri. 

Alhamdulillah.. dhia pun menunjukkan minat untuk belajar dan buat aktiviti homeschool. ibu pun rajinkanlah diri membuat diy bahan belajar untuk dhia juga. idea-idea ni pun banyak ibu dapat daripada ibu ibu homescholing yang lain juga. ada yang dikongsikan di ig dan blog.. 
aktiviti 1 : mengenali dan mengira nombor 1-5 di samping menambah fine motor skill anak.
bahan : cawan polestrin, batang aiskrim berwarna.

aktiviti 2 : aplhabet train.. ibu buat guna paper cup dan roda pakai penutup botol. suka dhia dapat tarik-tarik train ni. biarpun baru 4 train ibu buat..tak cukup lagi alphabetnya tu.
Dhia tahu masukkan je dalam train dan cawan 1-5 tu.. hihi.. mengasah kemahiran motor halus dia.
Aktiviti 3 : Tak tahu nak letak nama apa aktiviti ni.  Ibu guna roll aluminium foil yang dah habis.. penutup botol. ibu bagi dhia main dengan memasukkan penutup tu ke dalam roll yang dilekatkan di dinding tu. Dhia suka yang ni.. penutup botol tu sama besar je dengan lubang roll tu, jai memang mencabar jugaklah tangan dia nak masukkanke dalam tu. 
aktiviti 4 : Transfer activity.
ibu guna bekas kecil lekatkan pada papan kek yang ibu taknak guna dah.. lepas tu ibu bagi dhia sudu dan guna lego kecil. ibu ajar dhia guna sudu ambil lego tu dan masukkan ke dalam bekas. Sebenarnya lebih menarik guna biskut atau marshmallow ke... baru anak lagi seronok. sambil main sambil boleh makan.. :)
aktiviti 5 : kemahiran motor halus dengan memasukkan lidi berwarna tu pada bakul jaring. lidi tu lidi satay yang diwarnakan dengan sedikit pewarna makanan dan cuka yang kemudiannya dikeringkan semalaman. ibu potong hujung lidi yang tajam tu untuk keselamatan anak-anak. Lidi ini jugak boleh pelbagai gunakan.. boleh diguna untuk mengira juga.
aktiviti 6 : Feed the Monster
Ibu menggunakan bekas potato yang dah habis... buatkan lubang dihujungnya dan bentukkan sedikit seperti mulut monster, mata dan hidung.. Bahan sampingan lain, ibu gunakan blok kayu dan penutup botol dijadikan makanan untuk monster tu. Jimat dan mudah je buatnya... :)

Aktiviti 7 : Sorting colour & stringing activities
ibu beli paper klip berwarna tu di kedai rm2 je. satu caranya untuk asingkan warna dan satu lagi masukkan ke dalam tali.

itu sahaja perkongsian untuk kali ini... 

3 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

sesekali nmpk dhia besar dah dia..rajin dhia beraktiviti.thumbs up ayu..teruskanshare aktiviti dhia,mana yg sesuai bley paktik kt Afia

a wife and a mom said...

Thumbs up to u n dhia. Seronok kan tgk ank enjoy dengan aktiviti yg kita sediakan.

CEO Mak said...

salam perkenalan.. best nya aktiviti ni..tq bagi idea.. jemput singgah ke blog saya ye :) PROTEIN BAIK UNTUK MEMULAKAN PAGI ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute