Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 27 April 2012

-Kek Pandan Marble-


Adam : Ibu, adam nak makan kek!!Ibu buat kek otomen ye..
Aku    : Haaa.. Otomen.. ish adam nih ade2 jelah.. 

Itulah dia si kecik buat request di petang yang indah hari ni. Nak suh deco kek pulak ye kamu. Mentang2 ibu pernah lukis angry bird yg tak berapa cantek tu. Ini demand nak suh lukis otomen lak yer. Hahaha..

Emmm.. Baru perasan yang rasanya memang dah lama aku tak buat kek dan tak sentuh mixer mahupun oven. Hahaha. Memandangkan belum shopping barang dapur dan stok brg bakeryku itu lagik, maka beleklah buku resepi aku dan cari lah resepi yang simple. Terjumpe lah resepi kek pandan marble yang dah lama copy dan simpan nih tapi belum try pun lagik. Jadi haruslah jadi bahan uji aku pulak kali ni. 

Resepi ni diambil kat MyResepi.com. Mula2 buat tu tak berapa confident gak lah sebab serbuk koko dah habis. Maka tak jadi marble lah kek ni. Jadi kek pandan jelah kot sebab takde corak. Nasib baik menjadi dan rasa pun sedap lah jugak kan sebab ada rasa walau takde corak marble.. Thanks kat R-Lin yang share resepi ni.




Resepi : Kek Pandan Marble ( Loyang 20cm)
Sumber : R-Lin MyResepi
Di try oleh : ctayue

4 biji telur
1 sdt serbuk koko (ayak) - ku skip sebab takde stok
100 gm gula pasir
1 sdt ovallete
25 ml santan pekat - ku pakai santan kotak cap ayam brand
1 sdt perisa pandan
50 ml minyak masak - ku pakai minyak jagung
100 gm tepung gandum- ayak
1/2 sdt baking powder - ayak
beberapa titik pewarna hijau

* Pukul telur, gula & ovallete hingga kembang
* masuk tepung & baking powder. Kacau rata.
* masuk minyak. Kacau rata.
* masuk santan & perisa pandan. Kacau sebati. ( ku adun pakai mixer je semua tu)
* bahagikan 2 bahagian sama banyak. 1 warna hijau & 1 lagi letak serbuk koko.
* selang seli melapis adunan.
* bakar pada suhu 180c selama 30min - 45 minit.

SELAMAT MENCUBA!!

Nota : Adam boleh kata kenapa buat kek hijau. Dia nak otomen jugak tapi ku buat tak tahu je. Tengok2 dah habis separuh pun dia makan. Mengada betul kamu ye dak adam. Hehe.. :)

Comelnyer Segala benda Pink!!!


Hari nih mood agak tak berapa stabil sikit. Haha. Jadi nye takde keje duk main search dengan pokcik google lah ape saja pink bagi lembutkan hati ni sikit. Pink itu cantik kan. Tapi aku tak lah terlalu obses sangat tapi memang I LIKE PINK!!! 

Jom layann..

 Cantiknye dapur pink.. Nak!!!

Pinky bedroom for My future Dotter 'Dhia'.. Dah ada nama lagik tu. Haha..
 Sangat berangan nak gajet2 dapur ni semua terutama yang mixer pink besor tu.. Pssttt sikit kat Abah adam, Boleh tolong belikan tak? :)



Kek Pink yang sangat lah gorgeous....

Nota : Pink itu Lembut dan cantik..Secara umum, warna pink melambangkan feminitas, kelembutan, dan kehalusan. Warna pink muda melambangkan kehalusan, kelembutan, kekaguman, dan kegembiraan. Sedangkan warna pink tua memberikan makna terima kasih dan penghargaan.

p/s : Credit kat pokcik google utk ihsan gambor2 tu. :)

Al kisahnya.........


Hahaha.. Tajuk tak boleh bla betul!!

Sekitar kul 8pm semalam, Gas masak kat rumah habis. Time2 abah adam takde jugak nak habis nye yer wahai gas. Adoii.. Tension kejap sebab sambal sotong belum masak sepenuhnya. Selongkar lah stor cari portable gas ada tak lagi ink. Tengok ink gas tu ade lagik.. Pakai lah dulu untuk bagi masak sambal sebab si kecik dah lapar nak makan nasik. Mujur sempat masak. Terima kasih kat portable gas tu walau kamu kecik tapi kamu banyak membantu tika aku kehabisan gas masak.

Abah adam dari jauh mintak tolong dengan kawan dia yang jiran sebelah rumah kami je pun minta tolong belikan gas. Sebab dia takde sini, itu yang kena mintak tolong orang lain. Nasib baik ada yang sudi nak tolong kan. Tapi tong 12kg aje ade kat kedai situ sedangkan yang asal kat rumah ni 14kg. Dia beli jugaklah walau malam-malam dah tu. Takkan nak demand suh cari yang 14kg jugak kan. Itu dah lebih dah. Haha... Dah boleh berasap dah dapur aku pun ok dah kan. Mekaseh kat kawan abah adam merangkap jiran. Heee...
Bukan tak boleh beli sendiri tapi mahu terpatah segala tulang aku ni nak angkat tong ke tingkat dua pulak tu. Apalah sangat kudrat seorang perempuan nih. Mujur ada jiran2 yang baik hati yang suka menolong.

Cuma aku kena gi confirmkan balik lah kat akak kedai tempat beli gas tu sebab seyes tak faham sistem jualbeli gas nih. Bukan ape, kan asal tong kosong aku 14kg, ini jadi 12kg pulak dah kan. Takut karang kemudian hari nak beli yang 14kg tak dapat pulak kan. Rugi lah beb sebab tong asal aku 14kg. Orang meniaga ni kadang ada macam2 ragam jugak kan. Memang awal2 dia kata takpe amik  la dulu yg 12kg, nanti dah habis amik yg 14kg balik bayar harga gas aje. Emm.. Ye erk boleh macam tu?? Sebab inilah first time aku tukar2 kilo gas masak. Sebelum nih kami memang cari 14kg jugak sampai dapat. Itu yang nak kena gi wat confirmation balik tu sebab semalam bukan aku yg pergi kedai. Hehe... Cerewet ke? Ke memang takpe erk.... Takdo pengalaman lah!!!

pssst..... Gas kat tempat aku 12kg=RM25, yang 14kg=RM28. Tempat korang pulak berapa??? :)

Thursday 26 April 2012

-Mi Lidi-


Mi Lidi atau ada gak yang panggil Mi batang/Mee Longfong. Pernah rasa tak? Mi nih ala2 spagethi gitu. Ini lah mi yang memang dari kecik aku dah kenal dan makan sampai lah sekarang still makan lagik. Cuma dulu RM0.80 sen je sebungkus tapi sekarang dah jadik RM1.20 satu bungkus.

Tapi tak tahu lah kenapa masa duk kedah dulu susah betul nak dapat mi nih. Sama jugak kat belah jerteh nih jarang kedai ade jual. Tanya mi lidi ada tak, diberinya spagethi. Hahaha.. Tak tahu lah kot aku yang tak perasan ke kan. Itu yang bile balik rumah mak mesti borong banyak lah buat stok. Mi ni sedap dibuat goreng ataupun makan dengan kuah laksa lemak. Memang mabeles lah...

Ini bekpes pagi tadi digoreng. Si kecik adam makan banyak pulak tu.. Hehhe

Pening!!!


Kesian acc fesbuk ku. Apasal jadik camnih erk?? :(



Ada sesiapa tahu tak kenapa?? Oh!! Tidak. Apakah yang berlaku nih. Hari tu jadik lain. Ini jadik lain pulak. Dah 2 kali dah terkena camnih. :(

Okeh. Aku pun google cuba cari solution apasal jadik camnih. Opps... Fb aku kena hack?? Camnih ke rupenye kalau akaun fb kena hack. Siapalah yg takde kerja duk hack fb aku nih. Aku bukan popular pun. Itulah kot bahaya main banyak application kt fesbuk tu sebab ini terjadi lepas aku ade bukak 1 app kt fb entah dr wall sape yg share aku tergatal tangan click. Hahaha. Kan dah terkena. Tapi tak pasti lah jugak kenapa erk!!

Nasib baik terjumpe step cara nak restore balik akaun kat blog insan baik hati yg sudi berkongsi nih kat sini. Sape yang ada terkena cam aku boleh lah tengok step yang diajar kat situ. Sungguh haru biru kejap rasa bila fb ku jadik begitu. Hahaha.. Rasa hilang kawan pun ada. Yelah kt fb tu lah duk dapat tahu perkembangan kawan-kawan sekolah dan sebagainya lah kan. Lepas ni kena hati2 sikit lah. Huhhu...

Wednesday 25 April 2012

Nak Percaya atau Tak!!


Kawan 1 : Suami ko p mana?
Kawan 2 : Outstation 2 minggu.
Kawan 1 : Ooo.. Tak takut ke? Percaya ke dia jadi bujang kejap tu..
Kawan 2 : Diam.....

Pernah tak anda alami situasi ditanya dan diberi kata yang boleh mempengaruhi rasa percaya anda pada pasangan? Huh, manusia nih macam-macam ragam. Mungkin bukan niat nya dan mungkin hanya nak menyakat aje kot. Tapi kadang kata-kata macam tu bahaya jugak sebab boleh timbulkan rasa ragu pulak kan pada pasangan sendiri. 

Tapi sebenarnya kite lebih mengenali siapa pasangan kita. Hanya kita yang tahu tahap mana rasa percaya kita tu pada orang yang kita sayang. Jadi tak perlulah melatah bila ada yang berkata-kata begitu pada kita. Suami outstation tidak bermakna dia berpoya-poya. Jangan terlalu cemburu bimbang takut memakan diri. Cuma kenalah pandai peduli akan pasangan. Tidaklah terus diam aje dan tak call langsung kan. Itu dah pelik tu!! Pokok pangkalnya harus saling percaya. Apa yang perlu dibimbangi ialah keselamatan pasangan dan kesihatan dia. Berdoalah semoga semuanya selamat.

Walau suami aku pun kadang ada time perlu outstation luar tapi Alhamdulillah, setakat nih aku still percaya kan dia. Coz dia selalu update ape saje aktiviti dia walau jauh. Harap dia akan terus begitu lah. Memang kadang ada gak timbul rasa cemburu tapi ku cuba tepis untuk tidak terlalu cemburu dan cuba jugak untuk tidak terlalu control dia sebab aku tahu itu pun tidak bagus dalam sesebuah perhubungan dan rumahtangga. Kalau kita tidak bersangka buruk, itu lebih menenangkan jiwa dari fikiran yang negatif sebenarnya kan.. Betul tak??

Permainan dulu kala jangan dilupakan!!!


Berkesempatan jugak aku nak kenalkan dia ngan permainan zaman aku budak2 dulu. Ajar dia sekali je cara susun tin tu, terus dia ikut dan baling bola. Cuma takde geng lah nak main kejar2 dan cuba susun tin tu balik sebelum dicekup musuh kan. Tak cukup geng, jadi adam main macam bowling lah pulak jadik nye.. Hoho... Ape-ape jelah kan. 

Dulu inilah yang best ibu main tau budak adam. Ini lah game ibu ngan kawan2 ibu selalu main  waktu petang masa jadi kanak-kanak riang satu ketika dulu. Sekarang kamu kena lah kenal jugak ini game walau dah macam2 game canggih ade. Jangan duk ingat nak main game zombie je yer budak adam!!

Korang ingat lagi tak game nih?? Jom main bola tin ngan adam!!

 1,2,3 baling!!!
Dah berkecai dah. Lari!!! 

Nota : Permainan tuju tin/bola tin ini mudah dimainkan dan menjimatkan. Tin susu disusun seperti piramid yang tinggi di tengah padang oleh kumpulan A manakala pemain kumpulan B pula membuat balingan. Sekiranya susunan tin itu jatuh akibat lontaran bola tersebut, maka pemain kumpulan A akan cuba merebut bola itu dengan tujuan membalingkan kepada salah seorang ahli kumpulan B sebelum mereka sempat menyusun semula tin itu. Sementara itu, pelontar tadi hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat mungkin dan boleh ditolong oleh rakan-rakan sekumpulan dengannya.

Tuesday 24 April 2012

Terharu bila................


Hari ni betul2 rasa terharu bila................. angka kat kotak follower tu dah bertambah jadi 111. Comel sungguh angka nih.  Dan yang sudi genapkan angka comel yang ke 111 ni ialah Si comel Maisarra. Terima kasih kepada kamu, kamu dan kamu semua yang sudi follow blog CERITA HATI nih. Dari hari ke hari angka tu bertambah sejak aku banyak join segmen. Thanks jugak kat blogger-blogger sporting yang buat segmen-segmen menarik tu. 

Sungguh rasa happy dan terharu bila ada orang sudi nak ikuti penulisan ku kat sini walau blog ini sekadar coretan bebelan aku, kisah anak ku Adam dan segala apa yang berlaku sepanjang perkembangannya aku catatkan di sini sebagai tanda yang betapa aku sayangkan dia dan dengan harapan moga satu hari nanti dia dapat baca ini semua. 

Terima kasih semua sebab sudi jenguk blog Cerita Hati..

Kismis


Kismis memang sedap dimakan dan banyak kebaikannya. Sangat bagus kalau galakkan anak amalkan memakan kismis. Alhamdulillah sebab adam suka makannya walau dulu masa mula-mula nak kenalkan dia dengan rasa kismis tu dia agak menolak tapi sekarang dah nampak dia suka. Ada jugak budak yang tak suka makan kismis macam sorang anak sedaraku tu. Susah betul nak makan kismis sedangkan kismis lah bagus dimakan. Tapi adam ni kalau dah makan tak hingat punya lah. Beli sebotol yang banyak dah tu seminggu je dah habis. Takpelah janji dia suka kan cuma tak lah aku terus beli lain kalau dah habis. Kadang delay gak beli. :)

Dalam Tib Al-Nabawi (perubatan Nabi) menyebut hadis yang bermaksud :
''Sebaik-baik makanan ialah Buah Zabib(kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.'' 

Kismis ialah buah anggur yang dikeringkan. Banyak sebenarnya khasiat kismis. Antaranya ialah :
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. Melindungi hati.
7. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
8. Melawaskan pembuangan air besar.
9. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
10. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
11. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi. 
12. mencerahkan mata.


Nota : Jom sama-sama amalkan memakan kismis!!!

Kenangan


Kenangan lalu terkadang mengusik jiwa..
Menggamit kemanisan yang tak mungkin terpadam 
kerana ianya sebuah kenangan.
Tapi kenapa?? Mengapa harus datang kenangan itu..
Perlukah ia diingati...
Apakah ini hanya mainan rasa??
Bertanya pada diri.. Untuk apa mengingati semua itu.
Tapi ia kenangan.. hanya kenangan indah yang pernah singgah. 
Salahkah untuk diingati..
Sungguh bila diingati mengajar aku tentang sesuatu.
Betapa penting untuk menghargai sebelum kehilangan.
Harus ku hargai apa yang ada...
Harus aku sayangi apa yang ada di depan mata.
Kerana aku sangat menyayangi mereka!!!!
Itulah bahagia yang aku cari!!!
dari kotak mindaku

Monday 23 April 2012

Segmen : Tambah Follower Tambah Kawan


Jejalan kat rumah Anje Fara, nampak pulak aku di tag oleh nya join satu segmen. Thanks erk tag ayue. Macam biasa lah, jom support segmen nih dan boleh tambah kawan2 lagi kan dalam alam maya nih. 



Kena tag orang lah pulak erk..
orang yang di Tag ialah
.
.
.
kamu
.
.
dan
.
.
kamu
Nak join, klik Banner @ sini


-Maggie Goreng-


Bekpes kami hari ni ngan menu maggie goreng. Malas nak buat menu lain maka inilah yang senang. Sesekali layan maggie goreng best gak. Ini pun aku masak sebungkus aje nak makan ngan adam je pun. Tapi jangan amalkan selalu makan maggie yer... 

Resepi : Maggie Goreng perisa Kari (4 org makan)
Sumber : Myresepi.com (blackjack)
Di try test : ctayue

2 biji telur
2 ulas bawang putih
4 paket maggie perisa kari
2 paket perencah kari ( dari maggie tu)
3/4 batang kacang panjang- hiris2
1/2 btg lobak merah - hiris memanjang
2 cawan air
Hiasan : cili merah, daun bawang, bawang goreng

* Panaskan minyak & gorengkan telur spt buat scrambled egg. Angkat & ketepikan.
* ketuk bwg putih & hiris halus, tumis bawang.
* masuk perencah kari yg dicampur sikit air. tumis hingga wangi.
* masuk sayur. Kacau sekejap, masuk air & biar mendidih.
* masuk maggie dna masak sampai kering. Kalau still cam keras boleh tambahkan air sikit.
* masuk scrambled egg tadi & kacau rata. Angkat & hiaskan.
 
Nota : Kalau nak buat sikit, adjust kan jelah sukatan tu. Senang je kan.. Siapa tak pandai masak maggie kan, semua pandai.... :)

Sunday 22 April 2012

Bila Berdua..........


Bila abah adam outstation maka nye berdua lah aku dengan si kecik ku itu..
Seram, cuak??? 
Kalau dulu memang seram sebab dulu menyewa rumah kat luar. Kalau kena tinggal, malam-malam confirm tak leh lena tidur umpama macam tidur2 ayam je jadi nye. Masa tu sewa rumah sebijik, jiran kiri kanan ada tapi jauh jaraknya.. Rumah kampung dan sewa pun dengan orang kampung situ tapi best duk rumah tu sebenarnya. Mangga pintu bukan main lagi lah.. macam-macam jenis mangga ada. Rumah lama dulu memang rasa cuak sikit kalau kena tinggal time abah adam outstation. Bila rasa tak selesa ajer.. apalagi cabut balik kampung lah.. 2 tahun gak lah menyewa kat situ.  Siap tinggalkan pokok buah ceri lagik. Dah rendang dan besar dah pun pokok tu. Tiap kali lalu depan rumah lama tu mesti tengok sambil imbau kenangan kat rumah tu.

Tapi sekarang sejak dah berpindah ke rumah baru, rasa lebih selamat sikit. Suasana nya lain sikit. Duk kuartes ada ramai jiran dan ada guard jagakan. Rasa cuak tu bertukar jadi rasa boring dan sunyi lah pulak bila abah adam takde. Tapi harus alert jugak..

Bila berdua dengan si kecik tu......................
aku boleh bangun lambat, akan jadi lambat untuk masak dan masak pun yang simple2 ajer.  :)

Tapi..... bila berdua hanya berdua jelah... rasa tak lengkap pulak takde si dia yang suke buat bising menyakat adam. Lepas ni kena tahan jelah nak menjawab soklan sama dari si kecik tu duk tanya abah dia... kalau dulu tak petah lagi cakap, tapi sekarang memang kena tanya lah aku nanti......setiap jam mungkin.

Nota : dari saya jadi 'aku' lah pulak erk..huhu.. best gak guna 'aku' bila menulis di sini.. Pasni guna aku jelah. Lagi sempoi kot kan. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute