Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 30 March 2013

Bila dia dah mula faham...........

Adam masuk bilik dia............ ingatkan buat apalah pagi-pagi kan lama-lama dalam bilik dia tu. Rupanya dia duk syok pikir nak tukar day, date dan weather kat calendar board dia yang dibuat semalam tu. Saya tak suruh pun tau dan dia sendiri yang teringat nak tukar semua tu. 
 Tukar date hari ni....... dia tanya saya hari ni berapa ye ibu? Saya kata 30, so dia carilah 30 dan letak kat ruang date tu.
123 tukar........... nampaknya dia dah mula faham cara nak guna calendar board dan tujuan calendar board ni dibuat. Weather tu pulak, dia tengok hari ni panas, dia pun amiklah gambar sunny letak kat ruang weather tu walau sebenarnya ruang weather tu untuk 5 hari je, saturday and sunday takde..Hihi.. (^_^)

Sebelum dia tido......

Sudah menjadi kebiasaan, sebelum tido pasti dia minta bacakan dia buku cerita. Dia nak membaca sendiri setiap helaian tu, dia masih bertatih lagi nak membaca dan hanya perkataan mudah je dia dapat baca. Jadi tugasan sayalah kena baca sama-sama dengan dia. Bila ada perkataan yang mudah, saya akan minta dia yang bacakan. Begitulah cara saya untuk dia turut sama belajar perkataan apa yang ada dalam buku cerita tu yang dah dia belajar sebelum ni kan. Contohnya perkataan saya, itu, ini, ada, bapa, apa, kita, kata dan lain-lain yang hanya dua sukukata tu saya tunjukkan kat dia dan suruh dia baca, lepas tu barulah saya sambung baca perkataan susah yang adam masih tak boleh baca lagi. Tak sabar saya nak tengok dia boleh membaca buku cerita sendiri sebenarnya tau. Buku cerita adam kebanyakkannya banyak yang dipinjam dari library. Saya memang suka bawa adam ke library dan akan pinjam buku sampai 12 buah buku. Banyak kan? Sebabnya kad ada 3 dan setiap orang boleh pinjam 4 buah buku. Biasanya saya dan abah adam akan guna kad kami untuk pinjam buku adam. Itu yang adam boleh pilih banyak sikit untuk buku dia. Kami berdua pulak hanya akan pinjam dua buah buku jer.. Hihik.. (^_^)

Nota : Adam masih batuk..dah seminggu kot batuk dari hari bawak ke klinik jumaat lepas. Rindukan abahnya sampai tak berapa sihat jadinya si kecik saya tu. 

~Kemas Bilik~

Disebabkan sudah berniat petang tadi nak mengemas dan ubah sikit susun atur bilik adam, maka mak buyung ni merajinkan jugalah diri kemas bilik adam. Fuhh penat jugak tapi saya buat slow-slow lah kemasnya tu. Takdelah selasak seperti biasa. Hahak.. Mak buyung pun risau nak over sangat buat kerja berat. Tapi kemas bilik adam tadi takdelah angkat berat sangat pun. Just alihkan rak buku dia dan tempat mainan dia jer. Itu pun dah mengah dan berjam jugaklah nak boleh siap kemas. Mahu takkan, penat sikit berenti jap tarik nafas pastu baru sambung balik mengemas. Hihik.. (^_^)

Taraa.... Hasil kerajinan saya.
Asal boleh je kan saya susun rak tu..haha.. Rak tu memang saya beli banyak pun, kat tesco kan murah jer.. Tak kisahlah apa-pun cara susun rak tu, asalkan di mata saya nampak kemas nak susun barang-barang belajar Adam.
Sudut study Adam atau sudut homeschooling Adam. (^_^)
 Yang bertampal di dinding sebelah katil tu ialah Art Corner Adam. 
Apa adam buat tu? Bila dah siap kemas bilik, adam terus nak buat aktiviti. Lukis dan warnakan dengan krayon. Dah pandai belajar mewarna nak guna krayon pulak dah Adam ni..
Siapa yang lukis tu? sayalah yang kena lukisnya dan yang warnakan adam. Mula-mula minta lukiskan ikan, lepas tu ketam, kemudian sotong pulak dan sudahnya buah-buahan pulak... Layan ajelah... (^_^)

Nota : Penat jugak ye fikir cmne nak deco bilik anak ni. Kalau lah bajet tu banyak dan dekat pulak dengan Ikea, kan best.... Haha.. Motif berkata cmni? Haha.. saya sangatlah teringin nak gi kat Ikea tu. Macam best je design perabotnya kan. Huhu.. (^_^)

Friday 29 March 2013

Aktiviti : ~Calendar Board Adam ~


Sebelum ni ajarkan Adam cara tengok jam dan kali ni saya bergotong-royong dengan dia buat 'calendar board' pula. Saya download tool untuk buat calendar board versi saya ni kat homeschoolcreation,confessionsofhomeschooler dan mamajenn.com. Bolehlah jenguk kat web tu yer. Banyak idea yang dikongsikan kat situ yang boleh kita cuba buat dengan anak-anak kat rumah pula. Saya pun banyak belajar cara nak homescholing kat situ. (^_^)

Saya  menggunakan hanya sekeping kotak dan digamkan dengan kertas pembalut hadiah yang comel sebagai board untuk lekatkan semua bahan tu. Terhasillah Calendar board Adam yang ada time, date, day dan weather. Dengan cara ini mungkin dapat membantu Adam untuk belajar lebih memahami cara tengok jam, lebih kenal hari dan keadaan cuaca setiap hari.
Adam sangat sukakan 'calendar board' ini. Rajin dia menolong saya menggunting dan hias calendar board versi kami ni. Hihik.. Ok lah tu kan... Next time kalau rajin nak buat lain yang lagi cantik barulah tukar. Untuk sementara ni, pakai yang ni dulu.. Actually kekurangan bahan nak mendeco jadi cantik, so guna je apa yang ada kat rumah ni dan kreativiti diri sendiri. (^_^)

Nota : Semakin banyak pulak benda yang bertampal di dinding dalam bilik study adam dan semakin nampak tak tersusun pulak jadinya. Nanti nak kena gotong-royong lagilah tu kemas bilik dia. Sebenarnya sangat teringin kalau setiap bulan tu berubah deco bilik study adam supaya dapat memberi suasana baru dan mood baru untuk adam belajar dalam bilik dia tu. Tapi apakan daya.... dengan keadaan yang semakin hari semakin tak larat ni, terpaksalah buat je mana yang larat. 

Wednesday 27 March 2013

Adam membaca ~ Buku 6

Adam dah mulakan buku 6. Sedar tak sedar, dah nak hampir sebulan adam belajar membaca. Saya start ajarkan dia awal bulan hari tu iaitu pada hari jadinya. Macam tak percaya pulak yang dah nak hampir sebulan rupanya dan adam dah di buku 6. Lagi dua buku lagi nak habis.. Lepas tu saya akan uji dia dengan membaca buku cerita pulak lepas habis semua buku-buku bacalah anakku ni. Sekarang ni pun, kalau tengok sarikata kat tv, dia seolah-olah cuba nak membacanya tapi dalam versi mengeja jugaklah.. Kalau ada keluar perkataan itu ini dan yang mudah-mudah tu cepatlah dia sebutnya tanpa mengeja. Lagaknya macam sempat je nak baca sarikata kat TV tu kan. Saya sangat happy dengan perkembangan dia. Alhamdulillah... 

Seronoknya dengan buku ini kan, di belakang setiap buku tu ada disediakan semakan penilaian tahap bacaan anak. Kalau markahnya OK, bolehlah mulakan buku baru. Macam saya, hanya ulang baca dua kali je setiap buku. Lagipun, kalau diulang banyak kali perkara yang sama, anak pasti akan bosan sebab mereka sebenarnya tahu yang kita banyak kali ulang ajar perkara yang sama. Adam pun macam tu, siap cakap lagi, "Ibu, kan mukasurat yang ni dah baca". Mulalah saya pulak yang terasa tau..
Buku 6 ~ agak mencabar sikitlah nak ajarkan Adam ni. Dalam buku 6 ni dah kena tambah huruf 'n' di setiap akhiran sukukata. Satu cabaran lagi untuk saya nak bagi Adam faham cara kenal, sebut dan gabungkan bunyi sebutan perkataan tu. Saya pun tak tahu lagi macamana cara nak lebih kreatif untuk ajar Adam yang ini. Sebelum ni hanya sukukata dan perkataan yang agak mudah jugalah adam nak faham dan baca. Tapi kalau buku 6 yang kena belajar tambah 'n' pulak di akhiran sukukata tu, agak lambat sikitlah dia nak faham cara membacanya. Takpe, saya akan cuba yang terbaik sampai dia boleh faham.
Semoga kamu sentiasa ingin belajar dan cuba untuk belajar menjadi anak yang baik, cemerlang dunia akhirat. 

Nota : Adam nampak bersungguh nak tahu membaca sebab ada sesuatu yang dia nak tuntut dengan abahnya. Pertamanya robot, kedua cd games baru dan ketiga buku-buku baru. Hahaa.. Banyak betul dia minta habuannya kan. Tapi takpe, dengan cara begini juga dapat membantu dia untuk jadi suka nak belajar membaca sampai dia boleh. Sekali-sekala guna taktik umpan dengan hadiah takde salahnya kerana itu pun satu cara galakan motivasi untuk diri anak berusaha ke arah yang baik kan. 

Checkup adik tapi adam yang risau...

Saya baru balik dari checkup adik adam. Dah 32 wks dan lagi 8 weeks to go? Huhu.. Dup dap dup dap sudah saya ni. Check semua ok, berat naik gak lah sikit (maklumlah saya memang payah naik berat), Hb dan Bp pun OK hari ni. Ini semua sebab minum jus delima + makan buah jambu batu. 

Saya pergi sendiri tanpa ditemani encik suami yang lagi outstation kan. So, yang jadi peneman setia saya mestilah adam. Saya ajaklah adam sekali masuk dalam bilik checkup. Nak tahu apa reaksi adam? Mula-mula saya baring, dia dah buat muka risau. Bila dia tengok nurse mula letak cecair biru yang untuk scanning tu kat perut (saya tak tahu le apa namanya..hahak), adam lagi buat muka cuak tengok saya. Nurse tu kata ni adik adam sambil tunjuk skrin kat adam tapi adam tetap buat muka risau. Saya tahu yang dia risaukan saya kot ingat saya sakit. Baby saya masih duk melintang, gerakan jantungnya OK dan takde apa perlu dirisaukan kata nurse. Tapi masa nurse cuba scan nak tengok jantinanya, memang tak nampak dan tak dapat pun nak carinya sebab kedudukan baby saya melintang badannya ke dalam gitu. Takpelah.. nanti tunggu abah dia balik baru gi scan 4D. Teruja juga nak tengok rupa dia dengan lebih jelas. Harap semuanya baik-baik..

Balik rumah kan.... adam boleh bertanya,"Ibu, tak sakit ke tadi tu? Masa tengok adik tu? Kesian ibu". Tiba-tiba kan adam boleh tanya macam tu kat saya. Sangatlah touching hati saya ni. Adam oh adam... Terima kasih kerana kamu seakan cuba nak memahami. Baru saya teringat, yang semalam saya ada ceritakan kat dia pasal gambar kelahiran secara caesaran dalam majalah Pa&Ma sepertimana keadaan saya nak lahirkan dia dulu. Yang jadi berceritanya tu sebab dia duk sebelah saya sibuk nak tengok gak majalah tu dan tanya itu kenapa? Agaknya dia teringatlah tu dan ingat saya sakit kot masa scan tadi duk tengok nurse tekan-tekan perut saya kan. So sweetlah anak ibu ni kan.. 

Nota : Takde gambar sebab segan kat nurse nak amik gambar adam yang cuak tadi... Hihik.. :)

Tuesday 26 March 2013

Aktiviti : Belajar Tengok Jam

Lagi aktiviti with my lovely son. 
Tool ni saya download and print kat web makinglearningfun. Lepas tu gunting dan susun secara rawak guna ring binder clips tu. ~Ni versi saya yang malas nak gi laminate, so cara saya : Guna plastik kemudian stapler kan.. Hahaa. Ok tak?.~
Adam cuba match kan cara tengok jam tu dengan waktu yang sepatutnya lah.. Yang dia faham, pukul 1 dan seterusnya tu nampak cam OK lah.. Tapi bila tengok jarum pendek kat nombor 1 dan jarum panjang kat nombor 6, mulalah dia compius.. Hihik.. Takpelah... nanti lama-lama ok ler tu. Sekadar nak bagi dia happy dan familiar je cara tengok jam dan bukan terlalu nak mengharapkan setiap hasil pembelajaran tu terus jadi bagus dengan sekali ajar je kan. Kesian jugak kat anak. Bagi dia masa dan ruang. Try ajar lagi next time pulak kan... :)

Adam jealous erk?


Setiap kali bertandang ke rumah kawan saya yang ada baby kecil, adam pasti meragam semacam aje. Saya baru tegur  je baby tu dan tak riba pun, adam pulak yang lebih-lebih nak ragamnya. Kenapa yer? Jealous kah budak ni? Mungkinlah kot sebabnya kan, kalau saya nak beli apa-apa barang kat adik dia yang bakal kuar tak lama lagi ni, pasti dia buat muka badmood dan tanya macam-macam. Siap cakap lagi, "kan dah ade baju adik"(means baju dia masa baby lah). Amboi kan dia..  memang saya rasa dia jealous lah. Mana kan tidak, jarang sangat dia nak datang main dengan adik dia yang dalam perut ni. Kalau saya panggil meh lah tengok dan rasa adik tendang pun dia buat lambat-lambat je datang dekat saya. Hahaa... Memang kan adam jealous.. Itu belum adiknya keluar lagi tu. Maklumlah jaraknya 4 tahun tu baru dia nak ade adik.. Memang sah-sah lah dia manja dengan saya dan mungkin dia mula rasa makin tergugat takut saya lebihkan adik dia nanti kan. Hihik..

Pregnant kali kedua ni kan, saya pernah kena tahan ward dan di'drip' air 3 botol gara-gara saya demam. Demam sebab kes terlalu penat dan kurang minum air. Pregnant kali ni jugak, saya suka makanan bergandum terutamanya kuih-muih, cekodok pisang.. Siap ada orang belanja lagi kuih yang saya duk ngidam dan bila saya yang cari sendiri tapi tak dapat. Terharu tau kat akak tu yang saya panggil dia Kak Sue yang belikan kuih ni kat saya. Pelik kan, time saya nak sangat tu lah, mencari situ sini tak ketemunya. Orang lain lak yang belikan.. Hihik..
Kuih inilah yang saya maksudkan tu.. Tq kak sue sebab belanja saya hari tu.. 

Nota : Semakin hari semakin dup dap dup dap hati ni... Semoga dipermudahkan nanti hendaknya.
 Inshaa Allah.. Besok saya kena gi checkup lagi... :)

Monday 25 March 2013

Semoga cepat sihat sayang........

Alahai.... kesian anak ibu. Dah beberapa hari batuk dan selsema. Jumaat yang lepas dah bawa dia ke klinik. Doktor check dia tak demam, cuma batuk dan selsema aje sikit. Tak padan dengan batuk tau tetap nak makan aiskrim jugak. Mula-mula mintak nak rasa je sikit, sudahnya makan jugak kan tapi hari ni baru dia makan. Tiga hari lepas dia tak mintak beli pun kalau gi kedai..Hihik.. Selsema pulak,kejap nampak macam dah baik kejap ade jugak lagi sikit-sikit. Teringat petua orang lama, letak kunyit kat batang hidung dan itulah saya buat setiap malam. Kalau lupa, adam yang tolong ingatkan,"ibu lupa ke nak letak kunyit, adam selsema lagi nih.." Haha.. dengan rela hati dia biarkan je saya letak kunyit kat hidung dia tu.. Semoga cepat sihat ye sayang... Kata nak buat aktiviti lagi kan.. Banyak dah ibu planning ni untuk minggu cuti sekolah ni. 
Dah kuning dah hidung anak ibu.. Hihik.. siap posing lagi bila cakap nak ambil gambar.. Mengada tau kan.. :)

Sunday 24 March 2013

~Permainan Bahasa : Uji Minda~

Saya bukanlah ingin menunjuk-nunjuk bagus ke apa ke yer.. Saya cuma ingin berkongsi apa yang boleh dikongsikan dengan sahabat-sahabat semua dan saling berkongsi idea. Alhamdulillah.... adam dah mulakan buku 5 semalam dan iqra' pun dah nak ke buku 2. Memang adam agak tergagap-gagap sikit dan lambat nak baca sesetengah perkataan tapi itu biasalah sebabnya dia baru nak biasakan diri untuk membaca ayat-ayat pendek. Apa yang penting, dia tahu cara nak baca dan inshaa allah jika dilatih dan terus berusaha, pasti adam akan lancar membaca satu hari nanti. 

Adam memang cepat boring kalau hanya ajar dengan tunjukkan buku semata-mata dan mulalah dia tak reti duk diam. Apa yang saya buat untuk bantu dia terus nak belajar membaca ialah :
1) gunakan flash kad
2) aktiviti permainan bahasa misalnya saya suruh dia guna kad dan buat perkataan yang saya sebut dan juga suaipadankan gambar dengan perkataan yang betul.
3) saya baca buku saya dan akan ajak dia sama baca buku dia samada tengah santai depan tv. Sebelum tido pun saya galakkan dia bawa buku dia bersama. Tengok dan baca sikit-sikit pun boleh membantu juga kan.
4) kalau nak jalan-jalan pula, standby siap-siap buku dia supaya dia boleh belek-belek atau baca dalam kereta.
 Games : Uji minda si cilik saya. Dia cuba suaipadankan gambar yang dilihatnya dengan perkataan yang betul. Saya minta dia tengok gambar sambil baca perkataan mana yang sepatutnya untuk gambar tersebut baru gariskan.
 Mukanya nampak seronok sangat buat games ni. Sambil buat sambil belajar baca perkataan.
 Hasilnya~~ Ada satu kesilapan atau kekeliruan, nak garis ke satu tapi dia tergaris ke tali.. Hehe.. Siap cakap lagi, "maaf ibu". :)
Ini pun salah satu aktiviti untuk menguji dia membaca perkataan dan juga latih menulis perkataan tersebut. 

Itu jelah antara cara yang saya buat setakat ini untuk tarik minat dia. Walaupun lambat tapi percayalah yang tanpa kita sedar setiap usaha kita tu akan berhasil jua kelaknya. Saya tidaklah mengambil masa yang lama setiap kali ajar dia, cukuplah lebih kurang 5 minit tapi kadang-kadang tu adam sendiri yang minta lebihkan masa dan saya akan stop bila dia kata, "nanti sambung lagi ye ibu". Semoga segala usaha saya ni akan membuahkan hasil yang sweet untuk saya bilamana dapat tengok adam lancar membaca satu hari nanti. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.. Oh ya, adam kadangnya suka juga mengeja-eja sesetengah perkataan yang dia rasa susah tapi saya biarkan jelah kerana mungkin itu yang dia selesa sekarang ni. Bila dia mengeja jadi comel lak bunyinya, contohnya, ceh...uuu ( cu ) ceh.. iii.. (ci) bila kawan jadilah cuci.. Itulah cara dia sebut bila mengeja.. Hihik.. Tak semua anak-anak boleh ikut hanya dengan satu kaedah je kan, kadang tu perlu juga tengok tahap mana kemampuan dia.

Nota : Semoga anak ibu menjadi anak yang baik, cerdik pandai, berjaya di dunia dan akhirat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute