Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 12 December 2013

~Light Cheese Cake~


Tak sia-sia bereksperimen di dapur malam semalam. Dah agak lama saya tak buat kek yang kena buat meringue ni.. kek karamel pun dah lama tak buat. Bakar pun kena kaedah stembake.. Seronok sangat bila buat menjadi. Hihi.. Tapi kan.... sebenarnya saya pernah jugak fikir.....belajar tanpa guru terasa kurang lengkaplah.. yelah, saya kan banyak belajar cuba buat jer sendiri apa-apa resepi yang saya rasa nak cuba tu...Tak jadi, saya akan ulang buat dan ulang lagi. Banyak juga saya belajar dan cuba fahami sendiri apa yang perlu dan tak perlu... tapi kadang rasa kurang lengkap sebab tak belajar dari mereka yang lebih mahir.

Teknik yang sebetulnya tu sukar nak difahami dan cara nak buat duit dengan dunia bakery ni pun masih kurang saya faham. Terutama bab letak harga.. Pengiraan costing tu adalah jugak saya belajar sikit-sikit (ilmu masa study dululah). Tapi bila nak letak harga tu... haaa part ni saya rasa serba salah nak letak. Kadang pikir takut orang cakap mahal la apalah.. Itu yang terkuranglah 2-5 hinggit dari harga cost + anggaran harga yang saya kira awalnya tu. hahaha... sebab tulah saya kena mendalami lagi ilmu dalam dunia bakery ni dan saya harus mencari guru dan belajar dari yang lebih mahir. Ekceli saya dah intai-intai  dah kelas-kelas personal tu cuma jauh jelah sikit.. Saya akan try cari yang kat kuantan atau kemaman, dekat sikit nak pergi. InshaAllah... saya akan attend jugak kelas idaman tu.. Wah gitu kan.. teringin nak belajar deco cantik-cantik wehh... Dah ada sedikit bakat ni, tak mahulah terkubur dan disia-siakan begitu saja kan.. InshaAllah... ini dah jadi salah satu azam dan misi tahun baru kot ni.. Hihi..Panjang pulak membebel erk...(^_^)

Ok, ni light cheese cake yang saya buat semalam.. resepi dari blog ha-sue. 
 Topping dengan blueberry.. yang choc rice tu kerja Adam.. dia nak letak atas tu..

Resepi : Light Cheese Cake
Sumber : ha-sue

A :  125 gm cream cheese + 300 ml susu segar  + 80 gm mentega

** panaskan susu, masuk cream cheese. masak hingga cair, masuk mentega dan kacau sebati. padam api, ketepikan

B : 
3 biji telur gred a (asing putih dan kuning)
80 gm tepung gandum
80 gm gula halus
beberapa titik esen vanilla

** putar putih telur dan gula hingga jadi meringue.
** dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang. masukkan adunan cheese dan kacau sebati. ayak tepung gandum sikit-sikit masuk dalam adunan dan sebatikan.
** masuk meringue dan esen. kaupbalikkan adunan hingga sebati. masuk loyang dan bakar dengan kaedah steambake/bainmarie 160c selama 45 minit atau hingga masak.

Wednesday 11 December 2013

~Perkembangan Dhia 7 bulan~


Dhia sudah 7 bulan...
dah boleh tergolek terlentang.. siap guling-guling lagi dan laju jer menyusur ke depan. merangkak malas kot walaupun dia dah boleh angkat bontot dan bahu. sekarang dia gigih nak belajar duduk.
dah pandai tegur orang dan dah pandai kuarkan jeritan yang kuat konon lawan jerit dengan abang dia. tengok abang lompat, lari jer... dia yang excited lebih dan duk gelak-gelak tengok abang dia.

 ~Dhia 7 bulan~
Dhia sayang abang Adam. masa ni dua-dua tido sebenarnya. saya kat dapur.. tiba-tiba tengok Dhia bangun... dia guling-guling pergi dekat dengan tempat abang dia tido. lepas tu dia sandarkan kepala atas badan abang dia.. sayangnya kat abang ehh.. agaknya nak kejutkan abang dia kot ajak main.. yang tak menahan tu tangan dia pegang tangan abang dia...  Semoga anak-anak ibu membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi anak-anak yang taat, soleh dan solehah. Ibu dan abah sayang kalian berdua..

Read-Easy : Book 1, 2 & 3

Percaya atau tidak.... Adam dah pun di book 3. Alhamdulillah... sejak hari pertama beli set read-easy tempoh hari.. Hampir setiap malam dah mula ajarkan dia. Dan sekarang dah pun di book 3. Book 1, dia baca dari dalam kereta lagi pada hari pertama beli tu.. dan sudah lulus book 1 tu. Kemudian balik rumah, malamnya tu start dengan book 2 pula... pun dia baca dengan baik sampai habis terus book 2 itu malam tu. Semalam, baru start book 3 tapi tak habis sepenuhnya lagi sebab dia dah penat semalam.. Cara saya, selagi dia minta nak ajar baca lagi, saya akan teruskan tapi bila dia sendiri cakap sampai mukasurat ni dan ini... saya stoplah dulu. Nanti baru sambung lagi. 

Apa yang saya terkejut bila dia cepat jer dapat pickup cara sebut baca tu.. Mungkin jadi mudah sebab belajar membaca BM dulu tu pun kaedah yang sama. Bila dia tengok huruf dan try to blending words tu dia terus sebut jer dengan lancarnya. Alhamdulillah... Tak sia-sia belikan kedua-dua set buku tu. Untuk yang berminat nak cuba juga tu, saya cadangkan mulakan dengan BM dulu...nanti bila start ajar BI, akan jadi lebih mudah. InshaAllah... asalkan kita rajin dan konsisten tapi dalam masa yang sama kita tak memaksa anak.. Kan...

Iqra' pula Adam masih di iqra' 3... cuti sekolah kan, so dia tak mengajilah kat tadika.. saya  adalah jugak ajarkan dia selang-selang hari kat rumah. Tapi nak beralih ke iqra' seterusnya kenalah lulus dengah ustazah dia dulu.. Hihi.. (^_^)
Untuk bagi dia rasa seronok... saya guna plastik dan masukkan buku tu. Kemudian saya bagi dia marker pen dan dia baca dengan tick kan perkataan yang dia baca. Seronok katanya camtu..
ini pula sesi main kad huruf. bagi dia kad tu dan suruh dia bentukkan perkataan yang saya sebut. alhamdulillah.. mudah juga dia nak faham. teruskan untuk book seterusnya pula yer.. semoga adam cepat belajar dan diberi ketenangan hati untuk menuntut ilmu.. amin..

Sunday 8 December 2013

~Sesi Belajar Membaca Bahasa Inggeris dengan Set Read Easy~

Salam sayang sahabat mayaku disini. Lamanya saya tak bersiaran disini. Agak sibuk kebelakangan ni dengan pelbagai situasi perlu dihadapi. Rindu... of course lah rindu nak menulis dan sebenarnya terlalu banyak cerita yang belum di update disini. 
Sekarang akan kembali homeschooling dengan Adam untuk sesi belajar membaca bahasa inggeris pula. Alhamdulillah... dia sudah boleh membaca BM. Setelah menggunakan set buku bacalah anakku... sekarang saya akan gunakan pula set buku read-easy keluaran syarikat yang sama sebagai alat mengajar saya. Semoga misi kali ni dipermudahkan. Adam nampaknya suka untuk belajar membaca dalam BI pula.. dan sebenarnya dia yang minta saya ajarkan dia untuk pandai membaca BI.
Bila dia tengok cerita yang dalam bahasa omputeh tu kan.. dia akan cakap, "Ibu...bila nak ajar Adam? Adam tak paham cerita ni cakap ape.." Katanya kan.. Syukur dia sendiri yang menunjukkan minat. 

Hari ni... syukur juga bila Abah dia dah belikan buku tu untuk dia. Suka sangat dia... dari dalam kereta lagi suh buka buku tu dan baca. haa.. kan tak pasal-pasal... Book 1 dah lulus... Hihi.. (^_^) next continue book 2 pulak.
 Set ini menyediakan 8 buah buku yang disusun mengikut kaedah fonetik yang sama seperti set buku bacalah anakku seperti yang saya guna sebelum ini yang menekankan pembelajaran bunyi huruf dan bukannya nama huruf.
 Saya beli di kedai buku SMO Jerteh.. harga RM39.90 tapi harga ahli dapatlah RM35.90. Set ini ada disertakan CD sebagai panduan Ibu Bapa dan anak juga untuk sebut bunyi huruf dengan betul.
Semangat anak soleh saya nak belajar membaca BI.. Maka akan sibuklah saya selepas ini untuk buat aktiviti belajar yang boleh membantu dia lebih faham. dan akan kembali menjadi cikgu... Hihi.. (^_^)
Untuk ajar Adam dalam BI ni, saya kena lebih kuatkan mental dan kesabaran sebab lagi mencabar kot nak bagi dia faham dengan betul kerana dia akan tanya apa makna perkataan tu nanti.. Semoga dipermudahkan dan Adam akan suka lagi untuk belajar sampailah tamat 8 buah buku tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute