Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 11 December 2013

Read-Easy : Book 1, 2 & 3

Percaya atau tidak.... Adam dah pun di book 3. Alhamdulillah... sejak hari pertama beli set read-easy tempoh hari.. Hampir setiap malam dah mula ajarkan dia. Dan sekarang dah pun di book 3. Book 1, dia baca dari dalam kereta lagi pada hari pertama beli tu.. dan sudah lulus book 1 tu. Kemudian balik rumah, malamnya tu start dengan book 2 pula... pun dia baca dengan baik sampai habis terus book 2 itu malam tu. Semalam, baru start book 3 tapi tak habis sepenuhnya lagi sebab dia dah penat semalam.. Cara saya, selagi dia minta nak ajar baca lagi, saya akan teruskan tapi bila dia sendiri cakap sampai mukasurat ni dan ini... saya stoplah dulu. Nanti baru sambung lagi. 

Apa yang saya terkejut bila dia cepat jer dapat pickup cara sebut baca tu.. Mungkin jadi mudah sebab belajar membaca BM dulu tu pun kaedah yang sama. Bila dia tengok huruf dan try to blending words tu dia terus sebut jer dengan lancarnya. Alhamdulillah... Tak sia-sia belikan kedua-dua set buku tu. Untuk yang berminat nak cuba juga tu, saya cadangkan mulakan dengan BM dulu...nanti bila start ajar BI, akan jadi lebih mudah. InshaAllah... asalkan kita rajin dan konsisten tapi dalam masa yang sama kita tak memaksa anak.. Kan...

Iqra' pula Adam masih di iqra' 3... cuti sekolah kan, so dia tak mengajilah kat tadika.. saya  adalah jugak ajarkan dia selang-selang hari kat rumah. Tapi nak beralih ke iqra' seterusnya kenalah lulus dengah ustazah dia dulu.. Hihi.. (^_^)
Untuk bagi dia rasa seronok... saya guna plastik dan masukkan buku tu. Kemudian saya bagi dia marker pen dan dia baca dengan tick kan perkataan yang dia baca. Seronok katanya camtu..
ini pula sesi main kad huruf. bagi dia kad tu dan suruh dia bentukkan perkataan yang saya sebut. alhamdulillah.. mudah juga dia nak faham. teruskan untuk book seterusnya pula yer.. semoga adam cepat belajar dan diberi ketenangan hati untuk menuntut ilmu.. amin..

2 Komen Cerita Hati:

mama aryan said...

bagus abg adam...

Puan Kutu said...

pandai adam..cpt je dah book3..mmg la byk org kata jadi senang read easy ni sbb adam dh lulus dengan jayanya bacalah anakku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute