Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 5 April 2013

Art&Craft : Corak dia sendiri


Adam memang suka buat aktiviti dengan water kaler ni. Syok agaknya dapat main kaler-kaler tu. Kali ni dia buat corak tiupan pakai straw. Caca marba jadinya corak tu. Tapi semuanya dia yang buat.. Saya just tengok-tengok je takut dia tersilap sedut pulak kaler tu kan. 
 1 2 3............ fuhh fuhh fuhh.. 
Dah penat tiup pakai straw, dia guna lak paint brush untuk tulis namanya.. Besarnya tulis nama tu. Haha..

Nota : Sekarang nak buat banyak aktiviti homeschool ngan adam agak berkira dah saya ni sebabnya saya cepat penat. Huhu.. Nak mengajar adam membaca pun hanya dapat sekejap je setiap malam. Adam pun sejak dah buku 6 ni, macam-macam pulak ragamnya. Tak duk diamlah, dia kurang fokus sikit yang buatkan saya cepat nak hangin.. Terpaksalah saya lebihkan aktiviti bahasa dengan main puzzle atau shahiba untuk latih bina perkataan. Agaknya sebab saya ulang banyak kali ajar dia buku 6, itu yang buat dia macam-macam sikit ragamnya time ngajar membaca tu. Tapi bila suruh bina perkataan, ok pulak dia bina dari puzzle tu. Dugaan  dan cabaran dalam mendidik anak haruslah bersabar setiap masa. Kena tengok mood dia, baru saya ajarkan. Adam suka mengeja............ nak marah atau paksa sangat pun tak boleh jugak, kan dia jadi bosan lak. Saya belum lagi buat penilaian markah kalau nak alih buku 7.. Saya kena pastikan dia betul-betul dah boleh baca perkataan dan cerita pendek dalam buku 6 tu baru boleh mula buku 7. Bukan ape, risau nanti masa mencemburui, kalau dah dalam pantang nanti kena postpone lak sesi ngajar dia. Harap-harap sempatlah habiskan kesemua buku bacalah anakku tu.. Hihik.. (^_^)

Hok aloh.. keciknya perut dia....

"Laaa.. dah berapa bulan dah ni? Kecik je perut". Haaa itulah ayat-ayat pertanyaan yang selalu ditanya pada saya. Memang saya perutnya kecik comel jer dan masa Adam dulu pun camtu jugak. Dah lima bulan barulah nampak sikit perutnya. Cukup bulan pulak... comel je perut saya.. Hihik.. (^_^)

Tahu tak apa saya rasa bila orang cakap gitu kat saya masa first pregnancy dulu? Masa tu tak tahu apa-apa, ilmu pun cetek je bab pregnancy ni kan, bila orang tegur gitu, of course lah saya rasa risau dan rasa ehh tak normal erk kalau perut kecik? Mulalah masa tu mencari ilmu-ilmu sepatutnya untuk ditelaah.. Majalah pa&ma jugalah saban bulan saya beli. Jadi, terjawablah kenapa sesetengah ibu hamil tu ada yang perutnya kecil dan ada yang besar kerana saiz perut setiap wanita hamil berbeza-beza. 

"Saiz perut ibu mencerminkan pembesaran janin dalam perut semasa hamil. Walaupun perut ibu kecil, ia tidak semestinya menunjukkan bayi tidak membesar dengan sihat. Namun, saiz perut kecil juga mungkin menunjukkan ciri-ciri bayi tidak normal. Oleh itu, setiap ibu harus menghadiri setiap sesi lawatan antenatal untuk pemantauan saiz rahim, berat badan, tekanan darah dan sebagainya bagi melihat perkembangan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan." (sumber : majalah pa&ma)

Bila second pregnant ni, kalau ada orang tegur kenapa kecik? Saya senyum je.. Saya yang jenis kecil comel ni, memang begitu jelah saiz perutnya dan doktor kata semuanya Ok, jadi takdelah perlu risaukan sangat kan? Adam dulu pun lahirnya kecil je, 2.2 kg walau 37wk masa lahirkan tu dan Alhamdulillah sekarang dia membesar dengan baik, tak kecik tak besor sangat, sedang-sedang comel je dengan perkembangan umurnya. So, kalau ada yang kena tegur kenapa perut kecik tu masa pregnant, janganlah stress atau risau. Yang penting setiap kali checkup, doktor atau nurse check semuanya Ok, takde masalah.. Ok lah tu. Time pregnant kena utamakan jaga Hb dan Bp. Alhamdulillah, Hb  saya maintain jer tiap kali checkup.. cuma sekarang dah 33 wks tapi baby still melintang lagi kedudukannya dan kedudukan uri pulak Ok je kata nurse. Kalau still melintang lagi 36wks nanti, barulah refer doktor. Ada jugak dapat petua dari kawan supaya suluh perut dengan lampu picit, nanti bolehlah try. Saya sangat berharap this time tak kena operation dan takde komplikasi. Semoga dipermudahkan-NYA. Semoga saya dan baby sihat sempurna dan selamat hendaknya.. Amin..

Nota : Dalam hati sebenarnya semakin risau... 

Thursday 4 April 2013

Apakah?


Lately ni.. saya cepat betul rasa penat + sakit pinggang dan belakang.. Emm.. takdelah pulak rasa kontraksi sakit perut ke apa, cumanya rasa tak selesa bila baby duk pusing2 gerak jelah kan. Tapi memang tidur malam saya tak berapa nak lena dan hanya boleh tidur posisi terlentang aje dan tak boleh mengiring.. Kalau mengiring, makin tak selesa jadinya. Perut saya memang kecik comel jer, mungkin kulit perut saya ni nipis dan saya sendiri pun yang jenis kecil molek je.. Hihik.. 

Saya sebenarnya dah lupa cmne entah rasa kontraksi nak bersalin.. Tapi dah siap letak dah dua beg barang-barang ibu & anak standby if emengercy ke apa kan. Walau penat-penat kan, tetap jugak suka berjalan ronda sana sini tau. Turun naik tangga tak usah cakap lah, dah rumah saya ni levelnya tingkat 2, maka hari-hari kena turun naik tangga hantar dan amik adam sekolah. Kalau abah adam free bolehlah dia yang pergi hantar amik tapi selalunya sayalah.. Apakah sebab-sebab itu saya jadi cepat penat..?? Saya baru 33 weeks.. selalu pesan dan cakap-cakap kat baby ni biarlah keluar ikut due nya cukup 40 weeks.. Saya tak ready lagi.. Risau + bimbang + takut + tak tahu dah rasa apa... Hihik.. (^_^) Doakanlah yang baik-baik untuk saya yer..... 

Aktiviti : Hot or Cold


Lagi aktiviti yang saya nak share dengan korang kat sini. File folder games ~ Menguji tahap anak berfikir dalam membezakan antara benda-benda yang hot atau cold. Macam adam ni tengok gambar jer.. Nak baca english tu mengeja-eja bunyinya tapi bila nak sebut tak berapa betul bunyik englishnya tu. Hihik.. 
 Tool ni saya download dan print kat SINI. Dalam 5 helai je printnya.. Hihik..
Bahan-bahan lain, satu file folder. Saya beli yang jenis kaler coklat tu yang 20 sen jer satu..(^_^)
 Dah siap print, bergotong-royong dengan adam menggunting dan tampal di folder tu. 
Siap dan dah boleh bagi Adam main games ni. Untuk gambar-gambar tu, saya tampalkan dulu di kad manila, kemudian baru gunting. Kalau buat camtu lebih elok sikit sebab jadi tebal kan.
Tengah fokus nak membezakan mana satu hot dan mana satu cold. Bila dia dah siap masukkan semua dalam pocket tu, saya pun check. Opsss.. ada dua gambar je dia silap letak..

Nota : Memang seronok tengok anak buat aktiviti camni. Anak suka, ibu pun suka. Yang bestnya kan, ink printer encik suami punya dah nak habis dikerjakan saya.. Takpe.... nanti topup lain erk.. Banyak lagi yang belum print nih.. Hahaha.. (^_^)

Wednesday 3 April 2013

Activity : Cutting Practice


Hai sahabat-sahabat mayaku... Sihat ke hari ni? Alhamdulillah, saya sihat tapi dah mula rasa cepat penat. Pinggang pun makin sakit dan tidur malam pun makin tak selesa. Tapi penat-penat pun tetap kena melayan karenah si anak bujang tersayang tu. Aktiviti sokmo kan.. Haha.. Lagi aktiviti saya nak kongsikan dengan kalian semua, nanti boleh ler kalian cuba pulak buat dengan anak-anak kat rumah nanti. (^_^)

Melihatkan si cilik saya tu asyik frust dan moody je kalau dia tak dapat gunting sesuatu dengan baik membuatkan saya rasa perlu ajar dia cara menggunting kertas dengan betul. Dah tiga hari saya tengok Adam duk main gunting-gunting kertas terpakai. Bila dia tak dapat gunting dengan elok ikut garisan sepatutnya, dia macam nak mengamuk dan mulalah buat muka tak puas hati. Kesian pulak tengok dia camtu dan sebab tu agaknya dia asyik duk main menggunting kertas je dah tiga hari ni. haha..
 Saya sediakan kertas-kertas A4 terpakai dan buatkan garisan-garisan yang sesuai untuk dia belajar menggunting kertas tu.
 Mula nak gunting.. wah dia punya mulut pun muncung tanda syoknya belajar menggunting.
Oklah jugak dia gunting tu walau ada senget-senget atau tak berapa betul ikut garisan..At least dia try kan nak buat sampai boleh. Dia kekok lagi camne nak pegang betul gunting dan dalam masa sama tangan lagi satu nak kena pandai pegang kertas juga. Saya ajar dia cara betul, barulah dia ok sikit dan suka je bila hampir berjaya gunting ikut garisan.. Budak-budak memang macam tu kan, bila tak puas hati buat sesuatu tu, moncongg je dan bila boleh buat, sukalah dia. Saya selalu cakap kat dia kalau tengok dia macam nak give-up, terus saya cakap, "anak ibu pandai..anak ibu pasti boleh buat kalau anak ibu cuba lagi". 

Nota : Bukan senang kan nak mendidik dan mengajar anak ni.. Adam ni adakalanya tu perangai jugak dan apa yang boleh saya buat..sabar dan bersabar. (^_^)

p/s : Hadiah kecil untuk top 3 komentar dah saya poskan semalam tau. Harap selamat sampailah kepada pemilik hadiah kecil tu yer.. (^_^) 

Tuesday 2 April 2013

~Buku Baru~

Lain yang dicari lain pulak yang saya beli. Itulah kalau dah masuk kedai buku, kalau tak beli sesuatu rasa macam tak syok pulak. Haha.. Asalnya saya mencari buku Aktiviti Fonetik Ekspres 1 & 2, tanya pekerja kedai tu dan saya siap tunjuk gambar buku tu lagi yang ada dalam handphone saya.. haha. poyo benar saya ni kan. Tapi katanya takde kat outlet sini.. Kena cari kat outlet kedai buku tu di KB Mall.. Emm, next time pulak lah nampaknya baru dapat beli buku tu. Weekend ni kot maybe gi KB jap.. Itu pun kalau abah adam rajin nak ronda ke sana. (^_^)

Apa yang saya beli kat adam? 
Ini haaa.... buku baru kat dia. Satu jer beli sebab apa yang dicari takde. (^_^)
 Sesuailah kot untuk dia tengok-tengok sambil baca. Takdelah dia bosan sangat nak belajar baca ayat dan perkataan bila ada buku lain dan boleh jugalah dia ulangkaji. Barulah boleh tengok samada dia menghafal atau tidak perkataan. Yelah kadang tu kan, abah adam selalu ingat Adam hafal ayat-ayat yang dia baca dalam buku Bacalah Anakku tu. 
Ada jugak terselit sedikit aktiviti kat dalam buku ni. Oklah tu kan, 2 in 1.. haha.

Nota : Hari ni, masa ambil adam balik dari tadika, cikgu dia beritahu saya supaya esok bawa Iqra' 2. Alhamdulillah, Adam belajar Iqra' dah masuk buku Iqra' baru setelah 3 bulan dia belajar membaca Iqra' 1 di tadikanya. Doa makan, doa tidur, dan selawat-selawat yang ustazahnya ajar setiap pagi tu pun dia dah boleh ingat dan selalu je dia sebut kat rumah ni. Syabas anak ibu, ibu bangga dengan Adam. Semoga anak ibu membesar dengan baik dan menjadi yang terbaik untuk ibu abah. 

Fonik vs Sukukata?


Saya ajarkan adam belajar membaca dengan kaedah fonetik dan alhamdulillah cepat dia faham bilamana dalam masa 3 mingggu lebih, dia sekarang dah pun di buku 6. Tapi kan........... bila dah mulakan buku 6 ni, saya perasan yang adam seakan suka mengeja-eja sesetengah perkataan dengan membatangkan sukukata. Dia akan mengeja untuk sesetengah perkataan yang dia compius. Kalau ikutkan kaedah fonetik ni, ada 5 perkara jangan bila ajar anak guna kaedah ni :

1) Jangan ajar nama-nama huruf contohnya ei untuk a.
2) Jangan ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan.
3) Jangan ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus.
4) Jangan ajar anak hafal mana-mana sukukata atau perkataan.
5) Jangan ajar huruf-huruf besar kepada anak pada peringkat awal.

Masalah adam ialah di nombor 2 dan adakah itu satu kesilapan? Saya takde pulak ajar dia mengeja-eja dengan membatangkan sukukata, malah saya ajar dia eja dengan cara fonik mengeja. Tetapi adam mengeja ada versi dia sendiri lah pulak, bunyi sebut huruf bunyi fonik tapi dia suka membatangkan sukukata. Contohnya :

mmm (m) aaa (a) ma, lll ( l ) aaa (a) mmm (m) lam = malam. 

Itulah cara dia mengeja kalau ada perkataan yang dia compius nak baca terus. Nampaknya Adam tidak hanya boleh faham dengan satu kaedah saja, so adam belajar membaca dengan kaedah fonik dan juga dalam masa sama terselit juga kaedah sukukata. Bila dia sendiri yang selesa begitu, maka saya perlu teruskan jugalah kerana tahap kemampuan dan kefahaman setiap kanak-kanak itu kan berbeza. Mungkin adam ni selesa guna kedua-dua cara camtu untuk belajar membaca.

Walaupun Adam sesuka hatinya mengeja begitu, saya masih juga teruskan cara mengeja kaedah fonik tapi adam tetap juga versi dia tu sendiri. Haha.. It's Ok... asalkan dia selesa (^_^). Kalau baca ayat pendek tu, takdelah slow sangat dia nak habiskan ayat tu sebab dia tak mengeja semua perkataan, sesetengah je dia mengeja. Adam masih di peringkat awal lagi  untuk nak mengharapkan dia terus lancar membaca. Bila dia dah boleh baca ayat-ayat pendek, itu pun saya dah cukup rasa bangga dengan dia dan terasa usaha saya selama sebulan ini berbaloi. Inshaa Allah, saya akan terus membantu dia untuk lancar membaca hinggalah dia dah mampu membaca sendiri buku cerita. Semoga dipermudahkan segala usaha saya ni. Amin...

Monday 1 April 2013

Permainan Bahasa ~ Puzzle


Memandangkan nak mengajar adam membaca di buku 6 tu agak susah jer dia nak faham, maka dapatlah idea ni untuk buat dia cepat tangkap cara nak gabung baca perkataan yang makin sukar tu. Bermain buat perkataan dengan puzzle versi sendiri bikin nih.. (^_^)
Saya hanya menggunakan kertas, buat perkataan yang ada dalam buku tu dan gunting. 
Jimat.. (^_^)
Saya akan sebutkan perkataan dan minta Adam buat perkataan tersebut dengan puzzle yang dibuat khas tu. Nampaknya ada sedikit perkembangan bila dia dah mula faham camne nak sebut yang akhirannya ada 'n' tu. Dia mengeja juga ler sikit-sikit, contohnya keh (k) aaa (a) kawan dengan en (n) = kan. Hihik.. biarlah dia selesa nak faham gitu, nanti lama-lama ok lah tu lagipun dia akan mengeja bila dia compius je. (^_^)

Fridge Magnet Untuk Top 3 Komentar


Sebenarnya dah lama saya berhasrat nak memberi sedikit hadiah kecil untuk top komentar di blog CERITA HATI saya ni tapi asyik tertangguh je. Kali ni dapat jua tunaikan hasrat saya tu tapi 3 orang jelah yer.. Terima kasih buat kalian yang sudi dan sering jenguk blog saya. Tanpa sokongan kalian semua, mungkin sunyi je blog saya ni takde orang nak komen di entri-entri saya. Hihik.. 
 Mereka yang rajin bertandang dan komen...........
1) Chicna
2) Pheonix a.ka. Naz
3) Masya 
p/s : nanti tinggalkan nama dan alamat yer kat entri ni. 
(jangan risau, komen tersebut takkan dipublish..) (^_^)
 Inilah hadiah kecil daripada saya dan diharap kalian bertiga suka hatilah nak menerimanya yer. Dibeli khas dari Abah adam masa dia gi outstation di LIMA lastweek. Nanti saya update pasal LIMA tu. Haha.. Saya tak pergi pun, menumpang seronok tengok gambar-gambar Abah adam jer yang kena bertugas kat sana. (^_^)
Yang ni.......... Abah adam belikan untuk saya. Perfume dari Langkawi .
Terima Kasih Abah Adam. (^_^)

Nota : Chicna, P#eonix dan Masya(Yana), jangan lupa tau tinggalkan alamat dan nama kat entri ni. 

Sunday 31 March 2013

What's in The Box?


Apa tu?
Balik school, adam tengok ada box atas meja ABC dia. Terus dia bukak, ingatkan hadiah ler tu kan.. Haha..
 Rupanya hadiah dari ibu.. Bahan-bahan untuk adam belajar mengira. Suprise jugak kan.. Yang seronoknya adam ucap "Terima kasih" kat saya. (^_^)
 Saya download bahan yang match kan dengan clothes pin tu kat sini dan yang number card dot dot tu pulak kat sini.
 Tengoklah tu, seronoknya Adam belajar mengira dengan games camni. Senyuman yang over lagi tu.
 Tak muat meja, sudahnya main games bottle cap number matching ni kat atas lantai je.

Adam juga saya hantar ke tadika tapi di rumah pun saya akan tetap peruntukan sedikit masa untuk sesi belajar dia. Seronok pulak bila dah banyak buat aktiviti camni bila lihat perkembangan yang positif Adam. Saya masih jugak beri masa untuk adam bermain dan bukanlah setiap masa tu belajar je kerjanya kan. Inshaa Allah... saya akan cuba yang terbaik untuk dia dengan seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Bukan senang kan nak mendidik anak ni, sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga saya sentiasa diberi kekuatan, kesabaran dan kesihatan yang baik untuk memberikan yang terbaik dalam hidupnya. Amin...

Nota : Lately ni kan, asyik mimpi buruk-buruk je. Semalam mimpi adam dan saya lemas. Ya Allah, lindungilah anak-anakku dan jauhilah kami sekeluarga dari mereka yang berniat buruk terhadap kami. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute