Adam memang suka buat aktiviti dengan water kaler ni. Syok agaknya dapat main kaler-kaler tu. Kali ni dia buat corak tiupan pakai straw. Caca marba jadinya corak tu. Tapi semuanya dia yang buat.. Saya just tengok-tengok je takut dia tersilap sedut pulak kaler tu kan.
1 2 3............ fuhh fuhh fuhh..
Dah penat tiup pakai straw, dia guna lak paint brush untuk tulis namanya.. Besarnya tulis nama tu. Haha..
Nota : Sekarang nak buat banyak aktiviti homeschool ngan adam agak berkira dah saya ni sebabnya saya cepat penat. Huhu.. Nak mengajar adam membaca pun hanya dapat sekejap je setiap malam. Adam pun sejak dah buku 6 ni, macam-macam pulak ragamnya. Tak duk diamlah, dia kurang fokus sikit yang buatkan saya cepat nak hangin.. Terpaksalah saya lebihkan aktiviti bahasa dengan main puzzle atau shahiba untuk latih bina perkataan. Agaknya sebab saya ulang banyak kali ajar dia buku 6, itu yang buat dia macam-macam sikit ragamnya time ngajar membaca tu. Tapi bila suruh bina perkataan, ok pulak dia bina dari puzzle tu. Dugaan dan cabaran dalam mendidik anak haruslah bersabar setiap masa. Kena tengok mood dia, baru saya ajarkan. Adam suka mengeja............ nak marah atau paksa sangat pun tak boleh jugak, kan dia jadi bosan lak. Saya belum lagi buat penilaian markah kalau nak alih buku 7.. Saya kena pastikan dia betul-betul dah boleh baca perkataan dan cerita pendek dalam buku 6 tu baru boleh mula buku 7. Bukan ape, risau nanti masa mencemburui, kalau dah dalam pantang nanti kena postpone lak sesi ngajar dia. Harap-harap sempatlah habiskan kesemua buku bacalah anakku tu.. Hihik.. (^_^)
3 Komen Cerita Hati:
kena ikut rentak dia la kan. takut dia bosan. ni pun dah kira rajin sgt dah ni adam. :)
ehh preggy gak ekk?aiman dh masuk buku 7 nie asik cuti je.dh lebih dr seminggu rasanya.entah sempat ke tak habiskan buku 8.sy pun dh dekat nak bersalin dh nie..:)
salam kenal!
bgusnya cara ayu..lya suka.. n blh jd kan panduan.. cuma masa lya sgt2 terhad, sbb sibuk kerja.. balik rmh penat..
asya pon suka main watercolour..
Post a Comment