Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 23 June 2013

Dhia Punya Ragam... terpaksalah jua.


Sebelum ni saya ada cerita pasal ragam Dhia yang suka berdodoi sayang sebelum tido kan dan layan lagilah ragam dia masa tu. Tapi start semalam saya memang dah tak larat nak melayan dia camtu terutama di waktu siang hari. Adoii memang tak dapat buat keje saya ni. Time dia dah tido kejap tu, tang tu jugak saya buat keje umah.. tang tu juga masak, basuh jemur kain. Tapi belum pun sempat siapkan semua tu, dah terkejut dia. Tak sampai setengah jam pun tidurnya. Mana mahunya dia tido lama-lama siang hari dengan  gangguan bising dari big brother dia lagi kan. Bila angkat, dodoikan di riba kejap sampai dia lena, letak semula atas tilam.... 10 ke 15 minit lepas tu... huwaaa.. dhia dah terkejut semula. Haisshhh memang penat nak layan. Kalau sebelum ni abahnya cuti takpelah, semua keje umah abahnya buatkan tapi ni dah abahnya masuk keje dah, siapa lagi nak nolong...takkan nak tunggu abahnya balik pulak buatkan semua tu. Hamboih melampau tu namanya. 

Langkah pertama, guna baby rockers yang abang Adam punya tapi ini baby rockers versi dolu2 punya.. bukan paten yang skang yang canggih siap mainan tu. Hehe.. Belum beli lagi dan tak tahulah nak beli ke idak sebab dah ada yang ni kan. Buat ape nak membazir.. (^_^)
v
v
v
Letak atas ni pun... lagi parah.. Saya dodoikan dulu di riba.. tengok dia dah lena baru letak atas ni. Kononnya ingat lamalah dia tidor kan.. Sekali dia bunyik daaa... Tak sampai 10 minit kot duk atas ni. Banyak kali cubalah semalam letak angkat letak angkat tapi memang dia tak tido lena pun. Tak selesa ler tu kononnya kan. Manja betul dak Dhia ni erk.. Lam gambor ni nampak je cam lena tapi hakikatnya tak lena mana pun. Gambor ni saya ambik masa minit terawal letak dia atas ni.
Gaya Dhia tidor camgitulah.. tangan yeay..merdeka.. dua2 terangkat ke atas dekat telinga. Tahan bunyi bising agaknya. Abang adam pun sibuk nak posing jugak.. Abang yang kuat mengacau adiknya.. Ekceli dia sangatlah tidak sabar tunggu adik dia besar.

Memandangkan langkah pertama tak berapa nak jalan... so, hari ini mencubalah pulak langkah kedua iaitu buaian... Huhu.. Akhirnya kan.. Terpaksa jua saya ajar Dhia berbuai bagai. Nasib baik buai ni memang dah ada, beli masa abang Adam dulu kononnya nak bagi adam tido buai tapi adam tak tido pun buai. Adam punya ragam, letak dalam buai dia nangis dan tido tak lena berbanding dengan tido atas tilam lagi dia lena. Sudahnya buai  tu tersimpan rapi dalam stor dan ni baru nak guna semula setelah 4 tahun berlalu.. 
v
v
v
Wah!! Itu dia kan.. Lena je Dhia tido dan memang lena pun. Lama dia tido bila letak dalam buai ni dan saya boleh buat keje umah tanpa perlu lagi terkejar-kejar. Pandai pulak tu Dhia ni, mula-mula letak dalam buai.. dia boleh senyum... hahaa..pastu dia tido elok jer. Tapi bila malamnya pulak lepas magrib, saya letaklah dia dalam buai kononnya nak bagi dia lena dulu baru angkat letak atas tilam tapi tak mahu pulak dia. Last-last dodoi di riba kejap baru letak atas tilam. Wah sudah tahu bezakan waktu siang dan malam ke budak ni? Hihik.. Memang plan cmtu pun sebenarnya, siang hari tido buai.. malam tido bawah dengan ibu. Akhirnya.. terpaksa jua saya ajarkan Dhia buai dan dah memang Dhia demand nak berbuai kan cuma ibu dia je yang buat-buat tak paham kan sebelum ni... (^_^)

6 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

eh dhia dh berbuai ye,takpelah janji sng ibu nk buat kerja.klu dia tido lena tak salah pun nak berbuai..

baby punya ragam macam tu la.afia pun sama,kadang elok je dia tido smp tak igt dunia,kadang bunyi bising sikit dh terkejut

Riedaffya ibrahim said...

dhia nak berbuai rupenye ye..

P#eoniX said...

buai laju!!!!laju!!!sampai pokok sena!!!!heheheh...pengalaman tuh...orang kate moment yang ibu jer ingat...heheheh...

Masya said...

cuba bwk berurut dia.. x selesa kot, kalau tdo berbuai ni bkn apa.. risau jer nak bwk jalan²...

Kesuma Angsana said...

lena betul tidurnyer tu !

LYAfrina said...

hihi.. nk tdo buai.. sama cam asya dulu.. last2 cba dlm buai trus ngam..n lekat smpai umo 3 thn gak.. nk pisah buai pas u ssh la jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute