Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 20 June 2013

~Terasa Kehilangan~


Terasa kehilangan....... Menerima khabar berita pemergian sepupu saya malam tadi.
Sebenarnya saya sedikit rasa ralat dan terkilan sebab tak dapat jumpa arwah kerana semuanya disebabkan faktor keadaan saya yang tidak mengizinkan. Hari mengundi bulan lepas tu saje saya sempat jumpa arwah sekejap dan itu pun di tepi jalan jer kerana masing-masing on the way, arwah nak ke tempat membuang undinya dan saya on the way nak balik kuantan. Terkejut juga tengok betapa gigihnya arwah yang mahu juga membuang undi walaupun ketika itu arwah berbekalkan tabung oksigen untuk membantu pernafasannya. Sebak saya tengok keadaan arwah ketika itu. Arwah adalah penghidap kanser dan saya kira berpuluh-puluh tahun jugalah dia berjuang melawan sakitnya itu. Arwah selalu singgah umah saya bila perlu dapat rawatan di HUSM Kubang Kerian. Last arwah datang umah saya Febuari hari tu kerana ke HUSM. Boleh dikatakan saya rapat dengan arwah yang dah saya anggap macam kakak saya yang saya panggil Kak Dah. 

Seingat saya dan kalau tak silap saya, arwah mula sakit teruk sejak April yang lalu dan sering keluar masuk wad Hospital Kemaman. Saya tak sempat nak jenguk arwah kerana saya sarat nak bersalin di Kuantan masa tu dan lepas dari tu pulak saya sedang berpantang pula kan, memang ralat sangat saya rasa. Baru plan saya nak ziarah hari Ahad nanti di HSNZ K.Terengganu tetapi hajat saya tidak kesampaian bila arwah pergi dulu.. Arwah seorang yang sangat baik. Al-Fatihah untuk arwah sepupu saya dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Nota : Sedih saya mengenangkan anak-anak arwah... Ya Allah, tabahkanlah hati mereka dengan dugaan ini.

7 Komen Cerita Hati:

AdaM Hawa said...

Salam Takziah dari akak.. moga tenang arwah d sana.. Al-Fatihah..

Puan Kutu said...

nk buatmacam mana kan.setiap yg hiduppasti mati.Alfatihah utk aruah kak dah..

masa sy dlm pantang hari tu bpk sedara sy meninggal pun tak boleh tengok..mmg sedih n sedikit terkilan

cheqna said...

al fatihah
moga arwah tenang disana

Chic Na said...

Innalillahiwainnailaihirajiun.. doakan arwah tenang di sana.

♥ ROS ♥ said...

Kekadang mungkin ade hikmah kita xdpt nk jumpa dia kan? Perancangan allah tbaik kan... :)

P#eoniX said...

al-fatihah n takziah...moga arwah tenang di sebelah sana....

Masya said...

kdg mmg ralat kalau jadi mcm ni .. xpe sedekahkan al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute