Balik je dia dari tadika... "Hari ni buat aktiviti ape pulak ibu?". Haa sudah... penat saya camni. Terpaksalah explain kat dia yang hari-hari tak boleh dah lah sekarang. tapi setiap malam memang saya akan pastikan dia isi waktu dia dengan membaca ke ataupun buat buku aktiviti dia tu. Iqra' Adam masih di buku iqra' 2.... Tak beralih banyak kali dah dia sebab ustazahnya suruh ulang mukasurat sama. Nampaknya kena ajar lagilah tu malam-malam, kalau tak, besoknya mengaji kat tadika dengan ustazah tak dapat alih mukasurat lain. Memang dah lama saya tak ajar Adam baca Iqra' lepas dari dia cuti tadika sebulan tu.
Ini aktiviti dia minggu lepas.. Nak sangat kan.. Print jelah benda alah ni. Alhamdulillah.. Adam tidak susah kalau diajak belajar, dia seorang anak yang mudah menerima dan sentiasa ingin nak belajar benda baru. Sekarang pun.. dia dah semakin berdikari.. Sejak dua hari ni ,dia dah boleh pergi balik sekolah sendiri dan saya hanya tengok dari beranda blok saya je. Mujurlah tadika di dalam kuartes je, itu yang takdelah rasa bimbang sangat biar dia pergi jalan kaki sendiri ke tadika tu. Saya perhatikan dia dari jauh..nak lintas jalan, dia stop kejap tengok kiri kanan sepertimana saya pernah ajar dia sebelum ni, dah takde kenderaan barulah dia lintas. Satu lagi pencapaian baik Adam. Syukur padamu Ya Allah kerana mengurniakanku seorang putera yang cerdik pandai. Doa saya semoga Adam menjadi anak yang baik dan berjaya dalam hidupnya. Aminn..
Bahan yang diprint dan digunting. Jadikan seperti scrap book atau folder.
Adam pilih gambar deria mana yang digunakan untuk dipadankan dengan gambar-gambar objek tu. Mula-mula tu dia keliru gak... Tapi dia tahulah kalau nak makan guna deria apa, pegang guna apa, tengok guna apa, nak bau guna apa dan dengar guna apa..
4 Komen Cerita Hati:
pandai dan berdikari adam ni.solutelah dh boleh pegi tadika sendiri
dah biasa buat aktiviti, kalau xde mestilah dia bosan.. cian adam..
adam boring la tu xde xtvt. sempat jgk ayu layan adam eh.. ;)
Alhamdulillah.. adam.. bijak kamu.. keletah kamu buat acik suka baca entry ibu adam..
Post a Comment