Mungkin Adam masih belum faham sepenuhnya apa itu kitar semula. Memandangkan terlalu banyak botol-botol plastik air mineral kat rumah saya ni yang hampir menyemakkan bilik stor tu, saya pun ajaklah Adam tolong sama kemek-kemekkan semua botol tu. Mana datang botol-botol tu? Hehe.. Abah Adam dan Adam sendiri memang minum air mineral terutama Abah Adam. Sejak dia kena tahan ward gara-gara demam suspek denggi hari tu, dia memang beli air mineral jer untuk minum. Air yang dijerang pakai boliler tu untuk saya buat air teh dan milo jelah. Oklah habis duit beli air mineral dari berhabis duit sebab beli rokok dan mujurlah Abah Adam bukan seorang smoker.. Hihik. Habis sekotak..beli lagi dan beli lagi sekotak air mineral.
Mula-mula saya keluarkan.. Adam tanya nak buat ape ni ibu, aktiviti ke? Huhu.. yelah..aktiviti mari kemekkan botol. Saya explainlah kat dia nak buat apa dengan segala botol tu semua dan ke mana nanti destinasi botol tu. Wah gitu kan, macam cikgu pulak.. Haha..
Habislah kayu pencanai ibu tu dia guna untuk ketuk itu botol.. Kesian Adam sebab bersungguh benar dia nak cuba kemek kan botol tu dengan sebaik mungkin.
Dah penat pakai tangan, guna kaki pulak. Saya takde pulak suruh dia kemek dengan pijak botol tu, dia sendiri tiba-tiba bangun pijak botol tu sampai kemek. Haha.. Tapi banyak jugalah dia menolongnya tau. Seronok sangat agaknya dia dapat main kemek-kemekkan botol. (^_^)
Berjaya jugak dia setelah mencuba sedaya upaya.
Ok... Dah siap dah satu plastik besar dan satu kotak botol-botol plastik air minuman untuk dihantar ke tempat jualan kitar semula. Tak tahulah samada Abah Adam rajin ke tidak nak bawa ke tempat tu sebab sebelum ni kami just letak setempat kat tong sampah dan pakcik lori sampah yang akan ambil. Takpun nanti, bawa adam letak botol ni kat tong-tong yang sepatutnya tu kan dan nanti bolehlah ajarkan dia sekali.
Tong Biru : Kertas
Tong Coklat : Kaca
Tong Jingga : Tin aluminium, plastik, tin minuman dan segala botol plastik minuman.
Sejak dari umur Adam setahun lebih, saya dah ajarkan Adam supaya buang sampah dalam tong dan jangan buang merata-rata. Kalau terbuang tu maknanya dia terlupa dan saya atau abahnya pasti akan ingatkan dia. Alhamdulillah, kalau ke mana-mana atau balik dari kedai pun, dia akan simpan plastik aiskrim dan batang aiskrim tu, sampai rumah baru dia buang dalam tong smapah kat rumah pulak. Time balik sekolah memang camtulah dia, makan aiskrim dulu sambil berjalan kaki sebelum sempat sampai rumah dah habis pun aiskrim tu. Kalau saya terbuang sampah merata pun, saya yang kena tegur dengan dia.
2 Komen Cerita Hati:
bagusnya adam. rajin menolong. nnti da besar sket mesti dia faham.
dr kecik mmg kene disiplinkan mereka mcm ni.. alhamdulillah amir pun mengikut kata jugak, tp biasalah kdg² u mesti ada takmoo dgr kata.. sejak ke sekolah ni kan dah ramai kwn.
Post a Comment