Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 11 April 2013

Art&Craft : Topeng


Aktiviti petang isnin yang lepas... Saje jelah saya nak bagi dia biasakan untuk lagi pandai menggunting kertas. Saya buatkanlah topeng dan ikan kat dia. Bagi dia gunting... Sekejap je pun buat aktiviti ni.. Suruh dia kaler, dia tak nak pulak...
 Yang rabbit ni saya bantu dia gunting mata. Yelah kena guna pisau kan nak potong tengah tu, karang terluka pulak dia.
Hasil guntingan adam.. Bolehlah.. ada sikit peningkatan. (^_^)
Ikatkan dengan reben je topeng tu.. Comelnya rabbit versi saya lukis.. Haha..

Nota : Semalam checkup baby, 34wks dia duk songsang ler pulak. Last checkup hari tu melintang. Haisshh.. naik risau pulak saya. Tapi redha jelah apepun kemungkinan. Moga saya dan baby selamat, itu yang penting. Nurse tak refer doctor lagi, bagi masa kat baby pusing duk di kedudukan betul, nanti dua minggu pulak baru checkup tengok macamana. Doa-doakanlah saya yer.. Adam pulak sekarang ni suka tidur malam tanpa pakai baju. Itu pun merisaukan saya jugak tu. Dah la adam ni jenis tak suka berselimut bagai sejak dari kecik lagi.. Katanya panas.. Tapi sebenarnya tak elok anak tidur tak pakai baju, tak elok untuk paru-paru dia. Kan on kipas kuat jugak kan. Dia dengan tidur kalau dapat kipas, punyalah syok tapi ini saya tengok dah mula dia batuk-batuk.. Kadang tu kan, saya pakaikan je baju kat dia bila dia dah terlelap tapi dia boleh bangun balik tanggalkan sendiri baju dia. Haishh ini budak kan, penat ibu nak bagi dia faham kenapa dan mengapa... Memang panas sekarang ni cuaca kan..

5 Komen Cerita Hati:

Masya said...

topeng dah siap.. so sweet.. rupa rabbit.. nasib baik x mintak rupa ironman....

amir pun sama tdo xmau berselimut.. tp kalau dah lena sy pakaikan stokin... sbb dia mudah masuk angin kalau tdo malam.. pg mengadu sakit perut..

AdaM Hawa said...

moga semuanya ok.. selamat.. dipermudahkan.. adam cepat2 sembuh ya.. cian dia..

Fiza Rahman said...

Sama mcm anak saya. Suka tido tak pakai baju dan tak suka berselimut.

Puan Kutu said...

wah siap buat aktiviti topeng denan adam..anak sy time kecik mmg pakaikan gak baju.mmg tak bagus utk paru2 klu terdedah..dh beso ni je dia mmg tak suka baju.jgn kata tido malam,siang pun jarang pakai baju.lg2 cuaca skang panas cmni kan..

P#eoniX said...

hehehe..teringat dulu-dulu mase gile pakai topeng...heheheh...camtuh gaya eksited...hehehe...mcm best jer jd bebudak balik..x yah pk macam-macam...huhuhuh!!!a'ah skunk cuaca x menentu,nak lagik malam dye punye bahang!!!pergh!!!pakai sweater....heheh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute