Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 28 December 2014

Aktiviti cuti sekolah

 Homeschoolling math dgn adam, dhia pun nak study jugak.
Sy buatkan bulatan dengan nombor dan saya minta dia fikir tambahan nombor apa akan dpt nombor tengah tu.


Tuesday 14 October 2014

Homescholing : Fun fonik acitivity (Read easy)


Alhamdulillah.. Adam dah habis read easy dalam masa sebulan lebih. Tahun lepas lagi dah habis baca buku tu.. Tapi sekarang saya kena start balik ajar dia supaya lebih menguasai Bi.. walau ibu dia tak berapa fasih pun bi.. Haha.. 
Iqra adam pun dah mausk iqra 4. Sesi iqra, Adam lebih banyak belajar di tadika dia. So, kat rumah saya ajar sikit-sikit jelah.

Ini saya nak kongsikan aktiviti bahasa yang saya praktik kat adam. Idea ni pun banyak saya dapat dari SINI yang juga merupakan pengasas buku tersebut. Banyak tips yang beliau kongsikan di situ yang sangat bermanfaat.

Aktiviti 1 : sampul surat
 Guna sampul surat, kad perkataan yang ditulis dari buku read easy. Saya lekatkan sampul surat tu pada kotak.. cara mainnya, saya tarik kertas perkataan tu dari sampul surat dan minta Adam bacakan perkataan tersebut. 


aktiviti 2 : memory games

 Memory games ni bertujuan untuk membantu daya ingatan anak. saya guna kad huruf, kotak dan kain sebagai tutupnya. 
caranya : tunjukkan kad dalam kotak kepada anak dan minta mereka ingat huruf-huruf tersebut. lepas tu, tutup kotak dengan kain dan ambil satu huruf, sembunyikan. buka semula kain dan tanya anak, apa yang hilang?? mudah kan... adam pun sangat sukakan games ni.

Aktiviti 3 : Caterpillar games

dadu tu saya buat dari kotak nipis.. letak 1-4 sahaja dot dot nye, dan penandanya pulak guna batang aiskrim sudah. itu je yang ada kat rumah ni..hihi.. 
caranya : start di caterpillar, end kat butterfly. huruf dan perkataan dari buku read easy 2. bila anak stop kat satu kotak, diorang kena baca perkataan tersebut.

aktiviti 4: tic, tac, toe word.
penutup botol ditanda x dan o serta kertas yang ditulis word dari buku. sepatutnya guna whiteboard.. tapi disebabkan whiteboard dah rosak.. so, kenalah merajinkan diri tulis atas kertas A4.

Caranya : penutup botol tu sebagai penanda untuk dua orang pemain. Saya x, adam o.. hihi. minta anak pilih kotak, sebut baca dan tanda.. 

Ini pic dua orang student read easy saya.. hihi.. sebelah adam tu anak kawan.. tu yang boleh adam pun start semula read easy walaupun dia berlagak cakap Adam kan dah boleh baca, kenapa kena ulang?? geram tau.. ni boleh pi makan aiskrim kan tengah- tengah duk main memory games tu... 

Aktiviti 5 : Fishing word, read, spell and write it.
Saya guna je apa yang ada kat rumah.. kelasss tak pancing adam. haha.. magnet peti diikat pada tali rafia.. next time baru kite beli magnet yang comel tu yer.. kad kertas diletak klips kertas. Selepas Adam pancing, saya minta dia baca, kemudian dia akan eja dan tulis..


Aktiviti 6 : Kraf peti surat
saya guna pinggan polestrin yang memang berlebihan kat rumah ni.. adam kaler kan dengan crayon jer.. Tujuan suruh dia buat kraf ni supaya senang dia letak apa dia tulis dalam peti surat ni.. kan boleh menambahkan minat dia nak mengeja dan menulis.. Lagipun tengah praktis dia mengeja dan menulis supaya tulisan jadi kemas dan dia lebih cepat faham baca.. hihi.. :)


Nota : Itu sahaja setakat ni perkongsian saya kali ni. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk mahupun berbangga. Mana tahu kan.. kadang ada je yang tak suka dengan apa yang kita cuba kongsikan... walhal hanya sekadar berkongsi idea dengan ibu-ibu yang berminat nak homescholing anak-anak sendiri kat rumah. Indahnya bila dapat homeschool anak-anak. Hubungan kita dengan anak pun bertambah erat dan melihat sendiri perkembangan baik anak-anak adalah satu perasaan yang sangat indah.. proud being a stay at home mom.. :)
anga

Homeschooling : Aktiviti mudah untuk anak setahun ke atas

 
Salam sayang my blog dan my follower.. I'm Back.. Lama saya bertapa, kesibukan apakah melanda? Tak delah sibuk sangat pun tapi kadang kena kacau kalau nak duk depan laptop lama-lama. cerita saya banyak update kat fesbuk jelah yang mana friend fesbuk saya mesti tahulah kan. Hihi..
Ok, tutup cerita tu, saya akan cerita dan kongsi aktiviti homescholing saya dengan adam dan dhia.. 

First entri ni homescholing Dhia.. Dhia dah pun setahun setengah.. kejap je dah besar kan.. banyak akal my anak solehah ni. Alhamdulillah.. ikut cam abangnya juga sukakan aktiviti belajar.

Untuk umur Dhia, saya banyak gugel lah apa aktiviti menarik yang mudah untuk dia.. Banyak jugak idea saya dapat yang di kongsi oleh ibu-ibu yang homescholing anak-anak mereka. Terima kasih untuk perkongsian itu.. 

Aktiviti pertama : mari bermain suai padan penutup bekas

 Nampak tak bahan apa tu? cukup mudah kan dan murah. Bahan kat dapur kita tu pun boleh dijadikan bahan bantuan ajar anak tau. Tu diaa... lambakan tupperware murah saya bagi Dhia main..tupperware camni je banyak kat rumah saya.. hihi..
 aktiviti ini bagus untuk merangsang perkembangan otak anak, melatih gerak jari jemari atau lebih dikenali sebagai salah satu aktiviti fine motor skill ler kan. Bukak tutup dan padankan penutup dengan bekas yang sepatutnya.. haaa kan mencabar sikit anak tu.. Jimat pun jimat.. :)


Aktiviti Kedua : Mari bermain sticker

 Pun bahan yang jimat... saya beli kat kedai buku, Bagi Dhia sekeping sticker ni dan kertas A4 sekeping. nampak muka Dhia tu yang sungguh seronok main bukak tampal..
 Tak cukup kertas.. meja ditampalnya.. Dia buat sendiri tau ni.. abangnya kat belakang tu ajar jer tapi duk geram nak buat jugak.. :)
 Kat depan tivi pun dia nak buat jugak.. Selagi dia suka, layankan ajer.. Ini pun bagus untuk melatih pergerakan jari jemari anak tu. 


Aktiviti ketiga : Mari masukkan kertas ke dalam botol
 Entah apa-apa nama aktiviti saya letak.. ghasak jelah asalkan motifnya sama.. melatih fine motor skill anak. Bahannya pun mudah jer.... cebisan kertas + botol kosong air mineral.


Aktiviti keempat : Transfer activity

 bahannya pun senang je. Saya guna jelly + penyepit + muffin tray
Dhia agak kekok nak pegang penyepit tu. Biasalah kali pertama diberi kebebasan main penyepit kuih ibu kan.. :)

Aktiviti kelima : Susun dan atur

 Pun saya menggunakan bahan yang memang senang didapati kat rumah dan murah.. gelas plastik ni balance birthday Dhia hari tu. saya guna pakai lah untuk aktiviti ni.. 
Dhia semakin suka buat aktiviti-aktiviti homeschool ni.. Nanti ibu kena fikir dan cari idea lagi lah ye...

JOM CUBA!!!

Sumber rujukan sebagai tambahan idea: mamahomeschool dan Sini

Sunday 12 October 2014

Kami dah kembali...........


Lama tak upload kan... Dhia dah pun besar, dah 17 bulan.. Abang adam pulak dah nak habis sesi sekolah dah, tahun depan 6 tahun... ibu datang semangat nak blog.. nak update aktiviti homescholling dengan adam dan dhia.. ;)

I'm Back............

 

Salam sayang my blog..  hampir setahun saya tak update ini blog.. fuhh fuhh fuhh tiup habuk sikit.. 
Wah banyaknya cerita nak kena update. Dhia pun dah besar tau... dah setahun setengah dah pun.  Punyalah lama saya tak peduli blog ni.. Mood nak menulis di sini dah kembali kot ni. saya bukan tak nak update, kadang tak sempat..sempat update kat fesbuk je selalunya. dunia baking saya pun banyak jugak cerita.. hihi. Ok, nanti update lagi entri bergambar... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute