Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 14 October 2014

Homescholing : Fun fonik acitivity (Read easy)


Alhamdulillah.. Adam dah habis read easy dalam masa sebulan lebih. Tahun lepas lagi dah habis baca buku tu.. Tapi sekarang saya kena start balik ajar dia supaya lebih menguasai Bi.. walau ibu dia tak berapa fasih pun bi.. Haha.. 
Iqra adam pun dah mausk iqra 4. Sesi iqra, Adam lebih banyak belajar di tadika dia. So, kat rumah saya ajar sikit-sikit jelah.

Ini saya nak kongsikan aktiviti bahasa yang saya praktik kat adam. Idea ni pun banyak saya dapat dari SINI yang juga merupakan pengasas buku tersebut. Banyak tips yang beliau kongsikan di situ yang sangat bermanfaat.

Aktiviti 1 : sampul surat
 Guna sampul surat, kad perkataan yang ditulis dari buku read easy. Saya lekatkan sampul surat tu pada kotak.. cara mainnya, saya tarik kertas perkataan tu dari sampul surat dan minta Adam bacakan perkataan tersebut. 


aktiviti 2 : memory games

 Memory games ni bertujuan untuk membantu daya ingatan anak. saya guna kad huruf, kotak dan kain sebagai tutupnya. 
caranya : tunjukkan kad dalam kotak kepada anak dan minta mereka ingat huruf-huruf tersebut. lepas tu, tutup kotak dengan kain dan ambil satu huruf, sembunyikan. buka semula kain dan tanya anak, apa yang hilang?? mudah kan... adam pun sangat sukakan games ni.

Aktiviti 3 : Caterpillar games

dadu tu saya buat dari kotak nipis.. letak 1-4 sahaja dot dot nye, dan penandanya pulak guna batang aiskrim sudah. itu je yang ada kat rumah ni..hihi.. 
caranya : start di caterpillar, end kat butterfly. huruf dan perkataan dari buku read easy 2. bila anak stop kat satu kotak, diorang kena baca perkataan tersebut.

aktiviti 4: tic, tac, toe word.
penutup botol ditanda x dan o serta kertas yang ditulis word dari buku. sepatutnya guna whiteboard.. tapi disebabkan whiteboard dah rosak.. so, kenalah merajinkan diri tulis atas kertas A4.

Caranya : penutup botol tu sebagai penanda untuk dua orang pemain. Saya x, adam o.. hihi. minta anak pilih kotak, sebut baca dan tanda.. 

Ini pic dua orang student read easy saya.. hihi.. sebelah adam tu anak kawan.. tu yang boleh adam pun start semula read easy walaupun dia berlagak cakap Adam kan dah boleh baca, kenapa kena ulang?? geram tau.. ni boleh pi makan aiskrim kan tengah- tengah duk main memory games tu... 

Aktiviti 5 : Fishing word, read, spell and write it.
Saya guna je apa yang ada kat rumah.. kelasss tak pancing adam. haha.. magnet peti diikat pada tali rafia.. next time baru kite beli magnet yang comel tu yer.. kad kertas diletak klips kertas. Selepas Adam pancing, saya minta dia baca, kemudian dia akan eja dan tulis..


Aktiviti 6 : Kraf peti surat
saya guna pinggan polestrin yang memang berlebihan kat rumah ni.. adam kaler kan dengan crayon jer.. Tujuan suruh dia buat kraf ni supaya senang dia letak apa dia tulis dalam peti surat ni.. kan boleh menambahkan minat dia nak mengeja dan menulis.. Lagipun tengah praktis dia mengeja dan menulis supaya tulisan jadi kemas dan dia lebih cepat faham baca.. hihi.. :)


Nota : Itu sahaja setakat ni perkongsian saya kali ni. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk mahupun berbangga. Mana tahu kan.. kadang ada je yang tak suka dengan apa yang kita cuba kongsikan... walhal hanya sekadar berkongsi idea dengan ibu-ibu yang berminat nak homescholing anak-anak sendiri kat rumah. Indahnya bila dapat homeschool anak-anak. Hubungan kita dengan anak pun bertambah erat dan melihat sendiri perkembangan baik anak-anak adalah satu perasaan yang sangat indah.. proud being a stay at home mom.. :)
anga

3 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

alamak solutelah dengan ayu,macam2 fun activities buat dengan adam.sy ni je tahap lemau dah makin berkarat ni..sejak aiman dh masuk dajah1 ni takde masa sgt.pg petang dia sekolah pastu malam nak mengaji lagi..hari minggu pun kadang sy keja..dh nk masuk 8 taun read easy pun blom start.haha kena amik aura rajin ayu cuti sekolah ni mula read easy,biar lambat dr tak ajar langsung.hehe

Masya said...

seronoknnya tgk ayue buat mcm ni adgn adamn .. lps ni adam dh btl² sekolah.. buat dgn dhia pulak yer.. hihihihihi...

LYAfrina said...

sgt bermanafaat entri ni..
permainan tic tac tu sgt menarik.. nk cuba jugak.. asya mbaca bm ok dah..cuma BI mmg x brape jln lagi..nk kena beli jugak la read easy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute