Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Showing posts with label Dhia Homeschool. Show all posts
Showing posts with label Dhia Homeschool. Show all posts

Thursday, 25 January 2018

Doll house daripada kotak untuk anak anak dan cara simpan doll house.


Ibu berjaya diy dua buah doll house lagi untuk kawan kawan kakak dhia. 

1) doll house daripada tiga kotak kasut

Tiga kotak kasut dicantum dan digam dengan gam Putih latex serta juga menggunakan double side tape.

Tampal dinding dinding dengan kertas berwarna atau kertas pembalut hadiah. Tingkap dilukis.

Katil tu diy guna kotak. 

2) doll house dari kotak besar. Kotak susu fullcream atau kotak air mineral.

Satu bahagian kotak digam kukuh. Bahagian depan dipotong sedikit. Bahagian bumbung tu cantumkan dua keping lebihan kotak yang dipotong dan gamkan. Ibu guna gam botol ni dan ia memang kuat. Doll house pun jadi lebih kukuh.

Tampalkan saja dengan kertas berwarna mengikut kreativiti anda. 
Perabot tu IBU print out daripada web redtedart. Warnakan dan gunting. 
 Nanti boleh tambah beli perabot lain yang banyak boleh dibeli di kedai eco atau Mr.diy.

Bahagian bilik tidur dan bilik air. Yang membahagikan bahagian tu hanya tampal kotak sahaja.

Bahagian ruang tamu dan dapur.

Bahagian dapur.

Sebelum dan selepas.
Kotak besar itu IBU guna dan diy menjadi doll house yang ringkas dan tidak terlalu besar ruangnya kalau nak letak atas meja.

3) cara IBU simpan doll house dan diy buaian Serra jongkang jongket.

Diy daripada kotak, batang aiskrim,lidi sate dan juga pipe cleaner.

Ini untuk doll house dhia dihah.

Beginilah cara IBU simpan. Ibu letak atas meja. Ruang ini ruang khas untuk anak anak IBU bermain dan berimaginasi.
Ada dua house disitu. Ibu baru tambah farm house mereka. Meja ini diletakkan dalam playroom anak anak IBU. 

Kenapa bagusnya permainan begini. Sebenarnya ia banyak membantu kemahiran sosial anak anak, melatih anak untuk bercakap. Ye, semasa mereka bermain inilah mereka akan mencipta dialog, bercerita dan dalam masa yang sama sudah pasti mengurangkan stress. 

Tak payah kata anak, IBU pun jadi seronok sama. Alhamdulillah. :)

Friday, 12 January 2018

Dekorasi tahun baru doll house dhia dihah


Kenapa seronok ada doll house ni?
Seronok bila lihat anak anak berdialog, mereka bercerita dan bercakap cakap semasa bermain. Disitu banyak membina kemahiran komunikasi mereka dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

Nampak seperti bermain tetapi disebaliknya itu ada faedahnya juga. 

Tahun baru, dekorasi baru untuk doll house anak anak. Tukar dinding dan lantai Serta buatkan beberapa tambahan diy perabot kecil.

Pandangan hadapan doll house dhiadihah.
Ditambah ada pagar yang ditampal dengan batang aiskrim.

Ruang tamu dan laman depan tetapi letak meja makan juga. Rak buku tu diy dengan kayu blok jenga. Balut dan lukis. :)
Pinggan dan cawan diy guna butang baju dan manik.
Meja makan daripada kotak.

Bilik tidur 3

Bilik tidur utama.
Perabot beli di mydin. Siap ada aircond.set katil dan almari.

Bilik mandi.
Diy shower guna straw. Sinki guna kotak.
Tandas tu beli di  kedai eco dalam set paket my dream castle.

Bilik mandi 2 yang ada bath tub.
Sinki diy aje. 

Diy rak pinggan dan cawan. Lekatkan aje guna kotak.

Ruang dapur



Semoga anak anak ibu seronok dan menghargainya. Doll house ini dibina sejak dari tahun 2016 lagi. Ditambah baik dan diubahsuai sikit demi sikit. Perabot pun beli sikit sikit bila jumpa yang mana berkenan. Alhamdulillah. :)


Wednesday, 27 December 2017

Doll house daripada kotak



Doll house ni buat sikit demi sikit. Ada kotak tambah dan tambah sampailah jadi tiga tingkat begini. Alhamdulillah. 

Perabot pula beli sikit sikit di pelbagai kedai. Asal nampak je terus ambil beli. 

Ada dibeli di kedai eco, Mr.diy, giant dan juga di mydin. Harga pula bawah rm10. Ada yang dibeli pada harga rm2.12 tapi dapat banyak perabot. 

DOLL HOUSE DHIA DAN DIHAH.






DOLL HOUSE ANAK SAUDARAKU AFINA.
khas Cik ayu buatkan untuk dia guna kotak besar kertas a4 kuning tu 






Doll house ni kesayangan anak anak. Eh ibu pun sayang tau. Alhamdulillah anak anak hargai. Dan buat doll house ni pun banyak juga mereka Bantu. Tolong tampal, tolong gunting double tape.. :)




Friday, 15 December 2017

Bermain olok olok : doktor


Anak anak ibu suka benar bermain doktor doktor ni.

Hari ini dapat pula idea buatkan baju doktor dari beg plastik.  Walaupun tahu baju tu tak tahan lama..tapi misi ibu nak mereka lebih seronok tu tercapai. 

Lain kali kita cuba cara lain pulak. Mungkin melukis atas baju Putih dengan fabrik marker. 

 Ini ibu lukis bagi contoh kat mereka. Terutama untuk abang adam biar dia lukis sendiri dia punya.  Ni adik dihah punya.

 Adam dan dhia melukis.

 Dr. Dhia. Ada gaya tak?

Semoga anak anak ibu membesar dengan sihat selalu. Menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat. 

Thursday, 12 January 2017

Abm fonik dan aktiviti belajar membaca


Pelbagai abm untuk menarik minat anak belajar membaca.

Anak yang suka kereta bolehlah buat aktiviti begini. Cari dan sebut sukukata tu.

Puzzle mudah untuk pengenalan a i u

Aktiviti tampal menampal dengan sticker.

Computer khas. Boleh ajar mengeja menulis. 

Peti surat fonik.

Main masak masak sambil belajar bunyi huruf. 

Permainan bahasa ala ala scrabble.

Yang ni paling mudah. Kita tampalkan perkataan yang ditulis pada dinding, sebut dan minta anak cari kemudian pangkahkan. 

Pokok gabung bunyi kvk.
Guna tudung botol.

Gambar dari buku lama ditampal pada manila kad. Kemudian tulis perkataan pada penyepit kayu. 
Cara mainnya hanya padankan sahaja pada gambar yang betul.

Puzzle perkataan.

Permainan bahasa. Menggunakan dadu dan tutup dengan sticker note.
Bila dapat dadu nombor berapa baru buka note dan baca.

Bermain match games dengan paku dan tukul.
Anak pasti suka tapi kena pantau ye.

Seronok games ni. Cari yang sama.

Permainan padankan sukukata kv. 

Buku mini fonik.

Simple games. Match and say it right.

Sorting bunyi huruf.

Tampal menampal

Bermainan tenteng tapi tambah juga belajar bunyi huruf.

Enjoy...

Menulis dan menggaris.

Buku mudah baca versi buat sendiri. :)

Mari tanam bunga.

Masukkan huruf pada sampul.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥