
Tiga kotak kasut dicantum dan digam dengan gam Putih latex serta juga menggunakan double side tape.
Tampal dinding dinding dengan kertas berwarna atau kertas pembalut hadiah. Tingkap dilukis.
Katil tu diy guna kotak.
2) doll house dari kotak besar. Kotak susu fullcream atau kotak air mineral.
Satu bahagian kotak digam kukuh. Bahagian depan dipotong sedikit. Bahagian bumbung tu cantumkan dua keping lebihan kotak yang dipotong dan gamkan. Ibu guna gam botol ni dan ia memang kuat. Doll house pun jadi lebih kukuh.
Tampalkan saja dengan kertas berwarna mengikut kreativiti anda.
Perabot tu IBU print out daripada web redtedart. Warnakan dan gunting.
Nanti boleh tambah beli perabot lain yang banyak boleh dibeli di kedai eco atau Mr.diy.
Bahagian bilik tidur dan bilik air. Yang membahagikan bahagian tu hanya tampal kotak sahaja.
Bahagian ruang tamu dan dapur.
Bahagian dapur.
Sebelum dan selepas.
Kotak besar itu IBU guna dan diy menjadi doll house yang ringkas dan tidak terlalu besar ruangnya kalau nak letak atas meja.
3) cara IBU simpan doll house dan diy buaian Serra jongkang jongket.
Diy daripada kotak, batang aiskrim,lidi sate dan juga pipe cleaner.
Ini untuk doll house dhia dihah.
Beginilah cara IBU simpan. Ibu letak atas meja. Ruang ini ruang khas untuk anak anak IBU bermain dan berimaginasi.
Ada dua house disitu. Ibu baru tambah farm house mereka. Meja ini diletakkan dalam playroom anak anak IBU.
Kenapa bagusnya permainan begini. Sebenarnya ia banyak membantu kemahiran sosial anak anak, melatih anak untuk bercakap. Ye, semasa mereka bermain inilah mereka akan mencipta dialog, bercerita dan dalam masa yang sama sudah pasti mengurangkan stress.
Tak payah kata anak, IBU pun jadi seronok sama. Alhamdulillah. :)











Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment