Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 19 May 2012

Adam tengok Ben10?


Sudah hampir seminggu dia begitu. Bangun pagi, mula-mula minta izin nak on pc. Kalau nak mintak lappy abah dia memang tak dapatlah sebab dia takut nak kacau. Hahaha. Adam memang dah pandai On dan shutdown sendiri komputer. Lepas dah dia On tu, dia minta aku tolong online internet nak tengok Ben10 katanya. Aku ingatkan dia nak main games. Kompius pulak aku sejak bila pulak dia pandai nak ber Ben 10 ni? Sebelum ni dia hanya pandai mintak tengok Ultraman, Dora, Abc dan Diego aje. Baru minat dengan Ben 10 agaknya si Adam ni sebab sebelum ni dia hanya suka Ultraman dan amor heroes aje. Ben 10 tu adalah jugak dia tengok tapi tengok gitu-gitu aje.

Dah lama kot dia tak melayan tengok You Tube tu. Tiba-tiba dah seminggu ni dia melayan pulak tengok. Tapi aku dah bagi limit lah hanya boleh tengok setengah hingga satu jam je setiap kali On. Tapi biasanya bagi tengok sekali je dalam sehari. Bukan ape, kadang tak elok untuk mata dia kalau mengadap pc lama sangat kan. Itulah dia si kecik kesayanganku Adam Akmal..... :)



-Hobi Baru-


Uppsss.. Hobi apa pulak lah aku kali ni erk? Selain membaking.. Ada satu lagi benda yang menarik perhatian aku sekarang ni. Aku tengah giler nak belajar make-up. Belajar kat mana? Oh, google aje lah cara nak belajar mekap dengan betul. Sebelum ni hanya pandai mekap yang simple-simple aje. Bila dah giler nak mekap, maka giler lah jugak beli barang-barang mekap kan. Habislah nanti tiap bulan kena tambah pulak belanja untuk mekap. :) 

Tapi Abah Adam suka je. Tak kisah pun dan sebelum ni pun dia pernah belikan aku barang mekap cuma aku je malas nak mekap beria sangat. Kalau keluar pun just mekap simple je. Tapi kan, bila dah cuba mekap dengan cara yang betul supaya taklah nampak pelik sangat kan, ada semacam terbit rasa sedikit confident gitu.. Cantik untuk suami dan jugak cantik untuk keyakinan diri sendiri tak salah kan. :)

Hasil pelaburan untuk bulan ni. :)

Ini kawan yang make-up kan masa dia ajar aku cara mekap. Sempat jugak belajar dengan dia hari tu.

NotaPermasalahan memakai mekap dengan amat tipis sehingga tidak boleh dibezakan dengan wajah yang tidak memakai mekap serta tujuan tujuan memakainya hanya agar wajah kelihatan berseri maka itu tidak mengapa. Ini kerana mekap tersebut tidak menjadi bahan perhatian orang lain lebih-lebih bagi lelaki serta tidak termasuk dalam cara bermekap jahiliyah pertama. Hal itu hanya setakat memperlakukan wajah dengan baik. Ini adalah berhias yang diperbolehkan secara syar’i. Aisyah r.a. juga pernah memperbolehkan sahabiyat dan hamba perempuannya untuk memakai alat kosmetik dengan dengan tipis.
Para sahabiyah juga biasa memperbincangkan perihal mencelak kedua belah mata. Mereka mengkategorikannya sebagai perhiasan zahir yang tidak mengapa dilakukan.Apabila memakai mekap bertujuan untuk menghias muka dan berubat yang tidak diketahui orang lain kecuali para ahli dan wanita, maka itu tidak mengapa.

Tak pernah jemu tengok!!


Setiap orang pasti ada citer yang dia suka sangat tengok dan tak pernah rasa jemu tengok walau dah berkali-kali tengok. Termasuk lah aku jugak yang ada beberapa citer yang aku memang suka tengok. Mungkin citer nya bagus atau ada pelakon yang diminati dalam movie tu kan. :)

CJ7.. tengok hari Isnin lepas kat Tv3. Bila lama tak tengok, rasa syok pulak layan citer ni. Entah lah kenapa tak pernah jemu tengok movie ni. Cj7 adalah dari bola hijau yang dijumpai ayah Dicky di tempat pengumpulan sampah. Aku suka tentang kasih sayang ayah pada anaknya tu, walau hidup susah tapi tetap punya keinginan untuk berikan pelajaran yang terbaik untuk anaknya. Citer yang ada rasa sedih, happy dan kelakar.

Titanic.. semua orang suka kan movie ni. Tengoklah berapa kali pun mesti takkan jemu punya. Termasuklah aku. Kisah cinta yang sungguh best. 'U jump I jump' gitu. Hahaha. Dan yang paling best tengok kapal tu. Rasa macam nak jugak bercuti atas kapal macam tu. Kalau tengok movie ni aku pasti akan berangan sama. :)





The Chronicles of Narnia dan Lord of the Rings.

Sebenarnya banyak lagi.. Kalau citer hindustan, antara yang aku suka tengok mestilah Kuch Kuch Ho Tai.. Hari tu masa tayang kat Tv2 tu, Adam siap nyanyi lagi lagu tu. Hahaha..
Kalau movie melayu, antara movie yang tak pernah jemu atau buat aku bosan ialah 
Kuliah Cinta.. Mengingatkan aku pada zaman kampus. :)

p/s : Sorry agak merapukah entriku kali ni?? Hahaha.. Tak kisahlah. Saje nak citer apa yang aku suka. :)

Friday 18 May 2012

Menu special kami di hari Jumaat -NASI AYAM-


Kalau dulu masa duduk hostel, hari Jumaat mesti ada menu special. Nasi ayam, nasi tomato dan macam-macam lah. Masih ku ingat lagi zaman duk hostel dulu, kalau hari Jumaat lah ditunggu-tunggu dan masa tu lah masing-masing awal ke dewan makan. Hahaha. Bila hari ni tiba-tiba aku merajinkan diri buat Nasi Ayam, teringat pulak zaman hostel tu sebab sama hari. :)

Hari ni jugak adalah Ulangtahun  kelahiran abang ku yang sulung. 


Oh, rindu pulak kat dia sebab dah lama tak jumpa. Untuk abang Long, HAPPY BIRTHDAY. Semoga abang long dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipercepatkan bertemu Jodoh. Amin. Abang long aku still single lagi walau dah 3 series. Hahak. 

Nah, Nasi Ayam untuk abang long dan tatapan kamu dan kamu semua. :)

 


Resepi : NASI AYAM
Dari tunjuk ajar kakak ku satu ketika dulu. :)

Nasi : 
3 1/2 cawan Air rebusan Ayam, 
3 cawan beras -basuh dan toskan
1/2 cm halia -hiris*
1 ulas bwg putih -hiris*
1 ulas bwg merah-hiris*
1 btg serai-ketuk
2 sudu besar marjerin*
1 helai duan pandan-aku skip
rempah 4 beradik (satu-satu)*
secubit garam

Bahan* ditumis sekejap dan masuk dalam beras yang dicampur dengan bahan-bahan lain dan masak nasi hingga empuk. (pakai rice cooker)

Sup :
Stok rebusan ayam
daun sup
rempah 4 beradik
3 ulas bwg merah- hiris
2 ulas bwg putih - ketuk
garam
1 kiub pati ayam
Sup bunjut

cili : 
3 cili merah
sedikit cuka
bwg putih
garam dan gula

Ayam perap :
Kicap, 
halia, bwg putih, bwg merah(tumbuk)
garam dan gula

Ulam : Timun batang, tomato, daun salad

-Adam ikut Abah ke Masjid-


Untuk pertama kalinya, Adam ikut abahnya solat Jumaat di masjid. Sebenarnya sebelum ni,  banyak kali juga dia mintak nak ikut. Akhirnya hari ni dapat jugak Adam ikut abahnya ke masjid. Abahnya kata dia duduk diam je sebelah abah dia dan ikutlah jugak orang solat. Kalau duduk diam tepi abah nanti lainkali boleh lah bawak dia ke masjid lagi. 

Mula-mula nak keluar rumah tu, dia ajak aku sekali pergi. Hahaha. Terpaksalah aku explain kat dia pulak kenapa ibu dia tak boleh ikut sekali dan barulah dia angguk tanda faham. Dah jadi kebiasaan kalau keluar mesti ibu ada sekali kan. Itu yang buat dia tanya kenapa ibu tak ikut sekali. :)

Sedang tertanya-tanya & pujuk Ibu untuk ikut sama. :)
Bila dah di explain, baru dia jalan. 
Snap dari beranda rumah. Tak pandang pun, mungkin tengah bertanya itu ini kat abah dia agaknya.  :)

Baik Tuan??


Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Nak story pasal lovely boy aku lagi. Bosan ke? Hahaha.. Jangan bosan ye kerana cerita dan banyak catatan di sini lebih kepada tentang dirinya si 'Adam' dengan harapan suatu hari nanti dia dapat baca apa yang aku catatkan tentang dia di sini. Memori tentang dia disini. :)

Semalam waktu aku merajinkan diri mahu melipat kain yang bergunung tu. Itupun setelah selalu ditegur oleh Adam yang tanyakan aku kenapa dan bila ibu nak lipat ni. Kadang kan, dia yang ajar aku pulak itu ini tau sekarang ni. Maklumlah dia dah banyak cakap..

Aku    : Adam, tolong ibu amik kain dalam bakul tu boleh?
Adam : Ok, baik Tuan!! dan dia terus berlari pergi amik kain.

Terima kasih Adam kerana rajin tolong Ibu. Tapi dari mana kamu belajar ayat Baik Tuan itu?? Tersenyum aku seketika dengar ayat itu keluar dari mulut dia. Ini mesti pengaruh citer kat TV agaknya. Memang kadang tu pandai je dia susun ayat bila bercakap. Kadang-kadang kalau macam ayat orang besar tu yang nak gelak jugak tu. Memang sah budak ni suka ikut ayat dalam citer TV. Sekarang ni memang dia suka sangat tiru apa saja cakap orang dan aksi orang buat. Kadang aku panggil abah dia 'abang' dia pun mengada ikut sama panggil abah dia macam tu. Hahaha. Tapi memang aku kena lebih berhati-hati dan menjaga tutur kata sikit lah sebab takut dia terikut cakap yang bukan-bukan pulakkan. Itu yang kadang kalau citer mengarut tak berapa suka bagi dia tengok. Tapi itulah, kalau tak terikut dari rumah, pengaruh kawan-kawan masa main kat taman pulak. Kalau yang baik-baik aku tak marah.. Tapi kalau terikut yang tak baik, memang aku akan warning lah si kecikku itu. Semoga kamu jadi anak yang baik dan mendengar kata ye budak Adam.
Aksi dia masa tengah tengok citer Shaolin Soccer semalam. Dia pun nak ikut jugak tu. Memang suka sangat tiru meniru sekarang ni.

Nota : Umur 3-6 tahun memang peringkat dia suka meniru perbuatan ibu bapanya dan juga orang lain. sebagai ibu bapa harus pantau dia dan larang dia kalau tercakap kata-kata yang tak elok.

Thursday 17 May 2012

Tensionnya bila dapur banyak semut!!




-ihsanpokcik google-
Semut oh semut!!! Baru je aku buat air teh, si kecik tu dah datang singgah dengan bawak geng-geng dia sekali. Pantang ada makanan atas meja terus datang menerjah. Dah dialih ke tempat lain pun datang jugak. Huh, tension jugak kekadang dibuatnya. Nak kata tak mengemop lantai, mop aje tapi tidaklah hari-hari. Penat gak mau mop hari-hari kan. Yang peliknya, semakin menjadi-jadi pulak wabak semut kat rumah aku ni. Tak tahulah mana datang. Mungkin dari dalam stor kat dapur tu kot. Kena buat spotcheck lah nampaknye nanti ni. Aku ingatkan rumah aku je, jiran aku pun tension dengan situasi wabak semut tu. Hahaha.. Kalau setakat gitu-gitu je takpelah.. ini pantang bau manis sikit terus dia terjah.. sakit jugak hati kan. 

Sorry ye aku merepek pasal semut pulak hari ni. Macam korang tak pernah marah ngan semut kan.. Hahaha..

Hari itu masa tinggal rumah balik kampung seminggu, masuk je dapur, ku tengok penuh semut atas meja lah, kat lantai lah. Buka pulak balang gula tengok penuh semut kat dalam tu. Bila takde orang kat rumah, pandai pulak dia menerjah itu ini ye, padahal balang tu tutup elok je. Pelik jugak tu.. cerdik sungguh semut-semut ni. Aku memang tak pernah letak bunga cengkih dalam balang gula, bila dah cuba barulah si semut tu tak masuk dah. Dengan menggunakan khidmat pokcik google, dapatlah beberapa tips cara nak halau semut dan lepas ni nak cubalah. Siapa yang punya masalah sama macam aku boleh lah try juga.

Tips halau semut di dapur :
1) Gunakan kapur tulis dan buat garisan di tempat-tempat yang semut selalu datang.
2) Sapu sedikit minyak di bekas gula atau bekas-bekas yang menjadi tarikan semut. :)
3) Letak cili kering dalam bekas yang ada semut, nanti semut tu akan keluar dari bekas tu dengan segera.
4) Masukkan beberapa asam keping atau bunga cengkih dalam bekas gula.
5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
6) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja dan sebagainya.

Nota : Harus ku cuba antara petua ini bagi selesaikan masalah semut tu. Semut oh semut, kau telah buat aku marah lah!!!  :)

-Apam Polkadot-


-Order by kawan Abah Adam- 



Wednesday 16 May 2012

Breakfast Dgn Gooey Choclate&Creamcheese CC


Hati masih tak tenteram bila baca entri kat blog LYA. Sampai termimpi-mimpi pulak. Hahaha.. Poyo betul aku. -Sorry- Tak sangka pulak yang blog pun boleh diremove..Emm. sayang dan sedih kalau terjadi pada aku. Inilah blog tempat aku catat segalanya tentang aku, anakku dan cerita kami. Aku masih login menggunakan acc yahoo. Baru je buat acc gmail tapi masih tak faham lagi. Kena godek betul-betul kasi faham tutorial LYA tu. Bak kata LYA, sediakan payung sebelum hujan. Tadi buat pun jadi haru biru kejap. Entahlah kenapa tiba-tiba tak boleh bukak blog use acc email lama. Try punya try baru dapat. Yang acc baru tu masih author aje. Bukan admin, belum tukar sebab tak faham. Dah lah aku ni baru je dalam dunia blogging ni. Hahaha. Siapa kat sini boleh bantu aku? Angkatlah tangan. :)

Ok.. Tinggalkan dulu bab tak tenteram aku tu. Nanti citer lain. Ini nak citer breakfast aku pagi ni. Bekpes dgn kapkek. Jangan jealous yer.. Resepi asal amik dari SIS DIANA. Ini buat untuk kali kedua. Entah kenapa jatuh cinta pada kek yang ade gabungan choc dan cheese macam ni. Hehe..




Resepi boleh tengok kat SINI. First buat dulu agak comot.. Yang second ni okay sikit rupanya. :)

Nota : SELAMAT HARI GURU buat mereka yang bergelar Guru. Kerana tunjuk ajar mereka yang bergelar Guru, Kita berjaya hari ini. Kerana didikan mereka yang bergelar Guru, kita dapat kehidupan yang baik pada hari ini. Terima kasih buatmu Guru. 

Tuesday 15 May 2012

Bila dia main Ombak, aku yang risau....


Sesetengah budak ada yang suka main ombak dan ada yang takut ombak kan. Yang si Adam aku ni  pulak, pantang jumpa pantai mesti dia akan minta izin nak mandi. Kalau ikutkan aku ni memang risau nak bagi dia main ombak walau dijaga rapi oleh abahnya. Aku ni tak pandai berenang. Sebab tu aku takut ombak dan sungguh risau bila adam seronok sangat duk main ombak. Kadang tu aku jadi mak guard dia kat tepi. Sanggup basahkan seluar sebab nak jaga dia. Haha.. kadang kalau aku tarik-tarik dia jangan ke tengah sangat dia mula lah buat muka tak best kerana diguard ketat oleh ibu dia. Nak tahu macamana seronoknya dia dapat mandi laut, haaa.. inilah koleksi gambar riang-ria dia ketika bermain dengan ombak masa kat kampung hari tu.

-Mula-mula menerjah ombak-
-Tengah seronok buat gaya otomen dalam air-
 -Muka fedup sebab tak puas main, orang dah ajak naik.hahaha-

Sesekali main ombak best sebenarnya, cuma kena hati-hati sikitlah kan kalau budak-budak ni. Aku pun teringin jugak sebenarnya nak main ombak hari tu tapi segan la pulak. Hahaha. Apepun, aku happy bila tengok dia happy. :)

Sunday 13 May 2012

Jom Pekena Nasi Kukus.........


Dek kerana kerinduan pada Nasi kukus Ayam Goreng Berempah, ku suarakan jua hasrat hati ku itu kepada Abah Adam. Maka, lunch tengahari hari ini ber menu kan nasi kukus lah. Cuma satu kedai itu je yang berjaya memikat hati aku sampai hanya kat situ je menjadi pilihan pertama kalau teringin nak makan nasi kukus. Aku ingat lagi masa kali pertama abah adam bawak kami makan kat kedai tu. Asalnya kawan dia yang bagitahu ada kedai nasi kukus sedap kat situ.
 
Kedai nya sempoi je, ala-ala warung gitu. Kedai nasi ni kat Pekan Jerteh, jalan menghala ke  jalan Hospital Besut, sebelah Klinik Kesihatan dan berhadapan Pejabat Pos Jerteh. Serius bagitahu yang kalau sebelum ni aku memang tak pernah perasan pun ada satu kedai makan best kat situ. Haaa.. jangan pandang pada rupa kedai je tau, kadang kan kedai yang biasa-biasa ni lah lagi sedap tau. :)

Ternyata memang sedap pun, manakan tidaknya setiap kali makan kat situ memang licin ku kerjakan. Aku ni jenis yang kalau sedap memang aku makan sampai habis, kalau kureng ke....... memang tak habis sangatlah. Entahlah, memang aku selalu macam tu kalau aku makan kat kedai. Macam bagus je kan aku ni!! Abah Adam selalu marah dan cakap aku ni memilih. Tapi kat rumah sedap ke tak sedap ke, boleh je makan sampai licin.. Hahaha. Pelik kan??

Nasi kukus + seketul peha/dada ayam goreng berempah + lauk kari dalca + sambal = RM6 jer sepinggan. Bagi aku cukup murah dah tu. Tambah pulak ayam goreng rempah dia memang sedap. Yang bestnya, tiap kali makan, rasa nya tetap sama dan tak pernah ada berubah atau rasa kurang. Itu yang tak cari nasi kukus kat kedai lain dah.. :)



Nota : Aku masih belum pandai nak buat nasi kukus sendiri dan rasanya malas kot nak buat sendiri. Hahaha.. Nak memudahkan, order jelah kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute