Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 13 May 2012

Jom Pekena Nasi Kukus.........


Dek kerana kerinduan pada Nasi kukus Ayam Goreng Berempah, ku suarakan jua hasrat hati ku itu kepada Abah Adam. Maka, lunch tengahari hari ini ber menu kan nasi kukus lah. Cuma satu kedai itu je yang berjaya memikat hati aku sampai hanya kat situ je menjadi pilihan pertama kalau teringin nak makan nasi kukus. Aku ingat lagi masa kali pertama abah adam bawak kami makan kat kedai tu. Asalnya kawan dia yang bagitahu ada kedai nasi kukus sedap kat situ.
 
Kedai nya sempoi je, ala-ala warung gitu. Kedai nasi ni kat Pekan Jerteh, jalan menghala ke  jalan Hospital Besut, sebelah Klinik Kesihatan dan berhadapan Pejabat Pos Jerteh. Serius bagitahu yang kalau sebelum ni aku memang tak pernah perasan pun ada satu kedai makan best kat situ. Haaa.. jangan pandang pada rupa kedai je tau, kadang kan kedai yang biasa-biasa ni lah lagi sedap tau. :)

Ternyata memang sedap pun, manakan tidaknya setiap kali makan kat situ memang licin ku kerjakan. Aku ni jenis yang kalau sedap memang aku makan sampai habis, kalau kureng ke....... memang tak habis sangatlah. Entahlah, memang aku selalu macam tu kalau aku makan kat kedai. Macam bagus je kan aku ni!! Abah Adam selalu marah dan cakap aku ni memilih. Tapi kat rumah sedap ke tak sedap ke, boleh je makan sampai licin.. Hahaha. Pelik kan??

Nasi kukus + seketul peha/dada ayam goreng berempah + lauk kari dalca + sambal = RM6 jer sepinggan. Bagi aku cukup murah dah tu. Tambah pulak ayam goreng rempah dia memang sedap. Yang bestnya, tiap kali makan, rasa nya tetap sama dan tak pernah ada berubah atau rasa kurang. Itu yang tak cari nasi kukus kat kedai lain dah.. :)



Nota : Aku masih belum pandai nak buat nasi kukus sendiri dan rasanya malas kot nak buat sendiri. Hahaha.. Nak memudahkan, order jelah kan. :)

10 Komen Cerita Hati:

fardhila fawwazy blogspot said...

sedapnyeee..:)

inazamri said...

tengok ayam goreng berempah tu mmg nampak yummy...lapar lum sarapan lg ni

AdaM Hawa said...

sama harga kat sini la.. RM6..

P#eoniX said...

hahahah...btol tuh..kalau kat umah sedap ke x sedap mesti habis licin...hakhakhak...tapi,nasik kukus...jarang jumpe yang btol-btol sdap...hehehe....

rieda_ffya said...

wah...tgk nasi kukus trus jadi lapar....mintak ayue..

LYAfrina said...

wowww..sedapnyer nasi kukus.. kalo kt sini cecah rm 7++ gak

Kelip Kelip Comel said...

cedapnyerrr...nk g try jgk la...

Jo-Blogger said...

sedap sedap..nk sikit.sy singgah ok.nt follow.

IntaNBerliaN said...

murahnya.. rm6 je yer... sy xpnh lg mkn situ... cm xperasan lak kedai tu sblm ni.. next time kalu balik trg, leh try :-)

Liza Razak said...

saya pon suka makan nasi kukus.kat Puchong ni harga RM 5

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute