Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 12 May 2012

Aktiviti Adam Hari Ini


Hari ni goreng cucur bawang dengan sosej je untuk bekpes. Lepas dia mandi, belum sempat pakai baju pun lagi dah sibuk nak amik pen + buku tulis.

Nak tahu dia buat apa? Mood dia melukis sudah datang daa........... Habis dicontengnya buku tu. Itulah dia si kecik Adam. Kalau mood rajin datang, tak payah disuruh baca buku pun dia carik sendiri je. Kadang aku pun jadi mangsa dia mintak ajar macamana nak lukis itu ini. Terutamanya ultraman dan angry bird.. Kuat betul pengaruh dua benda tu kat Adam. 

Tapi yang seronoknya bila dia dah kenal bentuk segiempat (Adam panggil petak), segitiga, bulat, bentuk star, bentuk bulan dan kadang tu dah boleh tulis beberapa abjad dan nombor yang mana dia kenal. Kalau dia menulis atau melukis memang aku kena ada dekat dengan dia lah sebab nanti dia akan marah kalau aku buat tak tahu jer kat dia time tu. Kalau nak tahu kenapa, sebabnya dia nak suruh aku puji dia kalau dia berjaya tulis atau lukis sesuatu.. Hahaha.. Itulah Adam. Kalau aku buat tak tahu,
Dia akan kata : "Ibu, tengok!! Pandaikan Adam buat ni!! Ibu tengoklah ni!!". Sambil merengek dan tunjuk buku dia kat aku. Konon macam nak suruh aku puji cakap pandai nye Adam. Hahaha.. Kadang-kadang tu saje je aku buat-buat malas nak puji dia. :)

Inilah ultraman versi Adam lukis. :) 
 Inipun otomen jugak..Kepala otomen katanya. Dan yang 2 panjang macam kaki tu lah kaki otomen.
 Yang ini pulak katanya, dia buat penyu, bintang & air laut.. Boleh faham tak lukisan Adam ni?hahaha.
 Yang ni aku pun tak faham ape dia lukis. Dia bagitahu yang atas tu helicopter.
 Yang ini Adam kata dia buat rumah.
Inilah gaya Adam kalau melukis..Lepas puas duduk, baring pulak. Ada meja tulis tapi dia lebih suka baring pulaknye. Macam-macam budak kecik ni. :)

5 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

heheheh...macam-macam ragam gamaknye....sabo je lah......time ngah nak blajo kenalpasti....nak lagik senang suh dye kenal pasti bentuk makanan bulat,segiempat...haku dulu pon blajo camtuh sebab minat makan...kah...kah...kah...

IntaNBerliaN said...

rajin adam melukis... kalu sentiasa diajar melukis ni.. insyaAllah, nanti dah besar adam teror melukis :-)

puteri kasih said...

adam ada aya tersendiri tu :)

rieda_ffya said...

best tgk aktivity adam...biarle dia aktif ayue...xde dia buat yg ngarut2./...

AdaM Hawa said...

bijak kamu adam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute