Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 9 May 2012

-Memori at Pantai Kemasek-


Kalau anda bosan mahupun tension, ke manakah kebiasaannya anda lebih suka berkunjung? Kata orang bila tengok keindahan pantai, hati menjadi sedikit tenang. Ada yang suka menjerit dengan kuat ke pantai untuk hilangkan rasa stress. Ada orang suka tengok ombak bila teringatkan seseorang. Dan rasanya semua orang suka ke pantai. Bila melihat laut yang biru  itu sangatlah cantik dan terasa tenang je. Betapa indah ciptaan-NYA Yang Maha Esa. 

Dulu dan kini, aku sentiasa suka berkunjung ke pantai. Tak kiralah kala bosan mahupun ketika jiwa nak sedikit angin pantai. Tambah lah lagi seronoknya bila dapat lepak tepi pantai sambil makan-makan. Sotong goreng celup tepung, ikan goreng, keropok lekor, air kelapa dan macam-macam lagilah menu santai yang biasa dijual kan. 

Kenangan ketika meronda bersama adikku di Pantai Kemasek. Saja nak bergambor sini. Dulu zaman aku sekolah belom ada lagik jambatan ni. Masa sekolah dulu selalu gak berdating kat sini. Tapi dengan kawan-kawan yang lain pun ada sekali jugaklah. Hahaha. Itu citer lama masa cintan monyet dulu. Sekarang dah jumpe pun cinta hati yang selamanya tetap dihati. Hahaha.. Tiba-tiba rindu pulak kat kampung. :)


Nota : Pantai Kemasek terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Sebelah kanan Jalan Utama jika dari Kuantan-Kuala Terengganu. Bagi yang suka ber fotografi, tempat ni memang sesuai sangat sebab persekitarannya cantik. Sebenarnya ada bongkah-bongkah batu yang seperti bukit-bukit kecil kat sini tapi tak bergambor lak kat situ. Banyak kemudahan yang disediakan seperti kemudahan parking kereta, gerai-gerai dan tandas awam. Rugi kalau tak singgah jika anda datang berkunjung ke Terengganu tau. :)

4 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

btol tuh...kat pantai neh angin dye lain macam....stress pon ilang...n'way suke header baru tuh...heheheh gud luck!!!!

LYAfrina said...

lama dh x ke sini.. suka gak lepak2 n bphotoshoot.. org kmn ke??? lya pon org kmn..duk kat chukai

Saya Disini said...

bestnye...sy xpenah p sini

Chic Na said...

pernah singgah mkn kat sini ms on the way blk dr kuantan - kb. cantik jgk pantai tu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute