Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 9 June 2012

Release Tension- Lata Tembakah-


Sejak dua tiga hari ni, fikiran tak berapa stabil sikit dan kepala pun asyik pening je. Entahlah, rasa macam-macam bila fikirkan perkara yang tak pernah sudah. Masalah memang normal lah dalam kehidupan ini kan. Kalau takde masalah takdelah cabarannya kan. Setiap masalah yang datang itulah yang kekadang boleh mematangkan kita. Bagaimana kita nak hadapi sesuatu situasi dan rasa tekanan tu daripada menganggu kita dan hidup orang lain. Bila ada masalah....... tak elok ye lepaskan rasa tertekan tu pada orang lain. No! No!

So, hari ni pergi mencari ketenangan lah sikit dengan beriadah. Kali ni kami ke Lata Tembakah pulak. Semestinya kami ni memang suka mandi atau berkelah di air terjun atau sungai. Rasa nyaman dan segar bila dapat relax kat tempat-tempat macam ni. Untungnya kami sebab tak jauh manalah nak ke sini dari rumah. Jangan jeaolus yer tengok kami mandi manda. Siapa nak datang sini silalah melawat Terengganu. Macam-macam ada. :)
Kami dah sampai..........
 Chalet pun ada kat sini bagi mereka yang nak bermalam. Harga pun berbaloilah.
Air terjun kat sini ada 5 tingkat tau. Kami hanya naik tingkat bawah sekali jelah sebab Adam kecik lagi kan. Kalau nak lagi best mendakilah sampai tingkat 5, orang cakap view kat situ sangatlah cantik.
-Kami bertiga yang mahu bersuka ria-
 -Peace untuk semua aunty2 dan uncle2 yang sudi singgah sini baca kisah saya-
 -Ini air terjun kecik jer.. Yang lagi cantik tingkat lain-
 -Adam yang seronok dan memang tak sabar nak main air-
 -Aku yang ringan ni senang je ditolak arus tu.hahak.-
 Adam tengok apa tu? Ibu nyer pulak yang over tau. :)
 Sangat seronok Abah Adam dapat mandi kat situ. Jealous aku.
-Adam nak tengok ikan. Ikan banyak sangat kat sini sampaikan bila datang 2, 3 ekor kat kaki, dia pun lari naik atas batu-
 -Aku yang tengah mood suka-suki-
Nota : Lata Tembakah terletak di Daerah Besut, Hulu Terengganu. Jarak untuk ke sini ialah 24 km dari Bandar Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala Terengganu. Lata Tembakah mempunyai lima tingkat air terjun. Terdapat banyak kolam-kolam takungan untuk bermandi manda. Kemudahan chalet, surau, tandas dan  tapak perkhemahan juga disediakan di sini untuk sebarang aktiviti perkhemahan mahupun motivasi. Tiada caj dikenakan untuk mandi di sini.

7 Komen Cerita Hati:

~~zana@pb~~ said...

Amboi Ayue...seronok tu boleh tapi jaga2 anak bujang tu. Kekadang tempat tak bahaya pun boleh jadi bahaya kalau terjatuh tau. Kakpb belum pernah sampai sini, dengar cerita je. Anak bujang akak tu penakut kalau mandi tempat begini. Takut katak la, ulat la...mcm ibu dia..hehe

inazamri said...

syoknye dia gi mandi manda.

Ayuni said...

hm, x pnh gi tp sekayu pernahlh...

Chic Na said...

peace adam V..
bestnya mandi air terjun.
penah g sini tp dulu la dh lama. ms lawatan skolah rendah. mmg best. :)

P#eoniX said...

huih!!!lata tembakah??lata kijang taulah...hakhakhak....mahal x chelet kat situ??tapi,seriusly tempat neh cantek...macam kat sungai congkak pon hade!!!...heheheh....

rieda_ffya said...

wah...bestnye pi lata tembakah..dulu ms sek..selalu pegi sini...tp skrg da xpegi..jauh..

IntaNBerliaN said...

syoknya... dh lama sy s g mndi tmpt camni :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute