Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 14 April 2013

Andainya anak-anak.......


Andainya anak-anak..

Andainya anak-anak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.

Andainya anak-anak hidup dalam permusuhan, 
mereka akan belajar melawan.

Andainya anak-anak hidup dalam perolokan, 
mereka akan belajar menjadi pemalu.

Andainya anak-anak hidup dalam keaiban,
mereka akan belajar merasa bersalah.

Andainya anak-anak hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar bersabar.

Andainya anak-anak hidup dalam galakan,
mereka akan belajar tentang keyakinan diri.

Andainya anak-anak hidup dalam kepujian,
mereka akan belajar untuk menghargai.

Andainya anak-anak hidup dalam saksama,
mereka akan belajar tentang keadilan.

Andainya anak-anak hidup dalam keselamatan,
mereka akan belajar untuk mempercayai.

Andainya anak-anak hidup dalam keizinan,
mereka akan belajar mengasihi diri mereka.

Andainya anak-anak hidup dalam penerimaan dan persahabatan,
mereka akan belajar mencari perpaduan dan kedamaian di dunia.
Sumber : Fb (kelab Ibu hebat,anak ceria)

5 Komen Cerita Hati:

Riedaffya ibrahim said...

suka baca entri ni ayu..

Puan Kutu said...

sbb tu penting kita sbg ibu bapa kena beri persekitaran yg positif utk anak2 membesar.

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

Stuju..ibu bapa memainkn peranan penting utk anak2..

izan mama mia said...

andai...tapi kita mmg harapkan yg terbaik untuk anak2 kita mg persekitarannya buat mereka lebih positif

Masya said...

anak² ni mmg kene bg pendedahan yg terbaik buat mereka ... barulah mereka akan positif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute