Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 16 April 2013

~Malam 123~


Adam yang tak boleh tengok ada tool belajar yang baru, mesti nak dibuatnya hari tu jugak. Parah sungguh dibuatnya bila satu malam semua dia nak buat.. 
Number puzzle ni saya download kat SINI, kemudian saya printout dan tampal di atas kepingan kotak.. Gunting dan jadilah puzzle..
Adam sangat excited dapat main math games ni. 
Hasil puzzle Adam buat untuk nombor 1-10. Cantik kan? Saya pun teruja tengok, apatah lagi Adam. Itu yang bila jumpa website yang banyak berkongsi free download teaching tool untuk ajar anak-anak kat rumah ni, saya jadi semakin semangat nak homeschoolkan Adam. (^_^)
Kali ni lebihkan sikit nombornya, dah mula kenalkan dia dengan nombor 20-30 pulak. 
Yang ni pun saya dapat dari situ jugak. 
Adam belajar mengira dalam english pulak. One to Ten. Yang tak tahannya time ni dia mengeja perkataan tu gaya BM. Sudahnya sebut bunyi lain macam pulak jadinya. Hehe... Bila terangkan kat dia cara sebut english baru dia faham. Itulah Adam yang suka sangat mengeja perkataan sekarang ni. 

Alhamdulillah...... bila banyak saya buat aktiviti belajar dengan adam, saya lihat semakin baik perkembangan dia. Dah semakin boleh mengenal nombor dan huruf dengan baik termasuklah Iqra'. Kat tadika dia mengaji Iqra' setiap pagi tapi kat rumah saya ajar dulu mukasurat yang dia akan baca esoknya tu dengan ustazah dia. Seronok bila tiap hari dia balik tadika, dia akan tunjuk yang dia dah alih Iqra' tu ke mukasurat baru. Proses nak membaca pun dah semakin baik walaupun dia suka mengeja-eja yang menjadikan lambat sikit nak habis baca ayat tapi ok lah dengan umur dia tu. Biar lambat asal dia cuba untuk membaca kan. Mungkinlah saya ni bertuah sikit ada lebih masa sebab tak berkerja tapi saya hanya habiskan masa untuk sesi aktiviti belajar Adam pada waktu malam aje sebenarnya tau. Itu pun kalau mood tengah OK.. Hihik.. Yelah nak mengajar anak ni kena tengok mood jugak, kalau stress janganlah duk sibuk nak mengajar sebab nanti anak yang stress sama bila ibu dia jadi singa asyik hot jer.. (^_^)

p/s : Suka diingatkan yang saya bukan nak menunjuk-nunjuk yer tentang anak saya tapi saya suka berkongsi aktiviti-aktiviti saya dan anak-anak dengan sahabat-sahabat semua. Sekadar berkongsi idea dalam mendidik dan mengajar anak-anak kerana saya pun seorang ibu yang juga inginkan anak-anak membesar dengan baik dan berjaya dalam hidup mereka. InshaaAllah..

4 Komen Cerita Hati:

Riedaffya ibrahim said...

Rajin ayu buat utk adam kan...sy nk print tu pon blom ade ms...tp blh le share lmn web tu nnt kn...utk ajar anak sy plak

Chic Na said...

ibunya excited, adam lagi la excited. hehe..

LYAfrina said...

alhamdulillah.. suka tgk progress adam..lg suka sbb dia pon cam enjoy je kan.. jd minat tu dtg dgn sndiri.. lya nk d'load gak la aplikasi tu.. nk cuba buat camni..

Masya said...

suka tgk dan baca perkembangan adam ni semakin bijak...

ayu rasa pangang kat owen boleh jer.. x pun ayu cubalah balut ayam tu dhn aluminium foil sebelum masuk owen nnt owen x kotor...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute