Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 2 February 2013

Tunaikan Permintaan Dia ~Sekut Dahlia~


Dua hari lepas.... mood nak panaskan oven yang sekian lama tak dipanaskan tu datang. Hihik.. Memang dah lama tak pakai oven tu lepas je ramadhan yang lalu kan. Ajaklah si kecik adam tu sama tolong ibu dia ni. Plan asalnya saya nak buat muffin tapi adam pulak pandai-pandai buat request nak kuih raya bunga. Itulah yang dia panggil untuk biskut dahlia ni. Maka terhasillah 'sekut dahlia' dari kerajinan dua beranak ni. Saya suka ajak sama adam tolong saya sebab itu yang boleh buat dia rasa saya sangat hargai dia. Seronok bila sama-sama buat aktiviti di dapur. Saya mintak dia tolong tuangkan tepung dan masukkan bahan-bahan je. Walaupun dia anak lelaki, saya rasa tidak ada salahnya kalau ajak sama join buat biskut ni. Mana tahu bila dia besar nanti dia akan ingat moment di dapur menolong ibu dia kan. :)

 "Meh adam tolong letak ceri"
Ni dia mintak balang kuih raya tu dan tolong isi. Katanya,"nak letak dalam ni macam hari raya". Hahaha.. Raya apa adam? Raya cina je yang terdekat.. Biskut ni memang kegemaran kami sekeluarga. Mak buyung ni pun sebenarnya memang nak makan biskut ni jugak. Itu yang layankan ajelah membuatnya. Hihik.. :)

Friday 1 February 2013

~Ragam seorang budak yang bakal jadi 'abang adam'~


Adam selalu sangat nak berkepit dengan saya. Mandi pun harus saya yang mandikan. Waktu dia belajar pun harus saya jugak yang temankan. Main game PS2 tu pun harus saya jugak main sama-sama dengan dia. Boleh dikatakan semuanya nak saya jer... Makan nasi pun tiba-tiba menggatal nak bersuap je kerjanya. Semakin dekat dia nak jadi 'abang adam' semakin mengada-ngada lak dia. Yang saya hairan tu, dia anti sangat dengan abah dia. Tak nak dekat-dekat dengan abah dia dan dia kata tak nak kawan dengan abah, nak kawan dengan ibu je. Amboih, mengada kan.. Kesian abah dia terpaksa ler bersabar dengan karenah adam sejak akhir-akhir ni. Ada ketikanya sweet jugak rasa bila dia mengada camtu tapi kadang-kadang tu rimas jugak. Hihik.. Mahu tidaknya kan, asyik nak bermanja je dengan saya dan dia dah jadi macam 'baby' la pulak. Nak kan perhatian lebih sebabnya mungkinlah dia takut saya dah kurang sayang dia bila ada adik nanti. Haruslah saya explain kat dia nanti yang kasihsayang kami tetap sama untuk dia walaupun dia bakal jadi abang tak lama lagi. 

Apa yang saya geram sangat tu, dia jadi makin kuat merajuk. Kalau merajuk, sikit-sikit menyorok tepi kerusi, bawah kerusi, dalam bilik lah.. Hahaha.. Tapi bila pujuk, kejap je OK lah dia. Mengada betul kan!! Layankan ajelah... kerana itulah situasi yang harus saya hadapi. Perasaan saya pula berdebar-debar jugak...... Macamanalah penerimaan adam nanti dan ragamnya selepas tu. Lagi berdebar nak berdepan situasi 'sakit yang dirindui tu'. 
~Gaya budak bakal jadi abang merajuk, frust menonggeng kah?? Hahaha~

Nota : Mental dan emosi terpaksa kuat di saat-saat berhadapan pelbagai ragam putera tersayang ni dengan keadaan diri yang juga harus dijaga sama. Sabor jelah!!!

Thursday 31 January 2013

~Suprise Untuk Dia~


Hari ni..... 31/01/13. Sudah sebulan anak ibu bersekolah.
Alhamdulillah berjaya jua anak ibu ke sekolah dan dalam masa sebulan ni hanya ponteng sehari je. Syabas anak ibu!! Walaupun ibu terpaksa berdepan pelbagai emosi nak memujuk kamu setiap pagi tapi ibu bangga dengan kamu sayang. 

Semalam.......... 30/01/13 : Ibu terpaksa gunakan teknik memujuk yang boleh dikatakan giler jugak lah. Haha. Tapi berhasil rupanya. Adam lari balik panjat naik tangga blok sebab tak nak ke sekolah. Takpe... Ibu sabar lagi. Ibu diam sekejap dan mencari idea camne nak pujuk adam. Alasan adam sebab penat... Ok.. Ibu terpaksa berkeras sikit. Ibu kunci pintu bilik dan diam je dalam bilik sambil tu adam kat luar. Adam menangis mencari ibu hinggakan turun tangga blok dan berlari terus ke tadika sambil kata berkali-kali, "Ibu, adam nak gi sekolah, adam nak gi.. Ibu mana?" Melihatkan adam dah berada depan tadika yang masih tercari-cari ibu, berkejaranlah pulak ibu turun tangga dapatkan Adam. Ibu peluk dan pujuk adam, kemudian baru ibu hantar ke tadika. Hari yang mencabar buat ibu.. tapi berjaya jugak memujuk adam. Ibu harap Adam faham tujuan ibu.

Hari ni......... Buat pertama kalinya ibu tengok Adam relax je masa ibu nak hantar ke tadika. Walaupun lambat sikit tapi adam tak banyak ragam mahupun menangis. (Tak kisahlah hantarkan dia lambat pun sebab dia baru je 4 tahun kan. Hihik..) Waktu nak ambil Adam dari sekolah, ibu tengok Adam happy je dengan kawan-kawan dan duk intai-intai kat tingkap dengan muka happy bersama kawan-kawan kat sebelah. Ini menunjukkan adam sebenarnya ada je kawan kat sekolah kan. Ibu harap hari-hari persekolahan seterusnya yang akan datang ni, adam akan OK ye pagi-pagi nak gerak ke tadika tu. 

Sempena adam dah berjaya harungi sebulan persekolahan, Ibu dan Abah belanja kek untuk Adam. Balik je sekolah, terkejut dia dan muka happy je bila ibu bagi kek ngan ada lilin sekali. Hihik.. (salah satu cara nak bagi dia semangat). Ibu katakan kat adam yang kek ni sempena adam berjaya pergi sekolah dah sebulan dan lepas ni tak mahu meragam lagi. 
Harapannya begitulah... :)
 Seronok sangat dapat tiup lilin.. 
~Kek untuk anak Ibu~
We LOVE you so much Adam Akmal. Semoga kamu menjadi anak yang baik dan hanya yang terbaik untukmu akan cuba kami usahakan. 

Nota : Mendidik anak itu sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga ku mampu menjadi ibu yang terbaik untuknya. InsyaAllah...

~Belajar ikut titik nombor~


Anak ibu sudah pandai menghafal ABC dan 123.. Syukur Alhamdulillah dengan perkembangan anak ibu ni. Seronok ibu tau. Semalam belajar ikut garisan gambar dot dot dengan kiraan 123.
 Wah! Dengan gaya yang terbaik tu menulis.. Mulutnya bising duk pot pet pot pet mengira.  :)
Fokus.. Fokus.. :)

Semoga kamu membesar menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.. Amin.

Tuesday 29 January 2013

Hasil Kerja Dia- Januari

Terima kasih kepada sahabat maya di sini yang sudi berkongsi pelbagai pendapat dan tips-tips untuk saya kuatkan semangat bagi menggalakkan putera kesayangan saya ke sekolah tadika. Walaupun saya agak stress terpaksa memujuk dia setiap pagi tetapi itulah yang harus saya lakukan demi dia anakanda tersayang. Siapa yang tak risau kalau anaknya masih belum berdikari sepenuhnya bila berada di tadika. Saya kat rumah memang duk pikir dia je sebabnya memang adam manja dengan saya dan belum pernah saya tinggalkan dia dengan orang luar. Malahan tak pernah berjauhan langsung dengan saya. Inilah salah satu faktor kuat yang membuatkan dia berat hati nak gerak ke sekolah setiap pagi walaupun sebenarnya bila saya tanyakan dia samada dia seronok atau tak sekolah hari ni.. Pasti dia akan jawab "seronok". Lagi pula dia bakal jadi seorang abang tidak lama lagi pun mungkin menjadi sebab dia begitu. Mungkin dia rasa saya tinggalkan dia di tadika tu sebab malas melayan karenah dia kan. Cabaran besar buat saya ni tau... Setakat ni saya masih menggunakan kaedah berlembut lagi kerana tidak mahu buat dia rasa terpaksa.
 Inilah hasil kerja sekolah adam sepanjang Januari ni yang dia bawak balik rumah. Selebihnya dia buat dengan buku aktiviti kat sekolah.
Pergi sekolah dia selalu buat muka macam terpaksa je tapi balik dari sekolah senyum ceria jer... Yang kat tangan tu upah dia lah lepas habis sekolah. :)

Drama yang masih belum sudah...............

Pejam celik pejam celik, dah hampir sebulan rupanya anak ibu bersekolah di tadika. Tetapi ragam anakanda ibu masih jua begitu. Ini yang buat ibu terfikir............. adakah terlalu awal ibu hantar kamu ke sekolah? Apakah keputusan ibu itu membuatkan kamu dalam keadaan terpaksa untuk ke tadika? Adakah anakanda ibu ni seronok bersekolah? Adoiii.. inilah yang buat ibu tak tenteram duhai sayangku Adam.

Minggu pertama : Anak ibu tenang je di sekolah, bangun pagi dengan penuh ceria setiap hari dan mudah je nak menghantar walau pada minggu itu ramai kanak-kanak lain yang sebaya anak ibu menangis. Tapi anak ibu OK je lagi minggu ni.

Minggu kedua : Pun masih OK jugak dan takde timbul masalah pun nak hantarkan adam waktu pagi. Ceria seperti minggu sebelumnya. Tetapi last day minggu kedua iaitu hari khamis, adam pulang dengan pipi yang tercalar kiri dan kanan. Kata adam,"Kawan cucuk dengan pensel".

Minggu ketiga : Hari pertama minggu ketiga, adam sudah mula buat perangai meragam tak mahu ke tadika. Awal pagi tu macam-macamlah terpaksa ibu guna teknik memujuk. Berkesan jugaklah dan sampai ke tadika, harus ada cikgu yang adam suka je sambut barulah nak masuk kelas. Ibu masih boleh bersabar dan menahan segala emosi dengan ragam kamu setiap pagi tu.

Minggu keempat : Iaitu minggu ini pun tetap sama.................... meragam lagi. Dan sekarang selalu je lewat hantar, dalam pukul 9 pagi barulah masuk kelas. Itu pun perlukan jugak bantuan abah untuk turut hantar sama adam ke tadika. Tapi minggu ni time rehat untuk makan, adam buat perangai tak nak makan pulak dah cikgu beritahu ibu.

Ibu pernah intai dari jauh sebab dari blok rumah kan nampak jugaklah tadika tu. Dari jauh......... hati ibu terasa sayu je bila terlihat anakanda ibu duk jauh dari orang dan tak nak makan. Adam duk main-main kat tepi tangga tanpa hiraukan kawan-kawan sebaya lain yang sibuk nak ambil makanan. Mulalah ibu terasa dan tertanya-tanya apakah anak ibu ni tak seronok? atau adakah anak ibu ni belum bersedia nak hadapi situasi bersekolah? Ibu hanya inginkan yang terbaik untuk anak ibu. Apakah ibu harus memberi kamu sedikit masa lagi untuk suaikan diri dengan dunia barumu itu?  Ya Allah.. sesungguhnya hamba-MU ini terlalu buntu.

  Andainya dia tak seronok bersekolah, kenapa dia boleh ceria je waktu saya ambil dia balik dan boleh ingat apa yang cikgu dia ajarkan. Bacaan Iqra' pun beralih je mukasuratnya tiap hari. Lagu negaraku dan ABC pun dah boleh nyanyi dengan baik. Dramanya pasti di waktu pagi sebelum ke sekolah dan setiap hari saya terpaksa kuatkan mental, emosi dan fizikal segala bagai ni nak memujuk dia. Pelbagai teknik jugak saya gunakan, walaupun lambat dia pergi tadika tapi sekurang-kurangnya saya berjaya pujuk dia. Cuma yang saya terfikir, apakah saya terlalu awal hantar dia ke sekolah dengan usianya yang baru 4 tahun? dan adakah dia seronok di sekolah? Yang itu saya kurang pasti kerana saya tidak pula intip dia bagaimana dia tika dalam kelas. Perlukah saya bersabar lagi dan terus berusaha membantu dia untuk suka ke sekolah atau harus saya stopkan je dia dulu dan tunggu hingga tahun depan sebab pada masa tu umur dia sudah 5 tahun yang mungkin dia lebih bersedia? Saya pun hampir buntu sudah.............. 

Nota : Coretan hati ikhlas dari ibu adam untuk tatapan adam di masa depan agar dia tahu yang ibunya hanya inginkan yang terbaik untuknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute