Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 29 January 2013

Hasil Kerja Dia- Januari

Terima kasih kepada sahabat maya di sini yang sudi berkongsi pelbagai pendapat dan tips-tips untuk saya kuatkan semangat bagi menggalakkan putera kesayangan saya ke sekolah tadika. Walaupun saya agak stress terpaksa memujuk dia setiap pagi tetapi itulah yang harus saya lakukan demi dia anakanda tersayang. Siapa yang tak risau kalau anaknya masih belum berdikari sepenuhnya bila berada di tadika. Saya kat rumah memang duk pikir dia je sebabnya memang adam manja dengan saya dan belum pernah saya tinggalkan dia dengan orang luar. Malahan tak pernah berjauhan langsung dengan saya. Inilah salah satu faktor kuat yang membuatkan dia berat hati nak gerak ke sekolah setiap pagi walaupun sebenarnya bila saya tanyakan dia samada dia seronok atau tak sekolah hari ni.. Pasti dia akan jawab "seronok". Lagi pula dia bakal jadi seorang abang tidak lama lagi pun mungkin menjadi sebab dia begitu. Mungkin dia rasa saya tinggalkan dia di tadika tu sebab malas melayan karenah dia kan. Cabaran besar buat saya ni tau... Setakat ni saya masih menggunakan kaedah berlembut lagi kerana tidak mahu buat dia rasa terpaksa.
 Inilah hasil kerja sekolah adam sepanjang Januari ni yang dia bawak balik rumah. Selebihnya dia buat dengan buku aktiviti kat sekolah.
Pergi sekolah dia selalu buat muka macam terpaksa je tapi balik dari sekolah senyum ceria jer... Yang kat tangan tu upah dia lah lepas habis sekolah. :)

4 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

pandai adam kaler2.. suka la balik sekolah boleh jumpa ibu. ;)

♥ ROS ♥ said...

dah pandai dia.. :)

P#eoniX said...

hehehehe...comel jer pakai baju tadika tuh...saber yer....hehehehe...

AdaM Hawa said...

hero kecik ni.. makin nampak matang dah sekolah ea.. nak jadi abang dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute