Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 29 January 2013

Drama yang masih belum sudah...............

Pejam celik pejam celik, dah hampir sebulan rupanya anak ibu bersekolah di tadika. Tetapi ragam anakanda ibu masih jua begitu. Ini yang buat ibu terfikir............. adakah terlalu awal ibu hantar kamu ke sekolah? Apakah keputusan ibu itu membuatkan kamu dalam keadaan terpaksa untuk ke tadika? Adakah anakanda ibu ni seronok bersekolah? Adoiii.. inilah yang buat ibu tak tenteram duhai sayangku Adam.

Minggu pertama : Anak ibu tenang je di sekolah, bangun pagi dengan penuh ceria setiap hari dan mudah je nak menghantar walau pada minggu itu ramai kanak-kanak lain yang sebaya anak ibu menangis. Tapi anak ibu OK je lagi minggu ni.

Minggu kedua : Pun masih OK jugak dan takde timbul masalah pun nak hantarkan adam waktu pagi. Ceria seperti minggu sebelumnya. Tetapi last day minggu kedua iaitu hari khamis, adam pulang dengan pipi yang tercalar kiri dan kanan. Kata adam,"Kawan cucuk dengan pensel".

Minggu ketiga : Hari pertama minggu ketiga, adam sudah mula buat perangai meragam tak mahu ke tadika. Awal pagi tu macam-macamlah terpaksa ibu guna teknik memujuk. Berkesan jugaklah dan sampai ke tadika, harus ada cikgu yang adam suka je sambut barulah nak masuk kelas. Ibu masih boleh bersabar dan menahan segala emosi dengan ragam kamu setiap pagi tu.

Minggu keempat : Iaitu minggu ini pun tetap sama.................... meragam lagi. Dan sekarang selalu je lewat hantar, dalam pukul 9 pagi barulah masuk kelas. Itu pun perlukan jugak bantuan abah untuk turut hantar sama adam ke tadika. Tapi minggu ni time rehat untuk makan, adam buat perangai tak nak makan pulak dah cikgu beritahu ibu.

Ibu pernah intai dari jauh sebab dari blok rumah kan nampak jugaklah tadika tu. Dari jauh......... hati ibu terasa sayu je bila terlihat anakanda ibu duk jauh dari orang dan tak nak makan. Adam duk main-main kat tepi tangga tanpa hiraukan kawan-kawan sebaya lain yang sibuk nak ambil makanan. Mulalah ibu terasa dan tertanya-tanya apakah anak ibu ni tak seronok? atau adakah anak ibu ni belum bersedia nak hadapi situasi bersekolah? Ibu hanya inginkan yang terbaik untuk anak ibu. Apakah ibu harus memberi kamu sedikit masa lagi untuk suaikan diri dengan dunia barumu itu?  Ya Allah.. sesungguhnya hamba-MU ini terlalu buntu.

  Andainya dia tak seronok bersekolah, kenapa dia boleh ceria je waktu saya ambil dia balik dan boleh ingat apa yang cikgu dia ajarkan. Bacaan Iqra' pun beralih je mukasuratnya tiap hari. Lagu negaraku dan ABC pun dah boleh nyanyi dengan baik. Dramanya pasti di waktu pagi sebelum ke sekolah dan setiap hari saya terpaksa kuatkan mental, emosi dan fizikal segala bagai ni nak memujuk dia. Pelbagai teknik jugak saya gunakan, walaupun lambat dia pergi tadika tapi sekurang-kurangnya saya berjaya pujuk dia. Cuma yang saya terfikir, apakah saya terlalu awal hantar dia ke sekolah dengan usianya yang baru 4 tahun? dan adakah dia seronok di sekolah? Yang itu saya kurang pasti kerana saya tidak pula intip dia bagaimana dia tika dalam kelas. Perlukah saya bersabar lagi dan terus berusaha membantu dia untuk suka ke sekolah atau harus saya stopkan je dia dulu dan tunggu hingga tahun depan sebab pada masa tu umur dia sudah 5 tahun yang mungkin dia lebih bersedia? Saya pun hampir buntu sudah.............. 

Nota : Coretan hati ikhlas dari ibu adam untuk tatapan adam di masa depan agar dia tahu yang ibunya hanya inginkan yang terbaik untuknya.

3 Komen Cerita Hati:

AdaM Hawa said...

kadang tu.. terikut2 orang.. cam adik sy dulu cam tu la.. mula2 sekolah elok je.. bile ada yg meragam.. dia pun terikut.. huhuhu

Masya said...

dah tanya cikgu dia x?? apa masalhnya... dugaan awak kot.. adam nak jadi anak cemerlang ni.... tp kalau anak meragam nak ke sekolah mmg risaukan..

Chic Na said...

maybe adam dah biasa selalu dengan ibu kat rumah tu sebab dia rasa lain bila ibu takde. kesian pulak kat dia. hope adam cepat2 dpt biasakan diri kat sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute