Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 20 August 2015

Aktiviti anak 2 tahun dengan pipe cleaner (fur sticks)

Aktiviti anak 2-3 tahun ni kan pelbagai cara kita boleh buat tanpa perlu berbelanja besar. Sebelum ni ada saya kongsikan cara mudah untuk aktiviti anak Di sini dengan hanya menggunakan bahan yang murah je. Kali ini saya buatkan diy mainan dhia dengan hanya guna pipe cleaner. Murah je saya beli benda alah tu kat Mr. Diy.
1) Pipe cleaner dan tisu roll
 Ini mainan cukup mudah. Roll tu roll dari foil. Dhia masukkan pipe cleaner tu ikut roll tu je. Jimat kan? :)
sambil bermain sambil melatih kemahiran motor halusnya.

2) pipe cleaner dalam bekas
 dua bahan sahaja digunakan. Pipe cleaner dan bekas yang taknak pakai dah. Kalau nak lagi cantik, boleh guna bekas jam dan tebuk bulat kecil atas penutupnya. Saya guna bekas plastik nata de coco. Tebuk atas tu dengan dawai dipanaskan je..
 dhia berusaha memasukkan pipe ty ke dalam bekas.. sekuatnya melatih jari tu bergerak.. :)

3) pipe cleaner dan bakul
 sepatutnya guna bakul sayur yang besar tu lagi elok. Ini saya guna bakul kecil mainan masak masak dhia. :)
Diy mainan anak yang sangat mudah dan jimat. Anak seronok, ibu pun seronok. 

1 Komen Cerita Hati:

raisingmystars said...

Salam Puan, nak tanya.. puan suri rumah sepenuh masa ke? saya tengok banyak aktiviti n idea yg bagus untuk homeschooling anak anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute