Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 11 May 2012

-Rainbow Cake-


Beberapa hari lagi hari ibu, 13 Mei iaitu Ahad nanti kan. Jadi aku buatkan Rainbow cake untuk diri sendiri. Hahaha. Tapi kan ingatnya nak tunggu lah hari Ahad baru potong tapi si Adam dah tak sabar nak makan. Terpaksalah potong awal. Boleh erk camtu? Belasah jelah kan. Siapa suruh buat awal sangat. Sebenarnya aku ni kalau mood rajin dan mood tengah elok nak membaking better buat je. Kalau mood tengah panas, mahu kek tu penyek jadinya. Hahak. :)

Resepi ni aku ambil dari fanpage DAPUR KAKZU. Thanks Kakzu share resepi ni. Mula-mula buat agak mencabar jugaklah. Kena tunggu bakar satu persatu layer. Tapi aku ni memang suka kalau kek yang main dengan colour ni. Haha.. Ini pun baru je try buat. Bestnye kalau dapat bagi mak rasa kek ni. Tapi hari ibu, ku tak balik kampung. Mungkin nanti birthday mak, aku nak buatkan sendiri kek kat dia. Harap time tu boleh balik lah. Kena bodek abah adam lebih sikitlah nanti.. :)

-Sebelum dipotong, comot gak deco aku ni-
 Selepas dipotong, Memang rainbow. :)


Ini Budak yang tak sabar suruh potong. Keranamu terpotonglah kek itu walau bukan pada waktu sepatutnya. Hahaha. :)

Nota : Resepi boleh tengok kat fanpage DApur Kakzu atau kat blog Kakzu SINI yeR. Tapi untuk krim tu.. Ku pakai resepi 250gm creamwell + 100gm Butter + 1/2 cawan Icing sugar diayak. Beat sampai kembang dan putih gebu. Tapi ku buat 2 kali adunan cream tu. :)


-Miss My Mum so much- 
"Ibu......... Ibu....... Engkaulah Ratu hatiku.
Bila ku berduka, kau hiburkan selalu.
Ibu....... Ibu.... Engkaulah Ratu Hatiku".
Mak, ku sanjung tinggi segala pengorbananmu,
Ku hargai segala penat lelahmu dalam mendewasakanku.
Kasih sayangmu tiada bandingannya.
LOVE YOU SO MUCH MAK!!!
Ampunkan segala salah silap anakmu ini. 
Semoga mak sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan-NYA. Amin..

8 Komen Cerita Hati:

Saya Disini said...

wah..cntiknye...menarik la..mesti sedap ni

Chic Na said...

yummy nya kek rainbow tu. pandai la ayu buat & deco. kek rainbow ni mmg tggi ek? mesti susah nak buat kan. :)

P#eoniX said...

wah!!!canteknye n pandai buat kek ghupenye....n'way penggunaan 'aku' nampak cam lebih mesra....makin bagus dalam penulisan...hehehheh...

Chic Na said...

ops.. muka adam ni skali tgk mcm anak buah sy jek. rindu kat dia. :)

cheqna said...

ya allah...rajinnya..
cheqna??mmg malas hehehe

AdaM Hawa said...

kek ni telah menggoda saya.. tapi mood sy buat kek.. dah terbang dek angin.. nak cikit!!

CtAyue said...

kek ni mmg jd tinggi sbb byk layer..kalau nk lg sedap pakai creamcheese frosting utk deco. :)

Unknown said...

wahhh..menarik kek tuu..berlapis-lapis..mesti sedap..
husna plak rimas sikit buat kek nie..x minat..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute