Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 14 October 2014

Homeschooling : Aktiviti mudah untuk anak setahun ke atas

 
Salam sayang my blog dan my follower.. I'm Back.. Lama saya bertapa, kesibukan apakah melanda? Tak delah sibuk sangat pun tapi kadang kena kacau kalau nak duk depan laptop lama-lama. cerita saya banyak update kat fesbuk jelah yang mana friend fesbuk saya mesti tahulah kan. Hihi..
Ok, tutup cerita tu, saya akan cerita dan kongsi aktiviti homescholing saya dengan adam dan dhia.. 

First entri ni homescholing Dhia.. Dhia dah pun setahun setengah.. kejap je dah besar kan.. banyak akal my anak solehah ni. Alhamdulillah.. ikut cam abangnya juga sukakan aktiviti belajar.

Untuk umur Dhia, saya banyak gugel lah apa aktiviti menarik yang mudah untuk dia.. Banyak jugak idea saya dapat yang di kongsi oleh ibu-ibu yang homescholing anak-anak mereka. Terima kasih untuk perkongsian itu.. 

Aktiviti pertama : mari bermain suai padan penutup bekas

 Nampak tak bahan apa tu? cukup mudah kan dan murah. Bahan kat dapur kita tu pun boleh dijadikan bahan bantuan ajar anak tau. Tu diaa... lambakan tupperware murah saya bagi Dhia main..tupperware camni je banyak kat rumah saya.. hihi..
 aktiviti ini bagus untuk merangsang perkembangan otak anak, melatih gerak jari jemari atau lebih dikenali sebagai salah satu aktiviti fine motor skill ler kan. Bukak tutup dan padankan penutup dengan bekas yang sepatutnya.. haaa kan mencabar sikit anak tu.. Jimat pun jimat.. :)


Aktiviti Kedua : Mari bermain sticker

 Pun bahan yang jimat... saya beli kat kedai buku, Bagi Dhia sekeping sticker ni dan kertas A4 sekeping. nampak muka Dhia tu yang sungguh seronok main bukak tampal..
 Tak cukup kertas.. meja ditampalnya.. Dia buat sendiri tau ni.. abangnya kat belakang tu ajar jer tapi duk geram nak buat jugak.. :)
 Kat depan tivi pun dia nak buat jugak.. Selagi dia suka, layankan ajer.. Ini pun bagus untuk melatih pergerakan jari jemari anak tu. 


Aktiviti ketiga : Mari masukkan kertas ke dalam botol
 Entah apa-apa nama aktiviti saya letak.. ghasak jelah asalkan motifnya sama.. melatih fine motor skill anak. Bahannya pun mudah jer.... cebisan kertas + botol kosong air mineral.


Aktiviti keempat : Transfer activity

 bahannya pun senang je. Saya guna jelly + penyepit + muffin tray
Dhia agak kekok nak pegang penyepit tu. Biasalah kali pertama diberi kebebasan main penyepit kuih ibu kan.. :)

Aktiviti kelima : Susun dan atur

 Pun saya menggunakan bahan yang memang senang didapati kat rumah dan murah.. gelas plastik ni balance birthday Dhia hari tu. saya guna pakai lah untuk aktiviti ni.. 
Dhia semakin suka buat aktiviti-aktiviti homeschool ni.. Nanti ibu kena fikir dan cari idea lagi lah ye...

JOM CUBA!!!

Sumber rujukan sebagai tambahan idea: mamahomeschool dan Sini

5 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

amboi dah besar dah dhia.lama tak tgok..ayu kena rajin update la,baru boleh serap aura rajin ayu buat aktiviti homeschoolong kt afia.hehe

Masya said...

wahh bestnya ayu ... dhia pun jenis tekun jer main... sambil belajar sambil main...

LYAfrina said...

waa..bagusnya..
untungnya jd suri rumah.blh jd sepenuhnya cikgu utk anak2.. untungnya dhiya.. ada mama y blh mjadi guru terbaik..klo la masa blh diputar..nk apply xtvt ni utk asya jugak

natura said...

Menarik dan bagi idea untuk saya buat aktiviti homeschooling anak saya.
Best kan rasa kita ajar anak kita sendiri.
semua didepan mata kita kan.

nini said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute