Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 31 March 2013

What's in The Box?


Apa tu?
Balik school, adam tengok ada box atas meja ABC dia. Terus dia bukak, ingatkan hadiah ler tu kan.. Haha..
 Rupanya hadiah dari ibu.. Bahan-bahan untuk adam belajar mengira. Suprise jugak kan.. Yang seronoknya adam ucap "Terima kasih" kat saya. (^_^)
 Saya download bahan yang match kan dengan clothes pin tu kat sini dan yang number card dot dot tu pulak kat sini.
 Tengoklah tu, seronoknya Adam belajar mengira dengan games camni. Senyuman yang over lagi tu.
 Tak muat meja, sudahnya main games bottle cap number matching ni kat atas lantai je.

Adam juga saya hantar ke tadika tapi di rumah pun saya akan tetap peruntukan sedikit masa untuk sesi belajar dia. Seronok pulak bila dah banyak buat aktiviti camni bila lihat perkembangan yang positif Adam. Saya masih jugak beri masa untuk adam bermain dan bukanlah setiap masa tu belajar je kerjanya kan. Inshaa Allah... saya akan cuba yang terbaik untuk dia dengan seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Bukan senang kan nak mendidik anak ni, sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga saya sentiasa diberi kekuatan, kesabaran dan kesihatan yang baik untuk memberikan yang terbaik dalam hidupnya. Amin...

Nota : Lately ni kan, asyik mimpi buruk-buruk je. Semalam mimpi adam dan saya lemas. Ya Allah, lindungilah anak-anakku dan jauhilah kami sekeluarga dari mereka yang berniat buruk terhadap kami. Amin.

2 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

sementara ada masa ni bolehla ajar adam.

jangan fikir buruk2 ayu. mimpi je tu.

Unknown said...

mesti seronok adam dapat hadiah tu...

insha Allah..takde apa2 yg buruk akan berlaku,akak doakan semuanya baik2 sahaja ye ayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute