Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 30 April 2015

Persediaan Awal : Belajar jawi dengan set buku Ibu ajarku jawi


Tahun depan, Adam akan masuk darjah 1, dan disebabkan itu Ibu akan cuba berikan sedikit pendedahan awal kepada Adam tentang apa yang bakal dia belajar nanti. InshaAllah...

Setelah Adam dah boleh membaca bm dan bi.. ibu mula ajarkan Adam membaca jawi pula. Untuk bahasa Arab, ibu dah belikan kamus kat dia. Alhamdulillah... kalau ditanya barang-barang dalam bahasa arab disebut apa, dia bolehlah  jawab jugak.  Ibu ni dulu masa sekolah tak ambil subjek bahasa arab, jadi ibu tak berapa pandailah nak ajar bahasa arab tu tapi ibu cuba nanti ye.

Set buku ibu ajarku jawi ni ibu beli kat SMO Book Store dengan harga RM32.90 dan kalau ada member card tu dapatlah 10% diskaun. Ada 7 buah buku semuanya. 
Sangat menarik buku ni.. menggunakan pendekatan fonik jugak susunan dalam buku tu. anak pun mudah faham. 
ini pula bbm untuk adam. ibu diy menggunakan kotak bijirin, straw dan tali. ibu tulis perkataan jawi daripada buku 1, lekatkan straw dan soltape di belakangnya.  nanti ibu suruh adam bentukkan perkataan jawi dengan memasukkan kad yang dipilih pada tali tu. senang dan jimat...

Untuk ini aktiviti padankan perkataan pada gambar. hanya menggunakan kertas A4 dan tulis perkataan, lekatkan dengan straw atau lidi satay pun boleh. kemudian buatkan gambar untuk dipadankan dengan perkataan tersebut. 

kadang-kadang, anak-anak ni akan rasa bosan kalau diajar berpandukan buku je. oleh sebab itulah ibu kena cari cara yang lebih menarik untuk lagi menarik  minat anak untuk belajar. semoga ibu diberi kesihatan yang baik dan semangat yang kuat untuk sentiasa rajin nak homeschooling dengan anak-anak ibu. aamin...

1 Komen Cerita Hati:

Warnawanie said...

Assalamualaikum,

Boleh share brapa lama anak pandai baca jawi berbantukan buku ni tak? Saya sedang mencari buku yang sesuai untuk mengajar anak belajar jawi.

Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute