Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 2 September 2013

~Sambutan Hari Kemerdekaan di Tabika Adam~


"Tanggal 31.. bulan lapan.. lima puluh tujuh..
Hari yang mulia hari bahagia sambut dengan jiwa yang merdeka.."

Itulah lirik lagu merdeka yang adam selalu nyanyi bila kat rumah sebab seminggu praktis kat sekolah dia. Adakalanya tu dia tercampur nyanyi lirik lagu raya di hujung-hujung lagu merdeka tu.. Maklumlah merdeka raya katanya. hihi..

Hari khamis tu bukan main lagi tunjuk surat kat ibu abah. "Ibu abah kena pergi ni.. semua orang pergi.. pukul 8.30 pagi", katanya kan sambil baca surat tu depan ibu abahnya ni.
Tiba je hari sabtu tu pulak... haa awal dia bangun gara-gara semangat nak gi tabika tu. Siap suruh ibu abah cepat bersiap pulak tu. Takmo breakfast dia pagi tu, punyalah semangat nak sambut merdeka kat sekolah.
 Tengah nyanyi lagu-lagu ni. Lagu merdeka dan jalur gemilang. 
Semangat sungguh anak ibu ni.

 Berarak keliling kawasan tabika.. Seronok sangat dia. Berjalan sama ngan cikgu kesayangan dia lak tu. Hihi..
 Merdeka!! Merdeka! Merdeka!!
 Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-56.
Love this pic so much.. 
Dhia pun teruja dan selok sekali tengok bendera Malaysia tau. Saya bagi dia, haa dia usaha genggam sendiri batang bendera tu.. (^_^)
 Bukti yang Abah datang okeh.. Hihi
ibu dan Dhia pun hadir yer abang Adam.

Selamat hari Merdeka!!
Malaysiaku berdaulat.. tanah tumpahnya darahku.

5 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

semangat adam nak sambut merdeka..aiman kt sekolah adakan jamuan raya sekali sambutan merdeka..pakai baju melayu la.tp hari tu ibu kursus,takdpt la nk tgkp gambar dia sebagai kenangan.hehe

Chic Na said...

wahhh semangat merdeka adam ngan dhia ni. hihi..

P#eoniX said...

dhia pon sambut merdeka!!!!hoyeahhhh!!!heheh...

Fais-SKA said...

salam kemerdekaan =) sronok je tgok budak2 kecil ni smbut merdeka..hu3 bersemangat btol

AdaM Hawa said...

semangat abg adam.. bagus2.. hehehe.. adik dhia pun semangat.. kuat genggam bendera ya.. comel la adik dhia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute