Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 19 February 2012

Bangga dengan mereka yg bekerjaya



Setiap orang ada impian, punya cita-cita
Bertuahnya mereka yang habis sahaja pengajian terus dapat kerja
Berbanggalah dengan kerjaya mereka
Tapi aku? Masih begini dan entah sampai bila akan terus begini

Ku bertanya pada diri, adakah ini nasib? Atau kerana aku kurang berusaha?
Entah mengapa... Ku rasa tersepit antara dua pilihan
Aku bukan tidak berusaha tapi mungkin nasib ku kurang baik
Namun, aku tak pernah putus berharap

Aku juga ingin seperti mereka
Namun tanpa redha si dia yang bergelar suami ikhlaskan aku
Terpaksa kiranya ku rasa biarlah begini dahulu seketika
Ku tetap bahagia walau ada tersimpan seribu satu rasa di hati

Aku bangga dengan mereka yang berkerjaya
Bangga kerana mereka mampu memikul dua tanggungjawab sebagai isteri dan wanita bekerjaya
Aku sering berangan bila aku kan dapat merasai itu semua
Mungkin belum masa nya lagi untuk aku
Mungkin juga aku yang kurang berusaha
Mungkin juga aku yang memilih untuk begini
Demi keharmonian keluarga
Dan mungkin satu hari nanti ku pasti dapat juga jadi seperti mereka
Semoga aku lebih kuat dan tabah
Kerana Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap Hamba-hambaNYA
Sesungguhnya, Aku bersyukur untuk apa yang aku ada hari ini. Amin.


Ihsan pokcik google lagik. hehehe.


p/s : Tidak semua apa yg kita impikan itu tercapai. Kita hanya mampu merancang. Usaha selagi terdaya itu perlu.


Dari kotak mindaku

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute