Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 25 October 2013

Pertunangan My Big Brother


201013 yang lepas.... kami telah ke Bangi bagi menyempurnakan niat suci untuk menyatukan dua hati. Walaupun pelbagai ujian terpaksa dilalui dengan keadaan anak-anak yang demam tapi kerana big brother, kami tawakal je bawa anak-anak yang tak berapa sihat hari tu ke sana. Alhamdulillah.. selesai sudah langkah permulaan untuk penyatuan dua hati ini. Semoga majlis seterusnya dipermudahkan segala urusan dan dapat dilaksanakan pada tempoh yang dirancang. Amin..

My big brother ialah abang sulung saya dan sebab itu saya gelarkan big brother. Yang sulung itulah yang lambat kawen dan yang sulung itulah yang selalunya banyak berkorban kerana mendahulukan ibu ayah dan keluarga.

Syukur Alhamdulillah bila yang sulung itu menyatakan hasrat ingin membina masjid dan mahu berumahtangga. Walaupun dah bersiri 3++ tapi syukur kerana masih ada yang sudi menerima diri yang sulung itu seadanya dirinya. Jodoh itu sudah ditetapkan cuma lambat atau cepat sahaja.. Alhamdulillah..bertemu jua my big brother dengan jodohnya pilihan hatinya. Semoga mereka bahagia dan dipermudahkan segala urusan untuk bergelar suami isteri yang sah di majlis seterusnya nanti. Hanya mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua. Tahniah my big bro.... happy for you.




 Mak Bonda dengan bakal menantunya.
Se;amat menjadi tunangan my big brother sudah..

Kek yang menawan mata saya..hihi..
Hantaran kedua belah pihak.. Pink for her dan green for him.
Sedikit sebak melihat gambar ini..entah kenapa saya rasa begitu sebak..sebak bukan sedih tapi sebab gembira bila melihat abang sulung saya akhirnya bertemu bakal penyeri teman sehidup sesusah sesenangnya sehidup sematinya. Semoga segalanya dipermudahkan untuk disatukan secara sah pulak nanti. Amin.

2 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

abg sulung ye,takpe..org lelaki lewat sikit lagi laku..tunangannya comel je..semoga mereka bahagia n dipermudahkan kegerbang hari bahagia nti

Masya said...

mereka berkorban demi adik².. moga jodoh mereka hingga kejinjang pelamin dan berkekalan..

eh² kenapa bakal akak ipar ayu mcm muka murni a.k.a puan kutu kikikiki ... org mana ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute