Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 16 June 2012

Bila dia ber 'imaginasi'.....


Anak yang terlalu taksub dengan watak kartun perlukah dirisaukan?? 
Adam memang suka sangat dengan watak-watak cerita kartun yang ditontonnya sehingga melukis pun mesti nak buat watak-watak tu semua. Sungguh teruja tengok dia sudah pandai imaginasi melukis itu ini.. cuma dia selalu lukis watak kartun lah.. Kadang tu risau jugak sebenarnya tapi bila aku cari beberapa info dan ada baca satu artikel dalam majalah keibubapaan, maka kuranglah sedikit rasa risau aku tu. Lagipun memang budak suka ber 'imaginasi' dengan kartun yang dia minat atau tonton.
Bila aku tengok dan tanya apa ni? Adam kata, "Ini adam lukis Ben 10". Aku perhatikanlah lukisan dia tu dan tengok ada pulak nombor 10 kat baju tu..hahaha.. nak gelak pulak aku.
Dan yang ini pulak dia kata Dragon Ball punye watak kartun. pandai sangat si kecik aku ni ber 'imaginasi'. Emmm.. aku pun tak berapa paham.. hanya dia je paham sebab dia yang lukis.

Lumrah kanak-kanak suka pada kartun malah kita sendiri yang dewasa pun suka jugak kartun kan. Macam aku suka giler tengok shin chan tapi bila dah ada anak tak leh tengok sangat kartun tu..hehehe.. Join Adam tengok kartun one piece dan detective conan pulak. :)

"Sebilangan besar kanak-kanak memang mudah terpengaruh dengan visual yang dihasilkan dalam animasi kartun. Ia bukan sahaja merangsang minda dan imaginasi, bahkan menambah perbendaharaan katanya. Jadi, tidaklah salah sekiranya kanak-kanak menonton kartun di masa terluangnya".
 -dr majalah pa&ma yg aku baca-

Jadi tak perlulah aku terlalu risau sangat bila dia suka lukis kartun dia tu asalkan tahu bahagikan masa untuk dia. Masa baca buku kena baca buku.. masa tengok Tv tengoklah kan. Memang Adam ni banyak belajar perkataan dari Tv. Ada je tiba-tiba ayat yang terkeluar dari mulut dia sampai terkejut jugak aku dibuatnya. Pandai pulak dia susun ayat dia sebelum bercakap. Tengok Tv pun mampu merangsang minda anak asalkan bagi dia tonton rancangan yang betul dan dipantau. Mengongkong sangat pun tidak bagus jugak untuk perkembangan anak tetapi mendispilinkan anak pun sangatlah perlu!! 

Nota : Memang aku kena banyak belajar lagi. Semoga kamu jadi anak yang baik yer dak Adam. Ibu sayang kamu!!!

8 Komen Cerita Hati:

LYAfrina said...

bguslah adam... bolehmelukis dh ikut ilusi dia..

aah.. salah bg ank tgk kartun..ada perkara y dia blh belajar dr situ

P#eoniX said...

hahahah...akuh pon minat kartoon lagik...hehehe...kalau bab pantau tuh kene tanye pada yang pakar...heheheh.....jom tengok teater??

izan mama mia said...

heheh..semua anak2 minat kartun...pandai dh melukis yer...oklah tu perkembangan yg baik..mia asyik lukis bulat2 jer..tu pun dikata lukis keretalah, bungalah..hhuhuhu

Chic Na said...

bagus kot utk perkembangan minda dia. pandai ek adam lukis. lengkap sume anggota badan. br 3 tahun kan ayu?

CtAyue said...

betul tu..cuma kena tgk lah kartun ape kan..kalau kartun cm shin chan tu tk brp sesuai sbb nakal sikit.hehe

CtAyue said...

hehe..org dewasa pun mmg ada yg minat jugak.aku pun sama..hehe..

CtAyue said...

tu r kak. br lengkap dia lukis cukup kaki tangan.hehe.. mia pun nanti lama2 pandailah jugak tu nt.

CtAyue said...

Alhamdulillah.. hehe.. ayu pun terkejut tgk dia lukis cmtu chic na.. ahah, dia baru 3 tahun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute