
Mangga muda atau saya panggil pelam pauh. Lain tempat lain nama panggilannya. Masa kat kampung hari tu, tengok dalam ice box rumah mak banyak sangat buah pelam tu. Terus lah buat sambal belacan. Tapi sambal belacan pelam versi kerabu pulak saya buat. Mana kan tidak nya jadi kerabu, mak saya kata mempelam tu lagi banyak dari sambal. Apepun sedap gak.. Dua hari jugak lah tumbuk sambal versi yang sama.

Resepi : Sambal pauh versi kerabu...
3 biji buah mempelam muda - dipotong halus
1 inci belacan
dua sudu besar gula
1 sudu kecik garam halus
4 biji cili padi merah
* tumbuk cili, garam, belacan & gula hingga hancur sedikit.
* masuk kan pelam dan tumbuk sekejap jer.
* siap untuk dimakan dengan nasi panas tambah pulak berlaukkan singgang. Memang ngam...
Resepi ni main campak-campak dan agak2 je. Terpulanglah kalau nak lagi pedas tambah lah cili. Selamat mencuba. Tapi senang je pun kan... Saja je nak share gak. :)
Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






5 Komen Cerita Hati:
sure tambah2 nasi bila ada sambal belacan pelam ni..emmm..cedap
kecurr air liurr dibuatnya....
sedpnyer
ltak ikan rebus dlm ni lg sdap..uii..nk2^_^
minggu lepas, balik umah mah... amik pauh juga... konon nak menyambal... dah selamat dikerjakan dek budak2 ni..
Post a Comment