Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 3 February 2013

~Kek Zebra In The House~

Bila kerajinanku tiba-tiba datang............... maka berasaplah lagi ovenku itu. Muahaha. Petang ni buat kek zebra pulak yang sebenarnya dah lama teringin nak cuba membuatnya. Resepi ni dari buku masakan yang saya pinjam dari library. Ringkas dan mudah disediakan.
Resepi : Kek Zebra
Sumber : Buku Citarasa Malaysia(1001 resepi) 

100gm mentega ~ saya pakai marjerin pelangi tu je
125gm gula castor 
3 biji telur
5 sudu besar susu pekat manis
175gm tepung naik sendiri
25gm serbuk koko ~ saya letak 2 sudu besar
1 sdt esen vanilla
1 sdt perisa oren ~ saya letak perisa strawberi

1) Pukul mentega + gula hingga kembang.
2) Tambah telur + susu pekat dan pukul lagi hingga kembang sebati.
3) Masukkan tepung dan kacau sebati.
4) bahagikan kepada dua bekas, 1 letak serbuk koko + esen oren dan 1 lagi letak esen vanilla.
5) selangselikan melapis dengan sudukan di tengah2 loyang.
6) Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!!!

Adam komen : Cantik kek ibu dan sedap.. Muahaha.. Sukanya hati.......... :)

Nota : Saya kalau rajin memang kek je suka mencubanya.. Hahaha.. :)

1 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

cantik kek ayu & mcm sedap. hehehe.. tiru adam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute