Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 23 July 2012

Kad Raya atau SMS jer?


Satu ketika dulu........ kad raya memang popular dan menjadi pilihan tiap kali menjelangnya puasa. Teringat aku kenangan di zaman sekolah dulu. Masing-masing sibuk beli kad raya dan berbalas kad raya.. Pilih pulak yang comel-comel dan yang kartun-kartun gambornye. Yang bestnye siap pos lagi kat kawan-kawan padahal kawan-kawan sebelah menyebelah kampung jer.. Hihik.. Setem 20 sen jer masa tu.. Sanggup simpan baki duit poket sekolah sebab nak beli kad raya dan pos kad raya kat kawan-kawan.. 
Bila dah dapat banyak kad raya, apalagi........ sibuk lah duk menggantung dan lekatkan kat dinding rumah pulak bagi feeling sikit suasana raya kan.. Sweet sangat masa tu... Hehe..

Tapi sekarang dan rasanya dah lama kot tak berbalas kad raya ni... Sebabnya lebih senang SMS dan pakai teknologi it je kan.. Cepat, mudah dan jimat.. Namun kan sebenarnya, terasa rindu tau dengan kad-kad raya ni semua. Seronok sebenarnya mengirimkan kad raya dan berbalas kiriman kad raya. Aku pulak setiap tahun tak pernah lupa kirimkan kad raya untuk keluarga... Tahun ni pun sama juga, akan buat benda yang sama jugak.. Sebenarnya ku masih simpan kad-kad raya yang orang pernah beri padaku dulu tapi tersimpan di rumah Mak...

9 Komen Cerita Hati:

are_lin@yu said...

zaman it semua guna fb atau sms ja kan..teringin nk antar kad raa macam dulu..hehe

AdaM Hawa said...

gembira tu lain sikit kan.. kalau dapat kad raya.. sama la mcm saya.. masih simpan kad raya yang dulu2.. ;)

cheqna said...

sampai skang cheqna masih menyimpan kad2 raya..bukan setakat kad..malah surat pun cheqna masih simpan...nanti balik umah ma cheqna nak amik gambo

izan mama mia said...

rindu nak terima kad raya tau...

P#eoniX said...

kad raya dah x laku cam dulu-dulu....awal-awal dah siap-siap beli satu peket....sume yang lawak-lawak...n x sabor nak terima kad raya lawak yang baru...keh...keh...keh...skunk pakai internet jer...huhuhhh!!!!!

Chic Na said...

rasanya kad raya lagi best. ada sentimental value. hihi..

Masya said...

lame tak dapat kad raya kan... tak ingat last bile .. tapi masa kerja ade dapat sekali rasanya itulah kali terakhir dapat kad...

Che Rosliza Che mat said...

zaman sekarang orang lebih suka paki sms atau fb jer...tapi yg paling seronok kad raya...

IntaNBerliaN said...

tu la skrg lbh snang sms.. tp rindu dkt kad raya yg comel2 tu :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute