Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 12 July 2012

Cheese Tart sudah siap!!!


Gara-gara teringatkan cheese tart ITU dan kerana bersungguh nak jugak mencuba, maka terhasillah Blueberry Cheese Tart ini. Oh!Sungguh puas rasa hati bila dapat menikmatinya hasil dari air tangan sendiri. Bila buat sendiri sudah semestinya boleh makan banyak kan kan.. Hihik.. Akhirnya resepi yang dah lama aku duk peram tu menjadi juga ku cuba. Rangup dan okaylah bagi aku yang baru belajar buat tart yang main redah je ni.. Cuma tak berapa cantik sebab acuan tak cantik seperti yang diceritakan sebelum ni. 
 Itulah acuan tart yang aku pakai.. Sebab tu tak berapa comel tapi rasa sedap yer.. Hihik.. Perasan kan.. :)
 Adam dan ibu suka cheese tart ini tapi abah kurang suka. Walau dia tak berapa suka tapi tetap dia rasa dan makan jugak.Maklumlah dia kan tukang komen terhormat aku setiap kali aku cuba buat sesuatu resepi. :)
Inilah Oven kesayanganku. Kalau takde dia ni.. memang sampai sudah aku tak belajar buat kek atau ape-ape jelah yang berkaitan.. Thanks yer abah adam sebab belikan untuk saya pada bulan puasa raya yang lepas.. Dah hampir setahun sudah oven ni rupanya dan setahun jugaklah aku giler dengan hobi baru ku ini. Menge'test' segala macam kek dan kuih.

Resepi : Cheese Tart
Sumber resepi : Kak Zu

Kulit tat : 
170 gm marjerin - ku guna butterlite
50 gm gula aising
 1 biji telur gred C - ku pakai gred B dan buang sikit putihnya
290 gm tepung gandum - ku pakai 300 gm
1 sudu kecil esen vanilla

- Pukul marjerin dan gula aising hingga kembang (pakai senduk kayu jer)
- Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi sebati.
- Masuk tepung sikit2 dan uli menjadi doh lembut.
- Bila dah sebati, ambil sedikit adunan dan tekan-tekankan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu dasar tart.
- Bakar pada suhu 170c hingga kekuningan dan masak.

Filling cheese :
250 gm cream cheese - ku pakai brand tartura
50 gm gula castor
1 biji telur gred B
1/2 tsp esen vanilla

- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim, masuk telur dan esen. Putar hingga sebati.
- Sebelum masuk filling dalam kulit tart, letakkan dahulu sedikit bluberry filling, kemudian baru cheese filling. Lorekkan sikit dengan blueberry di atasnya.
- Bakar semula pada suhu 170c kira-kira 5 minit atau bila sentuh cheese tak lekat.

SELAMAT MENCUBA!!!!

5 Komen Cerita Hati:

Cikrosecute said...

Bila nak beli oven nie...Oven lama dah rosak hihihi

Chic Na said...

wah pantasnya ayu. teringin terus buat. bestnya. huhu.. kalo cik na teringin, beli jelah yg mampu. tetiba rasa nak jadi jiran ayu. hehe.. okla tu utk first trial. :)

Masya said...

ni memang betul² teringin nak makan ni.. sanggup buat hihihihihi....

P#eoniX said...

senang jer ghupenya...hingatkan susah sangat!!!macam nak cube jer....hik...hik...hik...

CtAyue said...

Naz@Pheonix : try lah buat..mesti jadinya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute