Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 3 April 2012

Puding Ceria di petang Yang Indah....


Hai Rakan-rakan Blogger ku.

Apa khabar korang semua? Petang-petang ni buat ape yer? Saya hari nih merajinkan diri yang sedia ada sifat malas sikit nih untuk buat puding. Resepi ni dah lama simpan dan belum cuba lagi. Resepi ni seingat saya lah saya amik dalam buku Aneka Resepi Puding masa balik kampung tahun lepas. Mak saya punya buku. Adik saya yang belikan sebab dia suka sgt beli puding dan katanya suruh mak buat pulak sbb dh boring mkn yg beli. Hehe.. Lawak betul, alamatnya tak buat nye Bonda ku itu. Hehe... Ini kalau dia tengok nih confirm balik kampung nanti saya kena buli nanti nih. Hehe...

Ok, berbalik kpd puding ceria nama diberi~ ikut resepi tu lah yer. Tak susah pun buatnya sebab bahan-bahan simple aje dan puding nih sejenis puding roti lah. 


 Nie bahan-bahan nya....
 sebelum dan selepas dipotong

Taraaa... Dah siap dah.. Dah transfer kat rumah jiran dah pun sikit. Hehe...


Resepi : Puding Ceria
Sumber : Buku Aneka resepi Puding ( ingat2 lupe tajuk buku tu sebenarnye..hehehe. )

Bahan A :
10g serbuk agar-agar
1 liter air
1 cawan gula ( lebih sikit pun lg sedap )

Bahan B :
7 keping roti ( buang kulit & koyak-koyakkan )
1 tin susu cair
1 sk esen vanilla
1 biji telur

Bahan C :
3 sudu besar  tepung kastard
5 sudu besar air

Pewarna merah & hijau

1) Masuk bahan A dalam periuk & masak hingga didih.
2) Kisar sebati bahan B ( Pakai blender jer )
3) Bancuh tepung kastard dgn air dan campur dalam B.
4) masuk semua bahan2 tadi dalam periuk bahan A & masak hingga didih.
5) tutup api & bahagikan 3 bahagian.
6) tuang adunan plain dulu & warna secara selangseli.
7) sejukkan....

SELAMAT MENCUBA!!!


2 Komen Cerita Hati:

inazamri said...

sedapnya.Tak penah cuba lg.Warna mmg ceria sesuai dgn nama puding ceria.

Unknown said...

sedapnye puding ceria tu.kaler2 mmg ceria..nyum3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute