Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 6 March 2013

Step 1~ Set Buku Bacalah Anakku

Setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak mula pandai membaca seawal usia kan.. Sama juga seperti saya yang sangat berharap moga-moga anakanda saya tu boleh membaca bila dah masuk darjah satu nanti. Saya terjumpa set buku ni dan kebetulan birthday adam, saya belikanlah set bacaan ini untuk dia. Mula-mula saya tengok cd  panduan tu, saya dapati kaedah yang digunakan berbeza dimana menggunakan kaedah fonetik dan bukannya kaedah mengeja sukukata. Sebelum ni saya ajarkan adam mengeja sukukata tapi macam kesian pulak sebabnya dia yang baru usia 4 tahun tu perlu ingat sukukata yang banyak kan. 
Bila saya cuba fahamkan kaedah fonetik ni dan google info sana sini, bertanya kawan-kawan dan ada yang seorang kawan tu siap pergi kursus lagi untuk faham kaedah ni, barulah saya faham macamana teknik ajarnya. Saya dah cuba ajarkan adam dengan kaedah ini dengan buku 1 iaitu huruf a, i dan u. Nampaknya dia seakan boleh faham dan dapat tangkap jugalah sikit-sikit macamana nak bunyikan huruf-huruf tersebut.

Apa itu kaedah fonetik ni? Kaedah ini sebenarnya kaedah yang sesuai untuk kanak-kanak yang memperkenalkan bunyi huruf secara sistematik dimana anak-anak perlu tahu bunyi huruf, kenal huruf dan mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

Saya akan cuba berusaha ajar dia tetapi bukan dengan memaksa dia. Masih banyak waktu lagi untuk dia belajar sebelum masuk sekolah rendah. Inshaa Allah, akan saya ajar dia step by step hinggalah dia dapat membaca dengan sendirinya. Alhamdulillah setakat ni dia menunjukkan minat untuk belajar. Harapnya terus begitu hinggalah misi untuk dia pandai membaca berjaya. 

Dulu, zaman saya........ belajar mengeja, membaca hanya di sekolah dan pandai membaca pun dalam darjah dua kot baru pandai. Zaman sekarang sangatlah berbeza dengan adanya macam-macam kaedah dan teknologi, rasanya tidak ada salahnya mengajar anak mula membaca seawal usia kan? Kalau mahukan anak tahu membaca, haruslah ibu bapa yang memberikan semangat dan dorongan kepada mereka. Pendidikan yang terbaik bermulanya dari rumah.... Kitalah ibu bapa dan kita jugalah guru.. Walau agak mencabar kesabaran jugak sebenarnya ni... Huhu.. :)

Buat sahabat-sahabat yang sudi, bolehlah berkongsi tips dan pengalaman dengan saya bagaimana cara mengajar anak membaca dengan berkesan..

6 Komen Cerita Hati:

♥ ROS ♥ said...

Byknya buku dia... Nak 1 :p

Masya said...

berbeza sgt dulu dgn sekarang.. dulu sy tak masuk tadika pun darjah 1 baru mula belajar.. alhamdulillah pandai membaca... sy risau juga kalau anak sy x pandai baca... sy belikan buk jugak pantas membaca...

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

wah!bnyknye 1 set dia..:)

Chic Na said...

banyaknya buku adam. mesti excited nak baca ni.

P#eoniX said...

wah!!!maju setapak....eh!!!aku ader jiran blakang umah yg aku terkezut muke anak dye macam muke adam....nak kate mimpi x der...nantilah kalau ade gambar dye aku bg tengok ek...(sipi-sipi tuh adelah)huhuhuhh!!!

Riedaffya ibrahim said...

kat sekolah piya pin pkai buku ni,,,rase nye buku ni lbh senang dr yg kite blajar dlu2 kn,,kite oon kne study utk ajar diaorg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute