Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 18 March 2013

Dah mula rasa risau......


Saya sekarang dah pun 30 minggu. Sekejap je rasa dan lagi ten weeks to go. Perasaan nervous, takut dan macam-macam dah mula datang. Last week, saya checkup dan normally kat klinik yang saya checkup ni every month nurse akan scan tengok baby dan jantungnya. Baby di kedudukan melintang dan nurse cakap tak perlu risau sangat sebab masih banyak masa dia nak pusing di kedudukan sepatutnya. Pesan nurse lagi, jangan nak pergi betulkan kedudukan tu dengan bidan pulak.


Huhu... teringatlah saya masa pregnantkan adam dulu yang ikut je cakap orang tua. Orang tua cakap suruh pergi betulkan perut dengan bidan kampung, saya turutkan jelah. Minum air selusuh awal dari sepatutnya dan macam-macam lagilah.. Masa tu kan tak tahu apa-apa, orang suruh itu ini terpaksa ikutkan aje.. Memang pengalaman berharga jugaklah dan untuk anak kedua ni pulak, saya lebih relax dan santai je. Ikut je nasihat nurse dan doktor. Petua dan pantang larang orang tua tu masih juga saya ikut dan ada juga yang saya tak berapa ikut.. Hihik.. Kata orang dulu-dulu, menjahit tak boleh, menukul pun tak boleh. Tapi saya buat jugak, dah kalau seluar suami atau anak koyak, siapa yang nak jahitkan.. Ye tak?? Yang kedua ni saya memang lasak terlebih pulak ke situ sini. Hehe.. Persiapan baby pulak ala kadar je sebab barang-barang dan baju abangnya masih elok dan sudah siap saya basuh semuanya. Tambah beli sikit-sikit jelah yang baru. Diharapkan kali ni dipermudahkan-NYA. Doakan yang baik-baik untuk baby dan saya yer. Perut saya kecik je..hihik.. Sebabnya saya kecik kot dan masa pregnantkan adam dulu pun camtu juga. Doakan baby dan saya sihat sentiasa ye. Jantina baby? Hihik.. belum scan dengan doktor lagi.. Nurse kaalu scan just tengok kedudukan dan jantungnya je, jantina kena scan dengan doktor. So, suprisess.. :)

3 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

jangan risau sgt k. InshaAllah dipermudahkan. gegurl ke boboi adik adam ni ek. ;)

Masya said...

lagi 2 bulan lah yer.. bersalin.. moga dipermudahkan... org tua² mmg banyak pantang...

Kesuma Angsana said...

semoga dipermudahkan,. doa bayk2 yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute