Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 28 April 2013

Ikan Siakap Kukus Simple



Tunaikan permintaan Abah Adam yang nak makan ikan siakap masak kukus atau steam. Hihik.. Ini menu dua hari yang lepas.. baru nak jadikan entri.. (^_^)
 ~Sebelum dikukus~
~Selepas dikukus~
Saya kalau buat ikan kukus ni memang main campak-campak aje. 
Versi nak mudah je kerjanya kan. 

Bahan-bahan yang saya gunakan :
Ikan siakap dibersihkan dan dikelar sikit, 
cili padi + serai + halia + bawang besar + sehelai daun limau purut ( dihiris ).
 bawang merah + bwg putih + halia + garam secukup rasa ( ditumbuk ). 
Caranya : Bahan tumbuk dimasukkan dalam bahagian perut ikan dan lumur  keseluruhan ikan, kemudian taburkan aje bahan-bahan hiris yang lain. Perap sekejap, kukuslah sampai masak.
p/s : Nak lagi rasa masam sikit, boleh perah sedikit perahan limau nipis.

Abah Adam makan lauk ni je pun bertambah nasik.. Tak amik dah lauk lain.. Bersyukur sangat dapat suami yang tak cerewet bab makan ni. Hidangan yang simple pun dia tetap makan je. Maklumlah kadangnya saya ni ada hari mood malas juga nak masak ni.. (^_^)

Nota : Seronoknya kalau dapat pergi pesta buku kat KL nun tapi apakan daya, jauh tu.... Nak kena tunggu pesta buku yang dekat-dekat jelah kat area terengganu atau kelantan ni tapi tak tahu bila. Teringin nak bawa Adam ke pesta buku camtu, mesti dia suka. 

6 Komen Cerita Hati:

Tie HT said...

sedapnya, menu sihat ni :)

Unknown said...

syok ni dapat makan ngan nasi putih..

adda syuhada said...

sedapnyaa..

Puan Kutu said...

ikan stim camni mmg sedap.betullah tak perlu lauk lain.en suami pun jenis tak cerewet makan.dengan kicap pun jalan.haha..

Chic Na said...

makan camtu je pon dah sedap kan.

Masya said...

sedap masak stim .. tp lama tak buat .. x sempat masak sgt.. masak simple blh jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute